Aktiviti Penyenggaraan Perkhidmatan Debit Terus
Kepada Pelanggan yang dihargai,
Selaras dengan usaha PruBSN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami, kami akan melaksanakan penyenggaraan bagi aktiviti pembayaran kaedah Debit Terus melalui PayNet. PayNet adalah rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan Malaysia.
Aktiviti penyenggaraan ini akan mengemaskini had kebenaran maksimum semasa anda kepada amaun yang lebih tinggi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguruskan dan memudahkan sebarang perubahan kepada amaun sumbangan anda di masa akan datang (sekiranya ada). Walau bagaimanapun, sila jangan khuatir, hanya amaun sumbangan sebenar akan ditolak dari akaun bank anda seperti arahan anda kepada PruBSN.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada ruangan soalan lazim.
Soalan Lazim
Ketahui lebih lanjut mengenai penyenggaraan perkhidmatan debit terus
Soalan |
Jawapan |
|
Anda tidak perlu melakukan apa-apa bagi aktiviti penyenggaraan ini. Kaedah pembayaran anda melalui Debit Terus masih kekal. Aktiviti penyenggaraan ini hanya akan mengemaskini had kebenaran maksimum semasa anda kepada amaun yang lebih tinggi. Ini adalah bagi menguruskan dan memudahkan sebarang perubahan kepada amaun sumbangan anda di masa akan datang (sekiranya ada). |
|
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) adalah rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan Malaysia. Sebahagain besar PayNet dimiliki oleh Bank Negara Malaysia. Anda boleh merujuk dilaman web PayNet untuk maklumat lanjut di sini. |
|
Pembayaran melalui Akaun Simpanan dan Akaun Semasa (CASA) akan terlibat dengan aktiviti penyenggaraan ini. |
|
Had kebenaran maksimum dinaikkan untuk memberikan fleksibiliti sekiranya anda ingin meningkatkan pembayaran sumbangan anda pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, sila jangan khuatir, hanya amaun sumbangan SEBENAR akan ditolak dari akaun bank anda seperti arahan anda kepada PruBSN. |
|
Aktiviti penyenggaraan ini akan dilaksanakan pada Januari 2021. |
|
Tidak. Anda tidak akan dikenakan sebarang caj untuk aktiviti penyenggaraan ini. |
|
Tidak, aktiviti penyenggaraan ini tidak akan megubah atau memberi sebarang implikasi kepada pembayaran sumbangan dan terma Sijil takaful anda dengan PruBSN. |