Pilih bahasa anda
close
kritikal
Perlindungan

PruBSN Kritikal Care360

Perlindungan penyakit kritikal yang sentiasa bersama anda dalam menghadapi cabaran hidup yang sukar, mengesan penyakit lebih awal, berkembang mengikut keperluan anda dan menyokong pemulihan sepenuhnya supaya anda dapat menghadapi setiap cabaran dengan yakin dan bersemangat.

Sebab untuk mempertimbangkan PruBSN Kritikal Care360

Tiada siapa merancang untuk menghidap penyakit kritikal, tetapi anda boleh merancang bagaimana untuk menghadapinya.

Diagnosis serius boleh menjejaskan kesihatan anda, mengganggu pendapatan dan memberi tekanan kepada keluarga anda. Ia boleh mengubah masa depan anda.

PruBSN Kritikal Care360 direka untuk menemani anda di setiap peringkat perjalanan, membantu anda fokus pada rawatan, menyokong pemulihan dan memberi keyakinan untuk menghadapi cabaran hidup yang paling sukar. Kerana menghadapi penyakit kritikal tidak seharusnya bermakna anda menghadapinya sendirian. Perjalanan anda berhak mendapat penjagaan yang melangkaui rawatan.

Perlindungan penyakit kritikal untuk ketenangan fikiran anda. Dapatkan bayaran sekaligus untuk menggantikan pendapatan yang hilang, menampung kos rawatan bagi akses segera kepada penjagaan berkualiti, dan membantu perbelanjaan tersembunyi seperti yuran penjaga dan jururawat—supaya anda boleh fokus pada kesihatan tanpa tekanan kewangan.

Maklumat Produk

Kelayakan

Tempoh Perlindungan / Umur Tamat dan Umur Penyertaan

Tempoh Perlindungan / Umur Tamat

Umur Penyertaan

Juvenil

Dewasa

Umur 70

       1 - 18 tahun

19 - 49 tahun

Umur 80

       1 - 18 tahun

19 - 59 tahun

*20 Umur

       1 - 18 tahun

19 - 60 tahun

 

 

Jumlah Perlindungan Asas

Minimum

RM50,000

Maksimum

Juvenil: RM1,000,000 setiap hayat

Dewasa: RM2,000,000 setiap hayat

 

 

Tempoh Pembayaran Sumbangan / Tempoh Perlindungan

Pilihan adalah Umur Tamat 70 atau 80, atau *Tempoh 20 Tahun.

*Nota: Pilihan Tempoh 20 Tahun tersedia untuk tempoh terhad sehingga 30 April 2026, tertakluk kepada makluman lanjut.

Ciri-ciri

Perlindungan Penyakit Kritikal Utama yang kekal bersama anda
Sokongan apabila ia masih di peringkat awal, kerana menunggu sehingga ia menjadi "cukup serius" sudah terlambat.
• Terima 50% daripada jumlah perlindungan keseluruhan untuk Penyakit Kritikal Awal
• Terima 100% daripada baki jumlah perlindungan bagi Penyakit Kritikal Tahap Akhir
Kepastian kewangan apabila fokus anda sepatutnya pada pemulihan

Perlindungan yang berkembang seiring kehidupan
Masa mengubah segalanya termasuk kos, tanggungjawab dan keutamaan.
● Peningkatan perlindungan secara automatik setiap 5 tahun sehingga  tambahan 30% perlindungan,tanpa kos tambahan atau permohonan semula
Supaya perlindungan anda tidak pernah ketinggalan

Penjagaan yang berterusan melangkaui hospital
Pemulihan bukan sekadar perubatan - ia juga melibatkan emosi, fizikal dan kewangan.
• Terima Elaun Pemulihan RM10,000 untuk pembedahan besar atau kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
Membantu menampung cuti kerja, penjagaan harian dan keperluan hidup seharian.

Kerana kelangsungan hidup layak dihargai
Kehidupan selepas penyakit kritikal masih kehidupan yang layak diraikan.
• Terima Living Reward jika anda terus hidup 5 tahun selepas tuntutan Penyakit Kritikal Tahap Akhir diluluskan
Satu ganjaran kerana memilih perlindungan dan kesejahteraan jangka panjang

Manfaat Tambahan

Lebih daripada sekadar sokongan kewangan, penjagaan sebenar, bimbingan dan keselesaan apabila anda amat memerlukannya
• Akses kepada pengurusan kes peribadi untuk panduan yang jelas, pendapat kedua, dan sokongan pakar, serta sokongan kerohanian Islam untuk kesejahteraan emosi dan rohani. 
Kerana penyembuhan melibatkan lebih daripada sekadar fizikal.

Nota: Perkhidmatan Nilai Tambah tersedia selepas 60 hari dari tarikh permulaan atau tarikh penguatkuasaan semula sijil.

Rider Tambahan
Pelepasan Cukai

Untuk PruBSN Kritikal Care360, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.
  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Kukuhkan pelan anda dengan manfaat tambahan

Takaful Saver
Selangkah lebih dekat dengan matlamat masa depan anda.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.