Kemas Kini Maklumat Peribadi Anda
Pelanggan yang Dihormati,
Kami ingin mengingatkan anda tentang kepentingan untuk mengemas kini maklumat peribadi anda dengan PruBSN.
Maklumat yang tepat dan terkini memastikan anda menerima informasi dan notifikasi penting mengenai sijil anda, membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan memastikan anda tidak terlepas dari sebarang komunikasi mustahak.
Sila kemaskini / maklumkan kepada kami dengan segera jika terdapat sebarang perubahan pada maklumat seperti berikut:
1. Maklumat Peribadi: Kemas kini alamat emel dan maklumat peribadi lain. |
|
2. Maklumat Akaun Bank: Pastikan maklumat akaun bank anda tepat dan terkini. |
|
3. Alamat: Kemas kini alamat kediaman dan surat-menyurat anda. |
|
4. Penama dan/atau Pemegang Amanah: Maklumkan kepada kami sebarang perubahan dalam maklumat penama atau pemegang amanah anda. |
Segala perhatian dan kerjasama anda amatlah dihargai.