Sumbangan adalah amaun yang anda bayar untuk manfaat asas dan manfaat tambahan (jika ada) sijil anda.
Bagi sijil Takaful yang berkaitan pelaburan, sebahagian daripada sumbangan anda digunakan untuk membayar caj Wakalah pendahuluan bagi komisen ejen perkhidmatan anda atau wakil Bank / PruBSN, dan perbelanjaan pengagihan yang berkaitan, di mana bakinya digunakan untuk membeli unit-unit di dalam dana berkaitan pelaburan dan untuk potongan Tabarru`.
Bagi sijil Takaful yang bukan berkaitan pelaburan, sebahagian daripada sumbangan anda digunakan untuk membayar caj Wakalah pendahuluan bagi komisen ejen perkhidmatan anda atau wakil Bank / PruBSN, di mana bakinya diperuntukkan dalam akaun peserta anda untuk potongan Tabarru`.
Potongan Tabarru` adalah aturan di mana sebahagian daripada sumbangan anda yang diperuntukkan dalam dana berkaitan pelaburan / akaun peserta akan dipotong dan dikumpulkan ke dalam Dana Tabarru` bagi tujuan bantu-membantu mengikut manfaat yang dipersetujui berdasarkan pelan tersebut. Secara amnya, amaun potongan Tabarru` adalah berbeza mengikut umur dan ia akan meningkat apabila Orang yang Dilindungi semakin berusia.