Pilih bahasa anda
close
Kempen dan Pengumuman

TINJAUAN INDEKS KEPUASAN PELANGGAN (CSS) 2024/25

Para Pelanggan yang Dihargai,

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan semua pemain industri Insurans dan Takaful menunaikan komitmen mereka dan memberikan perkhidmatan seperti yang digariskan dalam Piagam Perkhidmatan Pelanggan (CSC). BNM serta Lembaga dan Jawatankuasa Pengurusan Persatuan (MTA/LIAM/PIAM) telah meluluskan pelantikan NielsenIQ Malaysia sebagai agensi penyelidikan untuk menjalankan Tinjauan Kepuasan Pelanggan (CSS) 2024/25.

Tinjauan ini adalah inisiatif utama yang bertujuan untuk memastikan industri memenuhi piawaian perkhidmatan pelanggan yang digariskan dalam Piagam Perkhidmatan Pelanggan dan memacu penambahbaikan dalam keseluruhan pengalaman pelanggan yang disediakan oleh semua pemain Insurans dan Takaful.

Untuk makluman anda, tinjauan ini akan dijalankan bermula dari November 2024 hingga Mac 2025. Sehubungan itu, dalam tempoh tersebut, para pelanggan mungkin akan dihubungi oleh penyelidik NielsenIQ Malaysia melalui telefon. Penyertaan anda amat dihargai, kerana ia akan membantu meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan industri Insurans dan Takaful di Malaysia. Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda.

Kerjasama dan perhatian anda terhadap perkara ini amatlah dihargai.

Baca Soalan Lazim disini