Kami ialah PruBSN.
Takaful Untuk Semua. Untuk Kehidupan.
Ditubuhkan pada tahun 2006 melalui lesen yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, PruBSN hari ini merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan untuk rakyat Malaysia serta keluarga mereka.
Berlandaskan konsep ta`awun (kerjasama dan pertolongan bersama), PruBSN menawarkan pelbagai produk Takaful Keluarga yang merangkumi perlindungan hayat dan perubatan, simpanan, pendidikan dan korporat, semuanya mengikut garis panduan hukum syariah.
Kini, PruBSN memiliki lebih 16,000 Ejen Takaful yang berkhidmat memenuhi keperluan kesihatan dan perlindungan untuk lebih 2,000,000 rakyat Malaysia. Berpandukan proposisi ‘Takaful Untuk Semua. Untuk Kehidupan’, kami berusaha untuk membina impak yang kuat dan berkekalan bagi membantu membangunkan Malaysia melalui perlindungan kekayaan dan pelaburan dalam pasaran modal, di samping menunaikan visi kami menjadi pengendali takaful pilihan pertama masyarakat dan komuniti.
Pembangunan yang pesat adalah hasil daripada pendekatan mesra pelanggan, strategi saluran pengedaran yang pelbagai, penyelesaian inovatif serta kepimpinan teknologi.
Jenama Kami
Di PruBSN, jenama kami mewakili kepercayaan, perlindungan, dan komitmen yang teguh kepada mereka yang kami layani. Dipandu oleh Takaful Untuk Semua. Untuk Hidup, kami menyediakan penyelesaian patuh syariah yang membolehkan individu dan keluarga merancang keselamatan kewangan jangka panjang.
Visi dan misi kami
Visi Kami
Menjadi pengendali takaful pilihan pertama untuk rakyat dan komuniti.
Misi Kami
Menjamin masa depan keluarga di Malaysia melalui penyelesaian inovatif yang dibina beasaskan nilai-nilai Islam.
Kenali kami dengan lebih dekat