Mengenai PruBSN Prihatin


Sebagai pengendali takaful yang berlandaskan konsep perlindungan bersama dan kerjasama untuk kebaikan para pesertanya, kami di PruBSN turut meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kesejahteraan jangka panjang buat masyarakat sekitar perniagaan kami.

Melalui badan amal kami PruBSN Prihatin, yang telah dirasmikan pada 23 Mac 2015, kami menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran hidup, kesihatan dan kesejahteraan hidup, dan bantuan bencana bagi keluarga dan masyarakat yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Kami bekerjasama dengan rakan kerjasama kami untuk mencapai objektif kami dalam mewujudkan dan menyampaikan program-program utama kami di seluruh negara untuk ke arah Malaysia yang lebih baik.

Bermula 1 Januari 2020, PruBSN Prihatin adalah sebuah pertubuhan yang diluluskan dibawah subseksyen 44 (6) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Segala wang yang didermakan kepada PruBSN Prihatin dalam Malaysia layak mendapat potongan cukai.

Bilangan PenerimaLebih daripada 80,000 penerima
Bilangan SukarelawanLebih daripada 1,000 sukarelawan
Tempoh Sukarela (Jam)Lebih daripada 5,000 jam

Jawatankuasa Pengurusan PruBSN Prihatin dikendali oleh sekumpulan individu dari pelbagai latar belakang dengan gabungan bakat, pengetahuan dan kepakaran. Jawatankuasa Pengurusan ini berdedikasi untuk mengawasi semua program yang dijalankan oleh PruBSN Prihatin.

PresidenWan Saifulrizal Wan Ismail
Naib PresidenAnita Menon
BendahariKelvin Wong Wei Win
SetiausahaHilmy Darmin Ab. Rahman
Penolong SetiausahaNoor Farihah Awang Noor
Ahli Jawatankuasa

Dr. Abdullaah Jalil

Dr. Said Adekunle Milkail

Assoc. Prof. Dr. Syed Musa Alhabshi

Dr. Akhtarzaite Abdul Aziz

Assoc. Prof. Dr. Kamaruzaman Noordin

Derma Seikhlasnya Ihsan rider

Anda mampu mengubah kehidupan keluarga dari golongan miskin dan miskin tegar dengan menderma sejumlah wang mengikut keinginan anda

Project Surprise!

Satu kolaborasi PruBSN Prihatin bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yang bertujuan menyalurkan dana serta memberikan harapan buat pesakit kanak-kanak dan remaja yang menghidap kanser. Para sukarelawan PruBSN dan MAKNA telah menjelajah ke beberapa negeri untuk menunaikan hajat anak-anak ini. Video-video berikut merakamkan secebis kehidupan dan impian mereka.

Ingin menghubungi kami?

Alamat:

Level 13, Menara Prudential,

Persiaran TRX Barat,

55188 Tun Razak Exchange,

Kuala Lumpur, Malaysia