Butiran DanaPendedahan PortofolioCaj Pengurusan Aset Wakalah
Takafulink Dana Aktif (TDA)1Dana tempatan1.50%
Takafulink Dana Asia (TDAS)2Dana Tempatan dan Asing1.50%
Takafulink Dana Dinamik (TDK)Dana Tempatan1.25%
Takafulink Dana Ekuiti (TDE)3Dana Tempatan1.50%
Takafulink Dana Ekuiti 2 (TDE2)Dana Tempatan dan Asing1.50%
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti (TDED)Dana Asing1.50%
Takafulink Dana Ekuiti Global (TDEG)Dana Asing1.50%
Takafulink Dana Ekuiti Income (TDEI)4Dana Tempatan1.50%
Takafulink Dana Ekuiti Plus (TDEP)4Dana Tempatan dan Asing1.50%
Takafulink Dana Impak Global (TDIG)5Dana Asing1.50%
Takafulink Dana Simpanan (TDS)6Dana TempatanTiada
Takafulink Dana Sukuk (TDB)Dana Tempatan0.50%
Takafulink Dana Urus (TDU)Dana Tempatan1.30%


Nota-nota:

    1 - Tidak terpakai kepada prduk UOB
    2 - Tidak terpakai kepada produk UOB dan BSN
    3 - Tidak lagi tersedia untuk Caruman baharu mulai 15 November 2026
    4 - Tidak terkapai kepada produk UOB dan SCB
    5 - Terpakai kepada produk Agensi sahaja
    6 - Tidak terpakai kepada semua produk sedia ada

 

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Ekuiti Plus bertujuan untuk memaksimumkan pulangan jangka panjang dengan melabur dalam portfolio aset domestik dan asing termasuk ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah, deposit Islam, atau sebarang instrumen kewangan Islam lain secara langsung, dan/atau secara tidak langsung melalui pelaburan dalam mana-mana dana Islam seperti dana-dana berkaitan pelaburan yang ditetapkan oleh kami, skim-skim pelaburan kolektif Islam dan/atau dana-dana dagangan bursa Islam.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Asia bertujuan untuk menyediakan peningkatan nilai modal dengan melabur dalam sekuriti patuh Syariah dalam rantau Asia Pasifik kecuali Jepun, termasuk Malaysia.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Ekuiti 2 (Dana) bertujuan untuk memaksimumkan pulangan jangka panjang dengan melabur dalam portfolio aset domestik dan asing termasuk ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah, deposit Islam, atau sebarang instrumen kewangan Islam lain secara langsung, dan/atau secara tidak langsung melalui pelaburan dalam mana-mana dana Islam seperti dana-dana berkaitan pelaburan yang ditetapkan oleh kami, skim-skim pelaburan kolektif Islam dan/atau dana-dana dagangan bursa Islam.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Ekuiti Income bertujuan untuk menyediakan aliran pendapatan yang stabil dengan pertumbuhan modal jangka sederhana hingga jangka panjang.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Ekuiti bertujuan untuk memaksimumkan pulangan jangka sederhana ke panjang dengan melabur dalam sekuriti-sekuriti patuh Syariah terpilih yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Sukuk bertujuan untuk menyediakan pengumpulan modal jangka sederhana ke panjang melalui pelaburan dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam yang terpilih.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Urus bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana ke panjang dengan melabur dalam ekuiti patuh Syariah, sukuk dan instrumen pasaran wang Islam melalui dana-dana Takafulink dan skim-skim pelaburan kolektif Islam (CIS).

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Dinamik bertujuan untuk menyediakan peningkatan nilai modal dengan melabur secara aktif dalam ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah. Sebagai pertimbangan defensif, Dana mungkin akan dilabur dalam sukuk dan instrumen pasaran wang Islam.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Aktif bertujuan untuk menyediakan peningkatan nilai modal dengan melabur dalam permodalan pasaran kecil melibatkan sekuriti syarikat-syarikat yang patuh Syariah dan berpotensi untuk berkembang.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Simpanan bertujuan untuk memberi aliran pendapatan yang stabil melalui pelaburan dalam instrumen deposit/pasaran wang patuh Syariah.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti bertujuan untuk menyediakan peningkatan modal jangka panjang dengan melabur di dalam pelaburan patuh Syariah yang mempunyai pendedahan di rantau Greater China.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Ekuiti Global bertujuan untuk menyediakan peningkatan nilai modal dengan melabur dalam pelaburan patuh Syariah dengan pendedahan terhadap pasaran ekuiti global.

Objektif Pelaburan

Takafulink Dana Impak Global bertujuan untuk memaksimumkan pulangan jangka masa panjang dengan melabur dalam Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) yang berkelayakan.