Insiden Keselamatan Siber MOVEit
Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) ingin mengesahkan bahawa kami adalah antara syarikat-syarikat di seluruh dunia yang telah terkesan secara global melalui serangan kecurian data dan penyalahgunaan “zero-day vulnerability” pada perisian MOVEit.
Pelanggan dan ejen adalah keutamaan kami dan sebaik sahaja kami menyedari tentang insiden ini, kami telah mengambil tindakan segera untuk mengasingkan “server” yang terjejas sementara pasukan tindak balas insiden kami meneruskan siasatan dan pemantauan yang ketat berkaitan dengan perkara ini. Kami juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Terdapat kemungkinan besar bahawa antara data peribadi pelanggan yang terjejas adalah melibatkan nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan/atau sebahagian daripada maklumat kad kredit. Risiko berlakunya transaksi tanpa kebenaran adalah lebih rendah kerana hanya sebahagian daripada maklumat kad kredit yang terlibat.
Siasatan masih giat dijalankan. Sebagai makluman, kami sedang berusaha untuk mengesahkan perkara ini secepat mungkin.
Kami sedang mengambil langkah segera untuk memaklumkan perkara ini kepada para pelanggan yang terjejas serta pada masa yang sama memberikan sokongan yang sewajarnya. Kami juga telah menyediakan talian hotline khusus dengan masa operasi yang dilanjutkan supaya mudah dihubungi pelanggan.
Untuk melindungi diri anda, kami mencadangkan para ejen dan pelanggan kami agar:
• Sentiasa berhati-hati terhadap sebarang komunikasi yang tidak dijangka
• Elakkan daripada mengklik pada pautan atau memuat turun lampiran daripada e-mel
yang mencurigakan
• Semak akaun bank dan penyata kad kredit anda secara berterusan untuk mengesan aktiviti
yang mencurigakan
• Jika anda mengesyaki bahawa kad kredit anda terjejas dalam apa jua cara, kami mengesyorkan
anda terus menghubungi pihak bank untuk melakukan tindakan selanjutnya.
Serangan keselamatan siber kini semakin meningkat di peringkat global. Kami sentiasa menyemak dan mengemas kini sistem keselamatan kami serta telah bertindak pantas untuk mengawal serangan dalam perisian MOVEit.
Perniagaan kami kekal beroperasi sepenuhnya dan tiada sebarang kesan ke atas operasi pelanggan.
Talian pelanggan:
03-27712480 (PAMB) atau 03-27424060 (PruBSN)
(Isnin hingga Jumaat) - 8:30pagi hingga 7:00petang & (Sabtu) - 8:30pagi sehingga 1:00 petang.
Berkuatkuasa 28 Jun 2023,
(Isnin hingga Jumaat) - 8:30 pagi hingga 5.15 petang & (Sabtu) - 8:30pagi sehingga 1:00 petang.
Berkuatkuasa 1 Julai 2023,
(Isnin hingga Jumaat) - 8:30 pagi hingga 5.15 petang