
Prosedur Keselamatan COVID-19
Keselamatan anda keutamaan kami
Prosedur Keselamatan COVID-19:
KITA BOLEH Bersedia Untuk Normal Baru
Semangat KITA BOLEH juga bererti kami bersedia bekerjasama untuk melindungi kesihatan komuniti kami. Demi melindungi kesejahteraan pelanggan, ejen dan tenaga kerja, kami akan memperkenalkan prosedur keselamatan di semua cawangan:
1. Buat janji temu lebih awal |
Sebagai kawalan, kami akan menghadkan jumlah pelawat daripada memasuki cawangan kami. Kami mengalakkan anda membuat SEMUA pembayaran, transaksi dan penyerahan dokumen secara, ONLINE. Jika anda perlu mengunjungi cawangan kami, pastikan anda membuat janji temu sekurang-kurangnya 1 HARI PERNIAGAAN TERLEBIH DAHULU dan nyatakan keadaan kesihatan anda bersama sejarah perjalanan anda menerusi borang ini: Apabila janji temu telah disahkan, sila hadir ke cawangan kami pada masa yang ditetapkan. |
2. Tiada kutipan pembayaran |
Kami TIDAK MENERIMA sebarang bentuk wang tunai, cek, kad kredit di pejabat cawangan kami, kerana ia mungkin berpotensi menyebabkan penyebaran sekunder virus . |
3. Penyerahan borang dalam kotak khas |
Mengikut kajian pakar, coronavirus boleh hidup di atas permukaan kertas selama 24 jam. Oleh kerana itu, KAMI TIDAK AKAN MENERIMA BORANG KERTAS di kaunter. Sila muat turun dan cetak mana-mana borang yang boleh didapati di sini dan masukkan borang yang lengkap ke dalam Peti Khas (Drop Box) di cawangan kami. Kami akan semak semua dokumen pada hari perniagaan seterusnya. Jika anda ingin Prudential Assurance Malaysia: customer.mys@prudential.com.my Prudential BSN Takaful: customer@prubsn.com.my |
4. Pemeriksaan suhu badan |
Sebelum masuk ke cawangan kami, suhu badan semua pelawat akan diambil. Kami tidak benarkan mana-mana pelawat dengan suhu badan melebihi 37.5℃ untuk masuk ke dalam cawangan, bagi melindungi pelawat dan staf kami. Mereka yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan tidak pergi ke tempat awam. |
5. Pembersihan peranti & pejabat |
Staf kami akan membersihkan permukaan kaunter dan peranti sebaik sahaja ia digunakan pelanggan/ejen. Pekerja kami akan mensanitasikan pejabat cawangan kami dengan kerap. Ini untuk memastikan semua pelanggan kami, ejen dan staf dapat berurus niaga di dalam persekitaran yang bersih dan selamat. |
6. Pemakaian topeng muka dan pencuci tangan |
Semua pelawat perlu memakai topeng muka setiap masa dan hand sanitiser sebelum dan selepas masuk ke pejabat kami. |
7. Kawalan masuk & keluar |
Sila elak daripada menyentuh tombol pintu. Benarkan pengawal keselamatan atau staf kami membantu anda. Anda akan diberitahu apabila giliran anda telah tiba untuk masuk dan keluar daripada cawangan kami. |
8. Penjarakan sosial |
Pastikan jarak anda sekurang-kurangnya SATU meter daripada orang di sekeliling dan apabila berhubung dengan staf kami. Sila ikuti penanda lantai. |
Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan budi bicara anda dengan prosedur di atas. Ini amat perlu untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan para pelanggan, ejen dan staf kami yang amat dihargai.
Sekali lagi kami ingin mengingatkan anda untuk menggunakan perkhidmatan online bagi menggurangkan sentuhan permukaan dan fizikal. Anda juga boleh hubungi kami untuk bantuan menerusi panggilan dan e-mel.
Prudential Assurance Malaysia: 03 – 2771 0228 | customer.mys@prudential.com.my
Prudential BSN Takaful: 03 – 2775 7188 | customer@prubsn.com.my
Marilah kita terus laksanakan langkah-langkah berjaga-jaga, ikuti semua nasihat pihak berkuasa, agar kita sentiasa kekal selamat dan sihat.
Klik pautan ini untuk mengetahui waktu operasi terkini perkhidmatan cawangan kami.