Pilih bahasa anda
Muslim father and mother kissing a baby
Perlindungan

PruBSN Lindung

Direka khas untuk memastikan keluarga anda terpelihara sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh

Maklumat Produk

Tempoh Perlindungan dan Sumbangan

Umur Kelayakan
19 hingga 60 tahun (umur pada hari lahir yang akan datang)

Tempoh Sumbangan
Bayaran sekali sahaja

Tempoh Perlindungan
Satu tahun

Jumlah Dilindungi Minimum
RM10,000

Manfaat

Manfaat Kematian
Sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia, 100% daripada jumlah dilindungi akan dibayar dari Dana Tabarru`.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya Ahli yang Dilindungi mengalami TPD, 100% daripada jumlah dilindungi akan dibayar dari Dana Tabarru`. 

Nota: Bayaran bagi manfaat ini akan mengurangkan jumlah dilindungi di bawah Manfaat Kematian.

Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?

Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Kematian:

  • Penuntut boleh menyerahkan borang tuntutan yang lengkap beserta dengan dokumen sokongan ke mana-mana cawangan PruBSN.


Untuk tuntutan Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
:

  • Anda boleh mendaftar tuntutan anda beserta dengan dokumen sokongan melalui ‘Daftar Tuntutan’ di aplikasi mudah alih Pulse by Prudential.

 

Apakah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Kematian:
Penuntut dikehendaki untuk mengemukakan dokumen yang berikut:

  1. Borang Tuntutan Kematian - ditandatangani oleh penuntut (orang yang membuat tuntutan)

  2. Sijil Perawat Perubatan - ditandatangani oleh doktor terakhir yang merawat Ahli yang Dilindungi

  3. Salinan Sijil Kematian yang disahkan - hendaklah disahkan oleh kakitangan cawangan PruBSN atau Eksekutif/Pengurus Pembangunan Perniagaan

  4. Salinan Kad Pengenalan Penuntut (jika tiada penama)

  5. Salinan Kad Pengenalan Ahli yang Dilindungi

  6. Salinan bukti hubungan yang diperakui (Sijil Perkahwinan, Surat Beranak, Anak-anak Yang Menuntut, Ibu Bapa yang Meninggal Dunia) untuk semua pihak yang menuntut (jika tiada penama)

  7. Borang e-Kredit yang telah diisi oleh penama/penuntut

  8. Laporan sokongan ujian/Makmal lain: Biopsi, MRI, imbasan dan laporan siasatan (jika berkenaan)

Borang tuntutan yang berkaitan boleh dimuat turun di sini, didapati di mana-mana cawangan PruBSN, didapati dengan menghantarkan e-mel permintaan ke customer@prubsn.com.my atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan PruBSN di 03 2775 7188 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang).


Untuk tuntutan Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
:
Bagi penghantaran melalui aplikasi mudah alih Pulse by Prudential, penuntut diminta untuk mengemukakan dokumen yang berikut:

  1. Gambar Kad Pengenalan bahagian hadapan dan belakang

  2. Gambar swafoto anda memegang pengesahan IC / Kad Pengenalan

  3. Salinan Buku Panduan Bank / Penyata Akaun Bank (muka depan)

  4. Sijil Perubatan Sulit Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh - dilengkapkan dan ditandatangani oleh doktor yang merawat Ahli untuk Dilindungi

  5. Laporan sokongan lain – Kemajuan fisioterapi/pemulihan yang terkini, surat rujukan doktor, ujian darah, ujian air kencing, biopsi, MRI, Imbasan CT, ultrasound dan semua laporan siasatan (jika berkenaan).

  6. Salinan surat pemberhentian pekerjaan yang disahkan benar atau salinan surat kebenaran keluar perubatan yang diperakui.

PruBSN boleh meminta dokumen sokongan atau maklumat lain yang relevan, atau meminta untuk melihat dokumen asal sekiranya perlu.

 

Berapakah tempoh untuk tuntutan diproses?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 13 hari bekerja.

 

Bagaimanakah Caranya untuk Membuat Penamaan?

Mengapakah ianya penting untuk membuat penamaan?

