Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
PruBSN Lindung Famili
Perlindungan

PruBSN Lindung Famili

Dana KWSP anda boleh melindungi anda dan keluarga

Dapatkan pelan perlindungan takaful untuk Kematian dan Kehilangan Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD) untuk anda dan keluarga anda bermula dari RM13.80* setahun bagi setiap ahli yang dilindungi melalui i-Lindung menggunakan dana KWSP anda. Selain itu, anda juga boleh mendapat perlindungan sehingga 3 kali ganda apabila berlaku Kematian akibat kemalangan.

Ekslusif untuk ahli KWSP

* Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
arrow
Jaminan Pembaharuan Tahunan
Pelan ini akan diperbaharui secara automatik pada setiap tahun sehingga umur pada hari lahir akan datang (ANB) 75.
arrow
Boleh Dilanjutkan kepada Tanggungan Anda
Kini pasangan dan anak-anak anda juga boleh dilindungi.
arrow
Perlindungan Tambahan Sehingga 300% untuk Kematian Akibat Kemalangan
100% daripada Jumlah Dilindungi akan dibayar apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), dengan manfaat tambahan sehingga 300% daripada Jumlah Dilindungi apabila berlaku Kematian Akibat Kemalangan.
arrow
Sumbangan Mampu Milik
Bayaran sumbangan tahunan bermula dari RM13.80* untuk perlindungan takaful selama setahun bagi setiap ahli yang dilindungi melalui potongan terus daripada Akaun KWSP anda di mana sumbangan juga boleh ditolak cukai.

*Sumbangan ini adalah berdasarkan sumbangan tahunan untuk perempuan bukan perokok berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang) dengan jumlah perlindungan sebanyak RM10,000. Sila rujuk Lampiran Keterangan Produk untuk contoh kadar sumbangan tahunan.

 

 

FAM-TASTIC BONANZA

Nak menang hadiah keseluruhan bernilai RM170,000? Jom sertai peraduan
FAM-TASTIC BONANZA!

Daftar untuk pelan PruBSN Cegah Famili dan PruBSN Lindung Famili harini melalui aplikasi KWSP i-Akaun.

Maklumat Produk

Tempoh Perlindungan dan Bayaran

Umur Kelayakan
Ahli KWSP/Pasangan: 19 hingga 65 (Umur pada hari lahir akan datang)
Anak: 14 Hari hingga 65 (Umur pada hari lahir akan datang)

Tempoh Bayaran
Sepanjang tempoh sijil

Tempoh Perlindungan
Pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun

Jumlah Dilindungi Minimum
RM10,000

Manfaat-Manfaat

Pengunderaitan yang Ringkas
Hanya jawab 1 soalan pengisytiharan kesihatan tanpa sebarang pemeriksaan perubatan.

Manfaat Kematian
100% Jumlah Dilindungi akan dibayar sekiranya anda atau mana-mana tanggungan anda yang dilindungi meninggal dunia.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
100% Jumlah Dilindungi akan dibayar sekiranya anda atau mana-mana tanggungan anda yang dilindungi mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh.

Nota: Bayaran bagi manfaat ini akan mengurangkan jumlah dilindungi di bawah Manfaat Kematian.

Manfaat Kematian akibat Kemalangan (ADB)
Manfaat tambahan sehingga 300% akan dibayar ke atas Manfaat Kematian sekiranya meninggal dunia akibat kemalangan.

   

Kematian disebabkan

Manfaat

Sebarang kemalangan

Tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi

Kemalangan semasa menggunakan kenderaan awam,
lif atau kebakaran hotel dan bangunan awam

Tambahan 200% daripada Jumlah Dilindungi

Kemalangan yang berlaku diluar Malaysia

Tambahan 300% daripada Jumlah Dilindungi

   
Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?

Bagaimanakah caranya untuk Mengemukan Tuntutan?
Sila rujuk kepada https://prubsn.com.my/ms/how-to-claim/ untuk proses tuntutan.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan?
Sila lawati laman web korporat PruBSN di https://www.prubsn.com.my/ms/how-to-claim/ untuk maklumat lanjut berkenaan dokumen diperlukan untuk tuntutan.

Berapakah tempoh tuntutan untuk diproses?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 13 hari bekerja.

Bagaimanakah Caranya untuk Membuat Penamaan?

Mengapakah ianya penting untuk membuat penamaan?
Penamaan adalah penting untuk memastikan keluarga anda akan menerima manfaat seperti yang anda inginkan dan manfaat-manfaat di bawah sijil boleh dibayar oleh PruBSN tanpa sebarang kelewatan. Penama tersebut boleh menjadi pelaksana (wasi) atau penerima manfaat dibawah Hibah (Hadiah) bersyarat. Tanpa penamaan, manfaat-manfaat di bawah sijil akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.

Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada penama anda mengenai manfaat sijil dan penamaan.

Siapakah yang boleh saya namakan sebagai penama untuk sijil saya?
Penama mestilah seorang individu. Penamaan di atas sesuatu organisasi adalah tidak dibenarkan. Sekiranya penama adalah di bawah umur 19 tahun semasa tuntutan dibuat, semua manfaat akan dibayar kepada ibu bapa yang masih hidup atau penuntut yang wajar, iaitu penjaga yang sah, tertakluk kepada bukti undang-undang/dokumen sokongan yang berkenaan.

Bagaimanakah untuk membuat penamaan?
Anda boleh membuat penamaan dengan melengkapi borang penamaan bersama butiran saksi dan menghantar borang penamaan melalui saluran berikut atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan oleh PruBSN dari semasa ke semasa:

a) lawat mana-mana Cawangan Prudential atau PruBSN; atau
b) emel ke customer@prubsn.com.my.

Borang penamaan akan disediakan di:

a) Cawangan Prudential atau PruBSN; atau
b) laman web korporat PruBSN https://www.prubsn.com.my/; atau
c) dalam emel yang akan diterima setelah berjaya menyertai pelan ini.

Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?

Anda boleh memilih untuk membatalkan sijil dengan melawat mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN atau emel kepada customer@prubsn.com.my.

Sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil dalam tempoh lima belas (15) hari daripada tarikh sijil ahli yang dilindungi dihantarkan kepada anda, PruBSN akan mengembalikan sumbangan yang telah dibayar kepada anda untuk membatalkan perlindungan ahli yang dilindungi.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil selepas membatalkannya. Ini bermakna anda tidak akan lagi dilindungi di bawah pelan ini. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan baru ke PruBSN. Sila pertimbangkan dengan teliti adakah pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.

Bagaimanakah anda boleh menerima e-Sijil selepas menyertai PruBSN Lindung Famili?

Apabila permohonan berjaya, anda akan menerima e-Sijil melalui e-mel yang diberi semasa permohonan. Anda juga boleh menyemak e-Sijil melalui aplikasi mudah alih Pulse by Prudential dan PruBSN Touch.

Pelepasan Cukai

Sumbangan yang dibayar mungkin boleh mendapat perlepasan cukai pendapatan persendirian, tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Nota Penting

Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai PruBSN Lindung Famili, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.

Ini adalah pelan pembaharuan tahunan takaful bekelompok bertempoh dengan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) sebagai pemegang sijil induk.

Bagaimanakah Caranya untuk Memuat Turun Pulse by Prudential?

Imbas Kod QR atau klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi mudah alih Pulse by Prudential. Sila pastikan anda guna alamat e-mel yang sama seperti yang berdaftar dengan i-Lindung KWSP bagi pendaftaran di aplikasi Pulse by Prudential. Selepas anda berjaya mendaftar, anda boleh lihat dan muat turun e-Sijil anda melalui ‘PRUServices’ di dalam aplikasi Pulse by Prudential.


  

Bagaimana untuk mendaftar

arrow
Langkah 1:
Log masuk ke Aplikasi KWSP i-Akaun
Muat turun Aplikasi KWSP i-Akaun dengan megimbas kod QR di atas dan log masuk atau daftarkan diri anda jika anda tidak mempunyainya. Rujuk panduan pendaftaran di sini.
arrow
Langkah 2:
Pilih i-Lindung
Klik pada ‘i-Lindung’, kemudian pilih ‘Dapatkan Sebut Harga’ serta isikan semua butiran
arrow
Langkah 3:
Pilih pelan takaful anda
Pilih pelan perlindungan pilihan anda daripada PruBSN dan isikan maklumat yang diperlukan.
arrow
Langkah 4:
Buat pembayaran sumbangan
Buat pembayaran yang akan ditolak daripada akaun KWSP anda.