Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Kempen dan Pengumuman

Gangguan Perkhidmatan

Pelanggan yang dihormati,

Dukacita dimaklumkan bahawa kami sedang menghadapi masalah teknikal yang menyebabkan kelewatan yang tidak dijangka dalam pengeluaran Surat Kebenaran (Pre Authorisation Letter) / Surat Jaminan (Guarantee Letter) bagi kemasukan hospital.

Kami sedang berusaha untuk menstabilkan sistem dan memulihkan perkhidmatan ini secepat mungkin. Sementara itu, kami telah memaklumkan kepada pihak panel hospital untuk memudahkan kemasukan semua pelanggan kami yang mendapatkan rawatan di kemudahan mereka.

Sebagai alternatif, para pelanggan juga boleh memilih untuk menyelesaikan bil hospital dan memfailkan tuntutan pembayaran semula.

Kami memohon maaf atas kesulitan ini dan kerjasama anda amat kami hargai.