Memperkenalkan Aplikasi PruBSN yang baharu, direka untuk membantu anda mengawal perlindungan takaful dengan lebih yakin, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Muat turun Aplikasi PruBSN sekarang di App Store atau Google Play.

prubsn-customer-campaign

Menangi Proton e.MAS 5 Premium & Hadiah Menarik​

Daftar Aplikasi PruBSN atau PRUServices untuk berpeluang memenangi:​

  • Proton e.MAS 5 Premium​
  • iPhone 17 Pro
  • RM50 Touch 'n Go eVoucher (10 pemenang setiap minggu)​

Tempoh Kempen: 13 April 2026 - 1 November 2026​

Tertakluk pada terma & syarat​.

Nota Penting:

  • Jika anda merupakan pengguna PruBSN Touch, sila daftar akaun baharu di aplikasi PruBSN untuk terus mengurus perlindungan takaful anda dengan lebih lancar. Mulai 1 Jun 2026, PruBSN Touch telah menamatkan perkhidmatan secara kekal dan tidak lagi boleh diakses.
  • Selepas nombor kad pengenalan dimasukkan, e-mel dan/atau nombor telefon bimbit anda yang berdaftar akan dipaparkan untuk tujuan pengesahan. Jika anda tidak lagi mempunyai akses kepada maklumat tersebut, sila hubungi Khidmat Pelanggan untuk bantuan.
  • Sekiranya anda mengalami sebarang masalah mengakses Aplikasi PruBSN, anda boleh terus mengurus perlindungan takaful anda melalui portal PRUServices.

Muat Turun Aplikasi PruBSN
Baharu Sekarang

Urus sijil, tuntutan, dan perkhidmatan anda dengan lebih mudah.

prubsn-app

Soalan Lazim (FAQ)

Umum


Aplikasi mudah alih PruBSN ialah aplikasi layan diri pelanggan yang mesra pengguna dan sehenti, direka untuk memudahkan pelanggan mengakses maklumat sijil serta menguruskan sijil mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Aplikasi ini kini tersedia untuk dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Aplikasi PruBSN memperkenalkan beberapa ciri untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih lancar dan selamat, termasuk:

  1. Pengesahan biometrik (Face ID / Cap Jari).
  2. Nombor Pengenalan Peribadi (PIN).
  3. Pengesahan dalam aplikasi dengan pautan peranti.
  4. Notifikasi push dan notifikasi peti masuk.
  5. Laman utama yang direka semula.

Aplikasi PruBSN direka untuk memberikan pengalaman yang lebih selamat, mudah dan lancar kepada pelanggan, membolehkan mereka menguruskan sijil dengan lebih mudah. Manfaat utama termasuk:

  1. Akses yang lebih pantas dan selamat melalui log masuk biometrik (Face ID / Cap Jari) dan PIN.
  2. Perlindungan akaun yang dipertingkatkan melalui pautan peranti dan pengesahan dalam aplikasi.
  3. Kemas kini masa nyata melalui notifikasi push dan peti masuk.
  4. Pengalaman pengguna yang lebih baik dengan laman utama yang direka semula dan lebih intuitif.
  5. Paparan perlindungan sijil yang lebih jelas.

Ya, Aplikasi PruBSN adalah percuma untuk dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Tiada caj dikenakan untuk menggunakan ciri-ciri perkhidmatannya.

Ya, anda masih boleh mengakses versi web PRUServices. Walau bagaimanapun, anda perlu memuat turun Aplikasi PruBSN untuk tindakan selamat tertentu, seperti meluluskan perubahan profil yang sensitif. Anda mungkin diminta untuk mengesahkan atau meluluskan tindakan tersebut melalui Aplikasi PruBSN bagi keselamatan yang dipertingkatkan.

Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mencipta akaun di Aplikasi PruBSN:

  1. Muat turun Aplikasi PruBSN melalui Apple App Store atau Google Play Store.
  2. Tekan “Create Account” untuk memulakan pendaftaran.
  3. Pautkan peranti anda untuk pengalaman yang lebih selamat.
  4. Masukkan nombor NRIC anda untuk meneruskan proses.
  5. Sahkan identiti anda menggunakan OTP yang dihantar ke butiran perhubungan berdaftar anda.
  6. Cipta nama pengguna e-mel anda.
  7. Sahkan nama pengguna anda menggunakan OTP yang dihantar ke e-mel anda.
  8. Tetapkan kata laluan anda untuk melengkapkan pendaftaran.
  9. Cipta dan sahkan PIN 6 digit untuk akses yang selamat.
  10. Aktifkan Face ID / Cap Jari untuk log masuk yang lebih mudah.
  11. Benarkan notifikasi pada aplikasi mudah alih anda.
  12. Sedia untuk mengakses sijil anda melalui aplikasi.

