Kelestarian@PruBSN

Pemahaman kami tentang Kelestarian adalah berdasarkan sintesis Strategi ESG Kumpulan Prudential, Rangka Kerja Pengantaraan Berasakan Nilai Untuk Takaful, serta pemacu tata kelola yang baik, kewangan yang inklusif, kesan sosial dan tindakan iklim di dalam negara dan juga secara global.

Laporan TCFD 2024

Kami telah menerbitkan laporan TCFD pertama kami sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap ketelusan iklim. Laporan ini menggariskan bagaimana risiko dan peluang berkaitan iklim diuruskan merentasi perniagaan kami.

Komitmen Kelestarian PruBSN

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana kami mencipta impak positif untuk semua pihak berkepentingan kami.

Di PruBSN, tujuan kami — Untuk Setiap Kehidupan, Demi Setiap Masa Depan — mendorong kami membina perniagaan yang memberikan nilai jangka panjang kepada individu, komuniti dan alam sekitar. Kerangka Kemampanan kami mencerminkan komitmen ini dengan mengintegrasikan prinsip kemampanan dalam setiap aspek operasi kami, serta menyelaraskan usaha kami dengan matlamat tertinggi Maqasid Syariah.

Kerangka ini berteraskan tiga tonggak strategik:

  • Perlindungan Kesihatan dan Kewangan yang Mudah dan Mampu Akses
  • Pelaburan Bertanggungjawab
  • Perniagaan Lestari


Ketiga-tiga tonggak ini diperkukuh oleh teras utama VBIT dan dipandu oleh tadbir urus yang kukuh, penglibatan yang inklusif, serta pengukuran berasaskan hasil — bagi memastikan setiap tindakan kami menyumbang kepada masa depan yang lebih berdaya tahan dan mampan untuk semua.

Tonggak Kemampanan

Perlindungan Kesihatan dan Kewangan yang Mudah dan Mampu Akses

Memfokus kepada penyediaan penyelesaian takaful yang mudah difahami dan boleh diakses oleh semua, terutamanya komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan golongan rentan. Usaha ini merangkumi pemerkasaan daya tahan kewangan melalui penawaran produk yang inklusif, akses digital, dan penglibatan komuniti.

  • Tawaran Inklusif
  • Celik Kewangan

Pelaburan Bertanggungjawab

Menekankan integrasi faktor Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam membuat keputusan pelaburan bagi menyokong penciptaan nilai jangka panjang. Pendekatan ini selaras dengan prinsip pelaburan Islam dan bertujuan untuk mengurus risiko berkaitan iklim sambil menyumbang kepada impak positif terhadap masyarakat dan alam sekitar.

  • Pelaburan yang Bertanggungjawab
  • Menyokong Peralihan Kelestarian

Perniagaan Lestari

Memfokus kepada penerapan amalan yang beretika, telus dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam operasi dan jalinan kerjasama. Usaha ini menyokong daya tahan jangka panjang melalui penggunaan sumber yang cekap, pengurangan impak alam sekitar, serta pemerkasaan kesedaran kemampanan di seluruh rantaian nilai.

  • Pembinaan Kapasiti
  • SOP/Polisi yang ditambahbaik
  • Komitmen dan Pembinaan Budaya
  • Inovasi dan Digitalisasi
  • Pengurusan Bangunan Pintar
  • Perolehan Bertanggungjawab