Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Tujuh Amalan Bersyukur
sebagai Penutup Tahun 2020

Kanak-kanak perempuan bermain buih di taman

Bagi kebanyakan daripada kita, tahun 2020 sepatutnya menjadi permulaan baharu yang penting dalam kehidupan kita, sama ada menamatkan pengajian setelah bertahun-tahun menuntut di universiti, berkahwin, atau memulakan pengembaraan seumur hidup yang epik.

Walau bagaimanapun, serangan coronavirus mempunyai rancangan lain untuk kita, dengan penularannya yang pantas dalam kalangan populasi global telah menyebabkan rancangan hampir setiap individu di dunia ini tertangguh atau dibatalkan.

Meskipun ramai yang mengatakan bahawa tahun ini adalah tahun terpanjang yang mereka pernah lalui, dan bagi kebanyakan, hanya ingin mengharunginya, mereka sudah tahu bahawa dugaan ini bakal berakhir kerana vaksin pertama sudah mula diedarkan di beberapa buah negara. Hal ini memberikan sinar harapan bahawa tahun 2021 akan menjadi lebih baik untuk kita semua.

Walaupun ketidaktentuan tahun 2020 dan kebimbangan bahawa keadaan ini akan berlanjutan sehingga tahun hadapan, masih ada beberapa perkara yang berlaku pada tahun yang mencabar ini untuk kita hargai. Jika anda tidak merasakan bahawa tahun 2020 adalah tahun yang baik untuk anda, terdapat beberapa cara untuk anda menunjukkan rasa terima kasih bagi tahun yang cukup bersejarah yang akan diabdikan dalam kenangan kita semua yang telah mengharunginya.

1. Sediakan senarai perkara baharu yang anda belajar, hobi baharu anda, atau kerja-kerja yang anda tidak sempat untuk lakukan sebelum ini
Dengan penguatkuasaan perintah duduk di rumah dan kuarantin, ramai antara kita mencari projek untuk menghilangkan rasa bosan atau menambah dan menjana pendapatan. Mungkin anda berjaya membuat roti  doh masam anda, memulakan taman herba anda, mengemas almari anda, menukar mentol yang terbakar, atau mengikuti kursus dalam talian untuk memperolehi kemahiran baharu.

Kecil atau besar, membuat senarai pencapaian ini boleh membantu anda meletakkan tahun ini dalam perspektif dan menyedarkan bahawa anda mungkin tidak berpeluang melancong ke luar negara atau membeli kereta baharu, tetapi ada banyak perkara lain yang anda boleh lakukan yang anda biasanya, tidak berkesempatan untuk lakukan sebelum ini.

2. Berhubung dengan keluarga dan sahabat-handai, secara maya atau berhadapan

Penghujung tahun sentiasa menjadi masa yang terbaik untuk berhubung semula dengan orang tersayang. Walaupun perjumpaan Tahun Baharu secara besar-besaran tidak dapat diadakan, itu bukan alasan untuk tidak berjumpa secara maya ataupun sesi perbualan telefon satu dengan satu atau bualan kumpulan bervideo bersama keluarga dan sahabat handai, jauh atau dekat. Melihat wajah orang tersayang dan mendengar suara mereka ialah cara yang bagus untuk mengingatkan diri anda untuk berasa bersyukur bagi semua individu yang hebat dalam hidup anda.

3. Ucap terima kasih kepada mereka yang telah membantu anda
Kebanyakan daripada kita mungkin memerlukan pertolongan, baik kecil atau besar pada tahun ini. Sama ada perkara kecil seperti kata-kata semangat, seorang rakan atau ahli keluarga menghantar makanan kegemaran anda, individu-individu yang menyokong perniagaan kecil dari rumah anda, atau saudara-mara yang membantu dari segi kewangan atau petugas penjagaan kesihatan yang merawat anda, tunjuk kepada mereka bahawa anda berterima kasih untuk segala pertolongan mereka tahun ini.

