Pelanggan Yang Dihormati,
Kami mengambil maklum tentang perkongsian yang sedang berlegar di media sosial berkaitan penawaran pelan takaful perubatan yang mungkin menimbulkan persoalan di kalangan pelanggan.
Kami ingin memberi jaminan bahawa PruBSN kekal komited untuk menyediakan perlindungan takaful perubatan kepada rakyat Malaysia, termasuk selepas Januari 2027. Bagi pelanggan sedia ada, perlindungan takaful perubatan anda kekal seperti biasa, tertakluk kepada terma dan syarat sijil masing-masing.
Untuk memastikan anda menerima maklumat yang tepat dan terkini, sila rujuk saluran komunikasi rasmi PruBSN bagi sebarang pengumuman atau perkembangan berkaitan.
Sebagai pengendali takaful yang bertanggungjawab, kami menghargai kepercayaan yang diberikan kepada PruBSN dan akan terus melaksanakan komitmen kami kepada pelanggan dengan telus dan profesional.
Terima kasih atas kepercayaan berterusan anda.