Tidak, pengguna PRUServices sedia ada tidak perlu mencipta akaun baharu. Anda boleh log masuk menggunakan kelayakan sedia ada dan melengkapkan pengaktifan sekali sahaja di Aplikasi PruBSN dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi PruBSN melalui App Store atau Google Play.
  2. Log masuk menggunakan kelayakan PRUServices sedia ada.
  3. Pautkan peranti anda untuk pengalaman yang lebih selamat.
  4. Sahkan identiti anda menggunakan OTP yang dihantar ke butiran perhubungan berdaftar anda.
  5. Cipta dan sahkan PIN 6 digit untuk akses yang selamat.
  6. Aktifkan Face ID / Cap Jari untuk log masuk yang lebih mudah.
  7. Benarkan notifikasi pada aplikasi mudah alih anda.
  8. Sedia untuk mengakses sijil anda melalui aplikasi.

OTP diperlukan hanya untuk pengaktifan sekali sahaja. Ia masih akan digunakan untuk pengesahan keselamatan utama, seperti:

  1. Pendaftaran akaun
  2. Pengaktifan sekali sahaja
  3. Senario log masuk atau pemulihan akaun tertentu

Ini merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan PruBSN untuk memastikan akaun anda kekal dilindungi.

Anda boleh menyemak perkara berikut:

  1. Nombor telefon mudah alih dan alamat e-mel berdaftar anda adalah terkini dalam rekod kami. Jika nombor telefon mudah alih atau e-mel tidak betul atau tidak berdaftar dengan PruBSN, anda tidak akan dapat menerima OTP.
  2. Untuk nombor telefon mudah alih, anda boleh menyemak dan menyahsekat tetapan kod pendek SMS pada peranti mudah alih anda. Anda boleh memohon OTP baharu dengan menekan “resend OTP” selepas kiraan detik 120 saat tamat.
  3. E-mel OTP tidak berada dalam folder spam atau junk.

Jika isu masih berterusan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PruBSN untuk bantuan.

Jika pengesahan biometrik gagal, anda diberikan satu percubaan tambahan untuk mencuba semula pengesahan biometrik. Jika percubaan kedua masih gagal, anda akan diarahkan ke halaman pengesahan PIN untuk log masuk menggunakan PIN 6 digit anda.

Anda mempunyai sehingga 5 percubaan PIN secara keseluruhan (1 percubaan awal + 4 percubaan tambahan jika salah).

  1. Anda boleh memilih “Forgot PIN” dan mengikuti langkah-langkah berikut:
  2. Pilih “Forgot PIN” selepas percubaan gagal
  3. Masukkan alamat e-mel dan tarikh lahir
  4. OTP akan dihantar ke e-mel log masuk
  5. Tetapkan semula PIN 6 digit
  6. Sahkan PIN 6 digit baharu
  7. Penetapan Semula PIN Berjaya — log masuk menggunakan PIN Baharu

Aplikasi PruBSN menyokong versi minimum sistem pengendalian berikut:

  1. Android 14 dan ke atas
  2. iOS 18 dan ke atas

Nota: Keperluan minimum OS untuk aplikasi PruBSN tertakluk kepada perubahan mengikut piawaian platform dan keselamatan yang berkenaan.

Aplikasi PruBSN menyokong:

  1. Android 14 dan ke atas
  2. iOS 18 dan ke atas

Untuk peranti yang tidak serasi:

  • Anda boleh terus mengakses versi web PRUServices (pruservices.prubsn.com.my)
  • Tiada perubahan kepada penciptaan akaun web
  • Pautan peranti tidak terpakai untuk web

Ringkasnya, dengan peranti lama, anda masih boleh menggunakan PRUServices melalui pelayar web (Chrome, Edge, Safari) untuk mengakses semua ciri sedia ada.

Keselamatan dan Pengesahan Dalam Aplikasi


Pautan peranti menghubungkan akaun PRUServices anda kepada satu peranti mudah alih yang dipercayai. Lapisan keselamatan tambahan ini membantu memastikan hanya anda boleh mengakses dan meluluskan aktiviti pada akaun anda, sekali gus melindungi anda daripada akses tanpa kebenaran — walaupun butiran log masuk anda terdedah.

