Lihat e Kad Perubatan
1. Di manakah saya boleh melihat dan memuat turun e Kad Perubatan dalam PRUServices?
Ikuti langkah langkah berikut:
I. Pergi ke halaman utama PRUServices
II. Klik menu Kesihatan
III. Pilih Lihat e Kad Perubatan
IV. Imej e Kad Perubatan bagi semua sijil akan dipaparkan
V. Gunakan butang Depan dan Belakang untuk melihat kedua dua bahagian imej e-kad perubatan
VI. Klik Muat Turun untuk menyimpan imej e Kad Perubatan ke peranti anda
2. Adakah terdapat had bilangan untuk saya memuat turun e Kad Perubatan?
Tidak. Tiada had ditetapkan dan anda boleh memuat turun e Kad Perubatan anda sebanyak mana yang diperlukan.
3. Adakah saya perlu menunjukkan e Kad Perubatan semasa kemasukan ke hospital?
Tidak. Anda tidak perlu menunjukkan e Kad Perubatan semasa kemasukan ke hospital. e Kad Perubatan berfungsi untuk memudahkan anda menyemak pelan perubatan, termasuk nama pelan dan nombor sijil. Walau bagaimanapun, anda perlu menunjukkan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan di kaunter kemasukan dan pelepasan hospital.
Tuntutan:
1. Apakah jenis tuntutan yang boleh saya hantar melalui PRUServices?
Anda boleh mendapatkan bayaran balik bagi tuntutan berikut melalui PRUServices:
i. Kemasukan Ke Hospital / Rawatan Harian (Day Care) – Perbelanjaan yang ditanggung untuk kemasukan hospital atau prosedur pembedahan harian
ii. Rawatan Pesakit Luar (Outpatient Treatment) – Perbelanjaan untuk rawatan di klinik berdaftar atau pejabat pesakit luar hospital tanpa kemasukan ke hospital
• Rawatan Pra-Kemasukan Hospital
• Rawatan Pasca-Kemasukan Hospital
• Rawatan Kanser Pesakit Luar
• Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
• Rawatan Kecemasan Akibat Kemalangan / Bayaran Balik Perubatan Kemalangan
• Penjagaan Kejururawatan di Rumah
• Vaksinasi Haji / Umrah
2. Bagaimana cara saya menghantar tuntutan melalui PRUServices?
Anda boleh merujuk kepada Panduan Pengguna Penghantaran Tuntutan untuk menghantar tuntutan anda melalui PRUServices.
3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menghantar tuntutan?
Anda boleh merujuk kepada Senarai Semak Dokumen yang tersedia dalam PRUServices semasa proses penghantaran tuntutan. Senarai semak ini memberi panduan tentang dokumen khusus yang diperlukan berdasarkan jenis tuntutan yang dipilih.
4. Berapa banyak invois/bil yang dibenarkan bagi setiap penghantaran tuntutan melalui PRUServices?
Anda boleh menghantar sehingga tiga (3) invois/bil bagi setiap penghantaran tuntutan melalui PRUServices.
Nota: Tiga (3) invois/bil merujuk kepada tiga (3) tarikh yang berbeza.
5. Adakah saya perlu menghantar resit asal kepada PruBSN setelah menghantar tuntutan melalui PRUServices?
Tidak. Anda tidak perlu menghantar resit asal kepada PruBSN sekiranya telah berjaya dimuat naik melalui PRUServices. Namun, pastikan imej yang dimuat naik adalah jelas, lengkap, dan boleh dibaca untuk mengelakkan kelewatan proses.
Nota: Dalam keadaan tertentu, bahagian tuntutan mungkin meminta dokumen asal untuk pengesahan. Jika diperlukan, anda akan dihubungi secara langsung.
6. Apakah kelebihan penghantaran sendiri berbanding penghantaran melalui ejen?
Penghantaran sendiri memudahkan proses untuk anda, menjadikannya lebih senang dan efisien.
7. Apa akan terjadi jika saya memilih sijil atau jenis tuntutan yang salah semasa penghantaran?
Jangan risau—tuntutan akan diproses berdasarkan manfaat terbaik yang tersedia untuk anda. Jika sijil atau jenis tuntutan yang dipilih tidak sepadan dengan perlindungan sebenar, bahagian tuntutan akan menghubungi anda dan memastikan tuntutan diuruskan dengan sewajarnya.
8. Bagaimana saya boleh menjejak status tuntutan yang telah dihantar?
Anda akan menerima maklumat terkini mengenai status tuntutan melalui:
- Notifikasi SMS
- Panggilan daripada Pasukan Tuntutan sekiranya maklumat tambahan diperlukan
- Secara dalam talian melalui Jejak Tuntutan di PRUServices
9. Berapa lama proses tuntutan akan mengambil masa?
Anggaran masa adalah dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
10. Bagaimana saya boleh menghantar keperluan tuntutan yang masih belum selesai?
Anda boleh menghantar keperluan melalui kaedah berikut:
- Alamat e-mel khas (akan dinyatakan dalam surat keperluan)
- Pusat Penglibatan Pelanggan (cawangan)
- Ejen perkhidmatan
- Jejak Tuntutan di PRUServices
11. Apa yang perlu dilakukan jika saya terlepas tarikh akhir untuk menghantar dokumen dan tuntutan telah ditutup?
Jika tuntutan telah ditutup kerana terlepas tarikh akhir, anda boleh menghantar semula tuntutan sebagai penghantaran baru bersama dokumen yang diperlukan melalui PRUServices.
