takaful

Apa itu takaful?

Perkataan takaful berasal daripada perkataan asas Arab “kafala” yang bermaksud tanggungjawab, tanggungjawab bersama atau saling menjamin di antara satu sama lain.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam  (IFSA) 2013 mendefinisikan takaful sebagai suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefesiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu.

Bagaimana pertolongan bersama diaplikasikan dalam takaful?

Pertolongan bersama dalam takaful merujuk kepada hubungan secara kontrak di antara peserta-peserta yang menyumbang ke dalam Dana Tabarru`. Ia diaplikasi apabila peserta takaful bersetuju untuk menyertai pelan takaful bersama-sama para peserta takaful yang lain dengan niat untuk membantu di antara satu sama lain sekiranya perlu. 

Sumbangan Tabarru`at (kebajikan) yang dibuat oleh peserta akan dikumpulkan di dalam Dana Tabarru` bersama-sama dengan sumbangan para peserta yang lain untuk manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada waris mereka pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu berdasarkan manfaat takaful yang terdapat pada pelan tersebut.

Aspek kebersamaan yang diwujudkan dalam takaful

  • stepper icon

    Saling bekerjasama/membantu

    Peserta bekerjasama dengan menyumbang kepada dana bersama untuk menyokong mereka yang mengalami kerugian yang dilindungi.

  • stepper icon

    Saling bertanggungjawab

    Setiap peserta mengambil tanggungjawab bersama terhadap kebajikan kumpulan melalui sumbangan mereka ke Dana Tabarru'.

  • stepper icon

    Saling melindungi daripada musibah

    Sumbangan yang dikumpulkan digunakan untuk memberikan sokongan kewangan kepada peserta yang terjejas oleh risiko tertentu, berdasarkan terma yang dipersetujui dalam pelan Takaful.

Bagaimana bantuan bersama berfungsi dalam Takaful?

  • stepper icon

    Langkah 1: Sertai pelan Takaful

    Anda menjadi peserta dan bersetuju untuk menyokong ahli-ahli lain.

  • stepper icon

    Langkah 2: Menyumbang kepada Dana Tabarru'

    Sumbangan anda, bersama dengan sumbangan orang lain, dimasukkan ke dalam dana kebajikan berkumpulan.

  • stepper icon

    Langkah 3: Sokong satu sama lain ketika dalam kesusahan

    Apabila sesuatu acara yang telah dipersetujui berlaku, dana akan memberikan sokongan kewangan kepada peserta atau penerima manfaat mereka.

  • stepper icon

    Langkah 4: Kongsi semangat tolong-menolong

    Sistem ini mencerminkan kerjasama dan tanggungjawab bersama, memastikan semua orang dilindungi secara kolektif.

Berapakah nilai perlindungan yang saya perlukan?

Ia bergantung pada kemampuan dan keperluan kewangan anda. Matlamat pelan ini adalah untuk mengurangkan beban anda dan keluarga anda sekiranya berlaku sebarang musibah. Anda boleh menggunakan aplikasi Analisis Keperluan kami untuk menilai perlindungan yang anda perlukan berdasarkan kemampuan anda.

Pertimbangan penting sebelum menyertai pelan takaful keluarga

  • stepper icon

    Keperluan Anda 

    Pilihan yang anda buat untuk pelan jangka masa panjang mestilah berdasarkan hasil analisa keperluan anda sendiri. Anda perlu menyediakan penyata semua aset dan liabiliti, matlamat masa depan dan sebagainya, kemudian tumpukan​ kepada jumlah yang anda ingin dilindungi.

  • stepper icon

    Obligasi Risiko Anda 

    Walaupun semua pelan Takaful keluarga melindungi kematian, ada pelan yang melindungi risiko spesifik. Liabiliti seperti hutang dan pembiayaan perlu dibayar dalam suatu tempoh. Oleh itu, tempoh sijil anda seharusnya merangkumi jangka masa ini.

  • stepper icon

    Tanggungan dan Komitmen Anda 

    Jika tanggungan anda masih mempunyai beberapa tahun sebelum mampu berdikari secara kewangan, tempoh tersebut boleh menjadi tempoh perlindungan anda. Peristiwa penting seperti perkahwinan atau kerjaya tetap seharusnya berada dalam tempoh tersebut untuk membolehkan keluarga anda menguruskan sebarang ketidakpastian kewangan.