Untuk perlindungan keselamatan, akaun aplikasi PruBSN anda hanya boleh dipautkan kepada satu peranti pada satu masa. Jika anda bertukar kepada peranti baharu, anda perlu memautkan semula akaun anda untuk terus menggunakan aplikasi.

Pengesahan dalam aplikasi ialah langkah keselamatan tambahan untuk tindakan sensitif, seperti mengemas kini butiran peribadi. Anda akan diminta untuk meluluskan atau menolak tindakan tersebut secara terus dalam aplikasi PruBSN menggunakan PIN atau biometrik anda, bagi memastikan hanya anda boleh memberi kebenaran kepada permintaan tersebut.

Skrin ini akan dipaparkan apabila anda membuat atau mengesahkan tindakan yang sensitif. Ia membolehkan anda menyemak dan sama ada meluluskan atau menolak permintaan tersebut secara terus, sekali gus memberi anda kawalan penuh sambil membantu melindungi akaun anda daripada perubahan tanpa kebenaran.

Untuk keselamatan tambahan, tempoh bertenang selama 8 jam dikenakan apabila anda:

  1. Memautkan akaun anda kepada peranti buat kali pertama, atau
  2. Memautkan semula akaun anda kepada peranti baharu

Sepanjang tempoh ini, tindakan berisiko tinggi tertentu mungkin dihadkan buat sementara waktu, seperti:

  1. Mengemas kini nombor telefon mudah alih
  2. Mengemas kini alamat e-mel
  3. Mengemas kini alamat surat-menyurat
  4. Mengemas kini butiran perhubungan lain

Ini membantu melindungi akaun anda daripada perubahan tanpa kebenaran.

Notifikasi dan Sokongan


Notifikasi berfungsi melalui 4 saluran:

  1. Skrin Kunci Telefon - Notifikasi push dipaparkan serta-merta sebelum memasuki aplikasi
  2. Pusat Notifikasi - Memaparkan notifikasi yang diterima daripada aplikasi selepas telefon dibuka kunci; boleh ditekan dan akan mengalihkan ke Peti Masuk
  3. Widget Segera - Menonjolkan perkara yang memerlukan perhatian segera pada laman utama — semak “Urgent Actions” terlebih dahulu
  4. Notifikasi Peti Masuk - Menyimpan semua notifikasi dalam aplikasi; memaklumkan apa yang berlaku dan tindakan seterusnya yang diperlukan

Nota Penting:

  • Pada masa ini, ia hanya terpakai untuk tuntutan di bawah “Action Required” (keperluan tertunggak), “Approved”, dan “Payment Confirmation” (contohnya melalui Corporate Payment Portal atau Agent Assisted Payment melalui PRUForce)
  • TAT notifikasi adalah masa nyata supaya anda kekal terkini dan boleh mengambil tindakan tepat pada masanya apabila diperlukan.

Jika anda mengalami isu seperti kesukaran log masuk, kegagalan bayaran, atau tidak menerima OTP, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan PruBSN.

PRUBSN Navigator


Aplikasi mudah alih PruBSN Navigator telah ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa pada 31 Julai 2026. Pelanggan masih boleh mengakses perkhidmatan carian penyedia panel kesihatan dan doktor melalui aplikasi PruBSN. Selepas pelancaran Aplikasi PruBSN baharu pada 3 Ogos 2026, fungsi carian penyedia panel kesihatan dan doktor juga akan tersedia dalam aplikasi tersebut. Kelayakan log masuk PRUServices Pelanggan sedia ada boleh digunakanmenggunakan ID pengguna dan kata laluan PRUServices yang sama untuk mengakses Aplikasiaplikasi PruBSN, dan  tanpa perlu membuat pendaftaran akaun baharu tidak diperlukan bagi pengguna PRUServices sedia ada. 

  • Carian penyedia panel kesihatan (carian hospital, doktor dan klinik): Aplikasi PruBSN dan Laman Web Korporat PruBSN.
  • Pencari cawangan dan maklumat perhubungan: Laman Web Korporat PruBSN.
  • Panduan kemasukan hospital, proses discaj, maklumat tempoh menunggu kad, bahan tip & kesedaran, serta maklumat saluran pembayaran: Laman Web Korporat PruBSN.
  • Maklumat hubungan kecemasan dan khidmat pelanggan: Laman Web Korporat PruBSN.

Perkhidmatan ini akan terus tersedia melalui saluran masing-masing tersebut selepas penamatan perkhidmatan PruBSN Navigator.

Bersedia untuk bermula?

Kami bersedia membantu anda untuk membuat pilihan yang 

tepat mengikut keperluan dan keutamaan anda.

Bersedia untuk bermula