12. Apa akan terjadi jika saya terkeluar dari pelayar semasa menghantar tuntutan?
Jika anda keluar dari pelayar sebelum menyiapkan penghantaran tuntutan, anda perlu memulakan proses dari awal kerana fungsi simpan draf belum tersedia.
13. Apa yang perlu dilakukan jika kredit langsung gagal?
Jika percubaan kredit langsung gagal, anda akan menerima SMS dan surat pemberitahuan untuk mengemas kini maklumat akaun pembayaran anda bagi memastikan pembayaran seterusnya diproses dengan berjaya.
14. Jika saya ada soalan mengenai keperluan yang diterima, siapa yang patut saya hubungi?
Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami atau kunjungi Pusat Penglibatan Pelanggan terdekat untuk bantuan.
Jejak Tuntutan
1. Apakah Jejak Tuntutan?
Jejak Tuntutan membolehkan pemegang sijil PruBSN memantau status tuntutan bayaran balik perubatan mereka dengan mudah, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Nota: PRUServices pada masa ini tidak tersedia untuk kematian, penyakit kritikal, hilang keupayaan kekal (TPD) manfaat penyakit wanita, pengecualian sumbangan, faedah pendapatan dan perkhidmatan rangkaian hospital.
2. Bagaimana saya boleh jejak tuntutan saya dalam PRUServices?
Anda boleh jejak tuntutan anda di PRUServices dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Pada halaman utama PRUServices, klik Jejak Tuntutan di bawah tab Tuntutan pada bar atas atau Perkhidmatan Popular.
Langkah 2: Setelah berada di halaman Jejak Tuntutan, cari nombor tuntutan menggunakan bar carian atau pilihan penapis seperti orang yang dilindungi, status tuntutan dan tarikh penyerahan.
3. Apakah jenis status tuntutan yang boleh saya jejak dalam PRUServices?
Anda boleh menjejak status tuntutan berikut melalui PRUServices antara:
- Tab Tuntutan Terbuka
- Telah Dihantar
- Dalam Semakan
- Perlu Tindakan
- Telah Diluluskan
- Bayaran Belum Selesai
- Tab Sejarah Tuntutan
- Telah Dibayar
- Telah Ditolak
- Telah Ditutup
4. Berapa lama tempoh untuk pengesahan setiap tuntutan dalam PRUServices?
Anda boleh mendapatkan rekod tuntutan bayaran balik perubatan sehingga 3 tahun dari tarikh penyerahan. Untuk melihat tuntutan tertentu, gunakan pilihan penapis tarikh yang tersedia dalam Semak Tuntutan.
5. Adakah saya akan diberitahu sekiranya terdapat dokumen yang belum lengkap untuk tuntutan saya?
Ya, anda akan menerima pemberitahuan mengenai tuntutan anda melalui SMS. Sementara itu, anda juga boleh melihat keperluan tertunggak termasuk tarikh akhir dan senarai dokumen dalam Garis Masa Aktiviti di halaman Semak Tuntutan.
6. Bagaimana dan di mana saya boleh menghantar dokumen tertunggak atau tambahan yang diperlukan untuk tuntutan bayaran balik perubatan saya?
Anda boleh memuat naik dokumen yang diperlukan di PRUServices dengan pergi ke Semak Tuntutan > Dokumen.
Pada halaman butiran tuntutan:
- Klik Muat Naik Fail.
- Tetingkap pop-up akan muncul, membolehkan pelanggan memuat naik semua dokumen yang diperlukan.
Setelah semua dokumen dimuat naik, klik "Sahkan" untuk melengkapkan proses.
7. Bagaimana saya boleh melihat dan menyemak butiran tuntutan yang telah selesai dalam PRUServices?
Anda boleh melihat tuntutan bayaran balik perubatan anda di bawah tab Sejarah Tuntutan pada halaman Semak Tuntutan. Tuntutan yang telah selesai mungkin mempunyai salah satu daripada status berikut:
- Telah Dibayar
- Telah Ditutup
- Telah Ditolak
Untuk menyemak butiran tuntutan tertentu, anda boleh pergi ke halaman Garis Masa Aktiviti. Untuk maklumat lanjut mengenai status tuntutan, anda boleh klik butang "Lihat Surat" yang tersedia di halaman tersebut.
8. Jika saya ada soalan mengenai keperluan yang diterima, siapa yang patut saya hubungi?
Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2775 7188, e-mel ke customer@prubsn.com.my. atau kunjungi Pusat Penglibatan Pelanggan terdekat untuk bantuan.