  • Penamaan adalah penting untuk memastikan keluarga anda akan menerima manfaat seperti yang anda inginkan dan manfaat-manfaat di bawah sijil boleh dibayar oleh PruBSN tanpa sebarang kelewatan. Penama tersebut boleh menjadi pelaksana (wasi) atau penerima manfaat dibawah Hibah (Hadiah) bersyarat. Tanpa penamaan, manfaat-manfaat di bawah sijil akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.
  • Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada penama anda mengenai manfaat sijil dan penamaan.

 

Siapakah yang boleh saya namakan sebagai penama untuk sijil saya?

  • Penama mestilah seorang individu. Penamaan kepada sesuatu organisasi adalah tidak dibenarkan.
  • Sekiranya penama anda adalah di bawah umur 18 tahun semasa tuntutan dibuat, semua manfaat akan dibayar kepada ibu atau bapa yang masih hidup atau penuntut yang wajar; iaitu penjaga yang sah, tertakluk kepada bukti undang-undang / dokumen sokongan yang relevan.

 

Bagaimanakah untuk membuat penamaan?

  • Anda boleh memutuskan siapa yang akan dinamakan sebagai penama untuk menerima manfaat-manfaat di bawah sijil dengan melengkapkan borang penamaan bersama butiran saksi dan menghantar borang penamaan tersebut melalui saluran berikut atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan oleh PruBSN untuk anda dari semasa ke semasa:

a. kunjungi mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN; atau
b. e-mel ke customer@prubsn.com.my

 

  • Borang penamaan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati di: 
    a. di cawangan Prudential atau PruBSN; atau
    b. di dalam e-mel yang anda akan terima semasa pengeluaran Sijil anda.
Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?
  • Anda boleh memilih untuk membatalkan sijil anda di bawah ‘Pelan Saya’ (dikenali sebagai ‘PRUServices’ berkuatkuasa pada 1 Mac 2022) di aplikasi mudah alih Pulse by Prudential pada bila-bila masa yang anda inginkan. Sekiranya anda membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas menyertai pelan ini, PruBSN akan memulangkan sumbangan yang telah dibayar.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil anda pada bila-bila masa selepas 15 hari tersebut, PruBSN akan mengembalikan potongan Tabarru` yang belum digunakan, jika ada. Sila rujuk kepada Soalan-soalan Lazim yang disediakan untuk maklumat lanjut.
  • Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil anda selepas anda membatalkannya. Ini bermakna anda tidak akan lagi dilindungi di bawah pelan ini. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan untuk penyertaan yang baru. Sila pertimbangkan dengan teliti adakah pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.
Bagaimanakah Caranya untuk Memuat Turun Pulse by Prudential?

Imbas Kod QR atau klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi mudah alih Pulse by Prudential. Sila pastikan anda guna alamat e-mel yang sama seperti yang berdaftar dengan i-Lindung KWSP bagi pendaftaran di aplikasi Pulse by Prudential. Selepas anda berjaya mendaftar, anda boleh lihat dan muat turun e-Sijil anda melalui ‘Pelan Saya’ (dikenali sebagai ‘PRUServices’ berkuatkuasa pada 1 Mac 2022) di dalam aplikasi Pulse by Prudential.

 


  

Pelepasan Cukai

Sumbangan yang dibayar mungkin melayakkan anda untuk pelepasan cukai pendapatan individu, tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai PruBSN Lindung, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.

Bagaimana untuk mendaftar

Langkah 1:
Log masuk ke Portal KWSP i-Akaun
Klik pada butang “Daftar Sekarang” di bawah, dan log masuk ke Portal KWSP i-Akaun anda.

Nota: Daftarkan diri untuk i-Akaun jika anda belum melakukannya. Rujuk panduan pendaftaran di sini.

Langkah 2:
Pilih ‘i-Lindung’
Klik pada bahagian ‘i-Lindung’ di atas skrin dan isikan maklumat anda.
Langkah 3:
Daftarkan untuk PruBSN Cegah atau PruBSN Lindung
Pilih pelan perlindungan pilihan anda dan isi maklumat yang diperlukan.
Langkah 4:
Buat pembayaran sumbangan
Teruskan ke pembayaran sumbangan di mana ia akan ditolak daripada Akaun KWSP anda. Senang sahaja!

Daftar melalui i-Lindung KWSP dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat bernilai lebih RM100,000*! 

Klik pada “Info Lanjut” untuk mengetahui maklumat lanjut! Tertakluk pada terma & syarat.
Info lanjut