Para Pelanggan dan Ejen Takaful yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa Ibu Pejabat dan semua cawangan Prudential BSN Takaful Berhad akan ditutup separuh hari pada 21 Ogos 2026 (Jumaat), dari jam 12.30 tengah hari hingga 5.15 petang, bersempena dengan sambutan Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-20 PruBSN.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pelanggan masih boleh menguruskan hal berkaitan sijil takaful melalui aplikasi PruBSN atau Portal Pelanggan kami, PRUServices, di https://pruservices.prubsn.com.my/app/onboarding/welcome

Perkhidmatan pelanggan secara bersemuka akan terus disediakan melalui rangkaian cawangan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB). Tiada sebarang gangguan terhadap perkhidmatan pelanggan atau operasi perniagaan dijangkakan. Perkhidmatan Hospital Alliance kami juga akan terus beroperasi seperti biasa.

Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda.

Sedia untuk memulakan perbualan?

Biarkan pasukan kami membimbing anda melalui pilihan terbaik untuk keperluan anda