Ucap terima kasih dengan hadiah yang kecil – bakul buah-buahan atau sekotak biskut ialah pilihan yang popular – tetapi jika itu di luar kemampuan anda buat masa ini, satu panggilan atau mesej ringkas untuk mengucapkan terima kasih sudah cukup bermakna.

4. Memaafkan dan meminta kemaafan
Meminta maaf dan memaafkan seseorang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Walau bagaimanapun, penghujung tahun adalah masa yang terbaik untuk meminta maaf atas segala kekurangan anda dan melupakan kesilapan orang lain, tanpa mengira sama ada mereka meminta maaf ataupun tidak. Perbuatan ini akan menenangkan hati dan minda anda serta membenarkan anda memasuki Tahun Baharu dengan ketenangan, fikiran positif dan perspektif yang lebih jelas – sesuatu yang kita perlukan apabila kita memasuki tahun 2021 dan bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang menanti.

5. Amalkan konsep ta’awun
Ta ‘awun ialah perkataan Arab yang bermaksud pertolongan bersama atau bekerjasama untuk membantu satu sama lain. Meskipun perkataan ini sentiasa digunakan dalam prinsip takaful, perkataan ini juga boleh diguna pakai dalam aspek-aspek lain kehidupan harian anda. Konsep ini juga termasuk memberi sumbangan yang membantu golongan tidak bernasib baik, melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, atau bersepakat bersama kawan-kawan atau keluarga untuk membantu orang yang memerlukan.

Membantu orang lain dan menyumbang kepada masyarakat bagus – untuk golongan yang dibantu dan diri anda juga.

6. Menerima kehilangan anda, dan merancang cara untuk mendapatkannya balik tahun hadapan (atau tahun berikutnya)
Daripada rancangan percutian yang dibatalkan hingga pemberhentian kerja, ramai antara kita mengalami kehilangan pada tahun 2020. Ada sesetengah daripada kita yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berjumpa keluarga masing-masing, sesetengah pula terpaksa bergantung pada simpanan persaraan mereka untuk terus hidup setiap hari, anda juga mungkin terpaksa menutup perniagaan anda, atau mengubah gaya hidup anda.

Daripada berasa sedih dengan semua perkara yang tidak berlaku seperti yang dirancang tahun ini, senaraikan semua perkara tersebut dan terima kehilangannya. Amalan mudah ini akan mencapai lengkapan, dan mungkin memberi kebebasan untuk merancang dan berfikir di luar kotak agar anda boleh mendapatkan balik kehilangan anda dalam beberapa tahun seterusnya. Mungkin anda akan menyedari bahawa kehilangan ini ialah peluang tersembunyi untuk lakukan sesuatu yang betul-betul berbeza.

7. Fikir mengenai masa hadapan anda
Dengan ketidaktentuan yang menanti pada tahun 2021, penghujung tahun ialah masa terbaik untuk berfikir mengenai matlamat dan keinginan anda untuk jangka pendek serta panjang. Mungkin anda akan memilih negara pertama anda ingin kunjungi selepas sempadan dibuka semula, atau anda boleh merancang pelan kewangan untuk mencapai matlamat yang berbeza. Mungkin juga ada resipi anda ingin kuasai, atau anda boleh berfikir mengenai hidangan restoran pertama anda ingin nikmati semasa Tahun Baharu nanti.

Berfikir mengenai masa hadapan anda memberi anda sesuatu yang positif untuk dinantikan dan motivasi anda perlukan agar dapat mencapai matlamat anda.

Sama ada anda bersedia atau tidak, 2021 bakal tiba dalam beberapa hari saja lagi. Tanpa mengira jika tahun ini baik atau buruk untuk anda, mari kita meluangkan sedikit masa untuk mengakui perkara-perkara yang kita belajar pada tahun penuh cabaran ini, perkara yang menyatukan kita, dan menguatkan kita serta mencekalkan kita untuk menghadapi apa jua cabaran yang menanti kita pada masa hadapan.

Daripada kami di PruBSN, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 - tahun untuk meraikan diri anda dan lakukan yang terbaik untuk diri kita semua. Pastikan anda kekal sihat dan selamat!