Pilih bahasa anda
close

Pengumuman Penting

Penutupan Pusat Panggilan dan Cawangan Wangsa Maju pada 23 Mei 2025

Pelanggan Yang Dihargai,

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Panggilan dan Cawangan Wangsa Maju PruBSN akan ditutup pada hari Jumaat, 23 Mei 2025 untuk acara penglibatan kakitangan.

Perkhidmatan yang terkesan dan kemudahan alternatif layan diri bagi pelanggan disenaraikan dalam jadual di bawah:

Pasukan yang tidak akan beroperasi

 

  • Pusat Panggilan PruBSN;

  • Pasukan E-Mel;

  • Live-Chat;

  • Cawangan Wangsa Maju; dan

  • Pasukan Perkhidmatan Premier Agensi

Pasukan di atas akan beroperasi seperti biasa pada hari Isnin, 26 Mei 2025.

 

Platform Perkhidmatan Dalam Talian yang Tersedia Semasa Penutupan 

Semasa penutupan servis di atas, anda boleh log masuk ke Portal Pelanggan kami, PruBSN Touch di https://app.prubsn.com.my/PruBSNTouch/login/login.do untuk melihat butiran sijil anda, memuat turun penyata, dan menyelesaikan transaksi atas talian dengan selamat pada bila-bila masa yang sesuai.

Sebagai alternatif, anda juga boleh ke Pusat Penglibatan Pelanggan Prudential Assurance Malaysia Berhad untuk mendapatkan sokongan dan perkhidmatan.

 

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda.