Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Muslim lady holding a phone featured in a protection bubble
Pulse Digital Products

PruBSN
COVID-19 Care

Untuk perlindungan COVID-19 anda, sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 atau kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang serius selepas vaksinasi COVID-19 yang diluluskan. Hanya RM 36 untuk perlindungan selama 6 bulan. Dapatkan sekarang di Pulse.
Muat turun & daftar Pulse hari ini untuk memilki PruBSN COVID-19 Care dengan PERCUMA
Hanya untuk pengguna Pulse baharu
Tertakluk Terma

Maklumat Produk

Mengenai pelan ini

PruBSN COVID-19 Care merupakan pelan enam (6) bulan yang memberi perlindungan atas kematian yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19 atau komplikasi atau kesan sampingan serius yang disebabkan oleh vaksinasi COVID-19.  Pelan ini juga memberi manfaat elaun tunai jika Ahli yang Dilindungi dimasukan ke Hospital disebabkan oleh jangkitan COVID-19 atau komplikasi atau kesan sampingan serius yang disebabkan oleh vaksinasi COVID-19. PruBSN COVID-19 Care ialah produk patuh Shariah.

Kelayakan

Layak untuk:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • pengguna aplikasi mudah alih Pulse by Prudential
  • Umur antara sembilan belas (19) hingga enam puluh (60) tahun pada hari lahir yang akan datang.


Daftar sekarang melalui Pulse by Prudential.

  • Anda hanya perlu menjawab satu kenyataan berkaitan kesihatan untuk menyertai pelan ini dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.
Manfaat Kematian

Sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia kerana sebab-sebab yang berikut, Jumlah Dilindungi sebanyak RM 30,000* akan dibayar secara sekaligus:

i. jangkitan COVID-19; atau

ii. kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang serius selepas vaksinasi COVID-19 yang diluluskan.

* Jumlah Dilindungi Dikurangkan RM 10,000 akan dibayar kepada Ahli yang Dilindungi yang masih belum melengkapkan bilangan dos yang diperlukan untuk vaksinasi COVID-19 yang diluluskan, selaras dengan Garis Panduan Klinikal mengenai Vaksinasi COVID-19 di Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manfaat Elaun Tunai Hospital

Sekiranya Ahli yang Dilindungi Dimasukkan ke Hospital kerana sebab-sebab yang berikut, elaun tunai sebanyak RM 1,000 akan dibayar secara sekaligus:

i. jangkitan COVID-19 yang memerlukan Rawatan Aktif (Kategori 3, 4, dan 5 sahaja); atau

ii. kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang serius dan memerlukan Kemasukan ke Hospital yang Perlu dari Segi Perubatan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas Vaksinasi COVID-19 yang diluluskan.

Nota: Manfaat ini hanya akan dibayar sekali sahaja dan bayaran manfaat ini tidak akan menamatkan sijil. Amaun manfaat adalah sama, sama ada anda melengkapi bilangan dos yang diperlukan untuk Vaksinasi COVID-19 atau tidak.

Tempoh Menunggu

Tempoh Menunggu adalah lima belas (15) hari dari Tarikh Berkuatkuasa Sijil untuk setiap manfaat.

Bagaimanakah Caranya untuk Memuat Turun Pulse by Prudential?

Imbas Kod QR atau klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi mudah alih Pulse by Prudential. 
Sila pastikan anda kemaskini aplikasi Pulse anda kepada versi terkini.



  

Pengecualian Cukai

100% daripada caruman yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk pelepasan cukai pendapatan peribadi di bawah kategori Insurans /Takaful Keluarga Nyawa, tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai PruBSN COVID-19 Care, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.

  • Pelan ini adalah pelan takaful bertempoh berkelompok dengan Prudential BSN Takaful sebagai Pemegang Sijil Induk.

Dapatkan info
lanjut
di sini