Pilih bahasa anda
close

Pengumuman Penting

Notis Penutupan - Prudential Recharge Day

Para Pelanggan dan Perunding Takaful yang Dihargai,

Adalah dimaklumkan bersempena Prudential Recharge Day, perkhidmatan berikut akan ditutup pada 19 September 2025 (Jumaat).

  • Ibu Pejabat Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN)

  • Cawangan Wangsa Maju

  • Meja Perkhidmatan PruBSN Melaka

  • Perkhidmatan Pelanggan PruBSN

Walau bagaimanapun, penutupan ini tidak menjejaskan permohonan GL melalui kemudahan HAS. Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada 22 September 2025 (Isnin).

Sepanjang tempoh penutupan, kami menggalakkan anda untuk menggunakan platform dalam talian kami yang selamat, mudah dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai alternatif, anda juga boleh melawat Cawangan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) untuk mendapatkan sokongan dan perkhidmatan.

Berikut adalah pilihan untuk perkhidmatan dalam talian:

 

  • Bayar Dalam Talian melalui:

    • PruBSN Touch

    • Payment Gateway 

    • Mana-mana kemudahan perbankan internet pilihan anda

  • Serahkan e-tuntutan dan/atau buat permintaan perkhidmatan melalui perunding takaful anda

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda.