Mulai 13 Julai 2026, Takafulink Dana ESG Global akan ditukar nama kepada Takafulink Dana Impak Global.
Mengapa perubahan ini dibuat ?
Nama baharu ini lebih mencerminkan fokus pelaburan Nomura Global Shariah Sustainable Equity Fund, yang merupakan Dana Sasaran bagi Takafulink Dana ESG Global. Dana ini melabur dalam syarikat-syarikat yang berusaha memberikan impak positif terhadap pembangunan lestari .
Adakah terdapat sebarang perubahan kepada pelaburan anda ?
Selain daripada pertukaran nama ini , semua ciri lain Dana serta pelaburan anda kekal tidak berubah .