Cari Penyedia Kesihatan
1. Apakah ciri “Cari Penyedia Kesihatan” dalam PRUServices?
Cari Penyedia Kesihatan dapat membantu anda mengenal pasti hospital PRUPanel Plus yang terdekat serta mencari doktor dalam rangkaian panel yang dipercayai, termasuk doktor yang berkhidmat di hospital PRUPanel.
2. Siapakah yang boleh mengakses ciri Cari Penyedia Kesihatan dan apakah maklumat yang disediakan?
Semua pengguna PRUServices boleh mengakses ciri ini. Ia menyediakan senarai lengkap hospital panel, maklumat terperinci hospital termasuk kemudahan yang disediakan, profil doktor serta manfaat PRUPanel Plus dalam rangkaian panel PruBSN.
3. Bolehkah saya menggunakan ciri Cari Penyedia Kesihatan untuk melihat semua hospital di Malaysia?
Tidak. Ciri ini hanya memaparkan hospital panel Prudential BSN Takaful Berhad, dengan keutamaan bagi hospital PRUPanel Plus, diikuti oleh hospital PRUPanel.
4. Apakah kelebihan apabila perkhidmatan lokasi diaktifkan semasa carian hospital dan doktor?
Apabila perkhidmatan lokasi diaktifkan, anda boleh menetapkan lokasi dan jarak carian. Hasil carian akan dipaparkan berdasarkan lokasi semasa anda.
5. Apakah fungsi Paparan Peta (Map View) dalam Cari Penyedia Kesihatan?
Fungsi ini membolehkan anda mengenal pasti hospital panel dan doktor secara visual melalui peta interaktif berdasarkan tetapan yang dipilih. Apabila anda memilih penanda pada peta, maklumat seperti nama hospital atau doktor, lokasi dan butiran utama akan dipaparkan.
6. Bagaimanakah saya boleh menghubungi hospital pilihan melalui PRUServices dan maklumat manfaat yang ditawarkan oleh hospital tersebut?
Pada halaman Maklumat Hospital dalam Cari Penyedia Kesihatan, anda boleh melihat maklumat berikut:
a. Alamat penuh hospital
b. Maklumat seperti nombor telefon dan laman web
c. Senarai kemudahan yang disediakan
d. Manfaat PRUPanel Plus dan HealthEnrich Preferred
e. Panduan arah ke hospital
f. Senarai doktor yang berkhidmat di hospital tersebut
7. Apakah yang dimaksudkan dengan PRUPanel Plus dalam Cari Penyedia Kesihatan?
PRUPanel Plus merujuk kepada rangkaian hospital panel dan pusat pakar terpilih di seluruh negara, yang menyediakan penjagaan berkualiti, manfaat eksklusif dan perkhidmatan nilai tambah yang lebih baik untuk pelanggan Prudential BSN Takaful Berhad.
8. Apakah maksud label HealthEnrich Preferred dalam Cari Penyedia Kesihatan?
HealthEnrich Preferred merujuk kepada rangkaian hospital panel terpilih yang menyediakan manfaat tambahan dan keselesaan terbaik bagi pemegang sijil PruBSN HealthEnrich (Premier dan Advanced) dan HealthEnrich Plus (HE+ Premier dan HE+ Advanced).
9. Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada hospital pilihan saya merupakan sebahagian daripada PRUPanel Plus atau menawarkan manfaat HealthEnrich Preferred?
Hospital yang merupakan sebahagian daripada PRUPanel Plus atau menawarkan manfaat HealthEnrich Preferred akan mempunyai label petunjuk yang dipaparkan pada kad maklumat hospital.
10. Adakah senarai hospital dan doktor akan dikemas kini dari semasa ke semasa?
Ya. Senarai hospital dan doktor akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak hospital.
11. Bolehkah saya melihat maklumat untuk menghubungi doktor dan membuat temu janji terus melalui halaman ini?
Tidak. Halaman ini hanya memaparkan maklumat berkenaan hospital. Buat masa ini, ciri ini adalah untuk tujuan paparan maklumat sahaja dan tidak menyokong penetapan temujanji. Sekiranya anda ingin membuat temu janji dengan pakar, anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan Care Concierge kami melalui talian hotline di +603 2166 7377 atau WhatsApp di +6011 6280 0986. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari.
12. Bolehkah saya memberikan maklum balas mengenai doktor atau kemudahan hospital melalui portal ini?
Tidak. Portal ini tidak menyokong penghantaran maklum balas berkaitan panel doktor atau hospital PruBSN. Walau bagaimanapun, anda boleh memberi maklumbalas melalui:
i. Tinjauan Skor Promoter Bersih (NPS) kami yang akan dihantar kepada anda melalui emel atau WhatsApp selepas discaj dari hospital.
ii. Menyampaikan maklum balas melalui ejen anda.
iii. Menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PruBSN di +603 2775 7188 atau menghantar emel kepada customer@prubsn.com.my . Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.15 petang, tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.