  • stepper icon

    Matlamat Kewangan Anda 

    Ia boleh menjadi matlamat spesifik seperti peruntukan pusaka untuk anak anda atau menjelaskan gadai janji anda. Matlamat ini seharusnya mempunyai tempoh masa yang tetap.

  • stepper icon

    Tahap Perlindungan Yang Anda Mahu 

    Berapa ramai tanggungan anda, Baki obligasi kewangan jangka panjang anda, Gaya hidup/standard kehidupan semasa anda, Simpanan dan aset pelaburan semasa anda dan Unjuran kos perbelanjaan di masa depan berdasarkan penilaian matawang dan inflasi

  • stepper icon

    Kemampuan Bajet Anda 

    a adalah amaun yang boleh anda ketepikan untuk takaful keluarga selepas ditolak perbelanjaan, komitmen dan simpanan. Pelan takaful bertempoh, yang melindungi untuk sejumlah tahun, seperti Pelan Lindungi kami, biasanya adalah alternatif yang lebih murah untuk individu yang baru melangkah ke alam dewasa dengan bajet yang terhad.

Apa yang perlu diketahui apabila saya mendapatkan pelan takaful Keluarga

  • Fahami Produk Dengan Teliti
    Pastikan anda membaca dan memahami semua dokumen berkaitan produk seperti Ilustrasi Produk dan Helaian Maklumat Produk (yang boleh diperolehi dari Ejen Takaful anda) sebelum memberi komitmen untuk menyertai pelan Takaful keluarga.

  • Maklumkan Maklumat Yang Diperlukan 
    Pengendali takaful telah meletakkan proses pengunderaitan untuk menentukan jenis risiko anda kepada syarikat takaful dan untuk membolehkan syarikat menentukan sama ada untuk menerima atau menolak risiko tersebut. Risiko kematian atau penyakit kritikal ditentukan oleh beberapa faktor seperti umur, jantina, gaya hidup, sejarah peribadi dan perubatan, pekerjaan dan sebagainya.

Pada tahun 2021, sumbangan anda terhadap dana Tabarru' telah membantu:

55,612

peserta

RM624.4 juta

jumlah keseluruhan

Perubatan

RM413.58 juta

Cacat kekal dan menyeluruh

RM5.4 juta

Kematian

RM99.72 juta

Penyakit Kritikal

RM16.88 juta

Nota: Ini berdasarkan jumlah tuntutan berdaftar. Jumlah tuntutan yang dibayar pada tahun 2021 ialah RM535.3 juta untuk 52,049 peserta.

Maklumat lanjut di sini

Majlis Penasihat Bank Negara Malaysia

Pusat rujukan Shariah bagi kewangan Islam

SAC

Apakah konsep syariah yang berkenaan?

Ta`awun

Persetujuan untuk saling membantu berdasarkan prinsip pertolongan bersama. Takaful adalah berdasarkan konsep Ta`awun seperti yang ditakrifkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu. Merujuk kepada perkara di atas, sumbangan yang akan dimasukkan dan dikumpulkan ke dalam dana bersama iaitu Dana Tabarru` adalah Tabarru`at (kebajikan) secara alami.

Wakalah bi al-ujrah

Persetujuan di mana PruBSN dilantik untuk menguruskan perkhidmatan keseluruhan yang disediakan di bawah sijil takaful anda. Sebagai upah untuk perkhidmatan ini, kami berhak ke atas Caj-caj Wakalah. Selain daripada Caj-caj Wakalah, PruBSN juga layak menerima yuran prestasi di atas lebihan yang boleh diberikan daripada Dana Tabarru`.

Mudarabah

Persetujuan yang membenarkan kami melaburkan dana anda dari ISA di mana sebarang keuntungan dari pelaburan ini akan dikongsi di antara anda dan PruBSN mengikut nisbah perkongsian keuntungan yang ditetapkan. Jumlah pokok dan juga pulangan pelaburan adalah tidak dijamin.

Hibah

Hibah adalah pemberian. Di bawah pelan Takaful, PruBSN akan menyediakan Bonus EduAchieve sebagai Hibah yang dibayar daripada dana pemegang saham. Hibah adalah tertakluk pada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di dalam dokumen sijil.

Sadaqah

Merujuk kepada beramal secara sukarela dengan memberi manfaat kepada yang lain. Persediaan sumbangan atau amal ini terpakai untuk rider Ihsan di mana jumlah tertentu dari sumbangan anda akan disalurkan ke Dana PruBSN Jariyah untuk membiayai sumbangan pelan Mikrotakaful bagi golongan miskin tegar dan keluarga miskin.