Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Prudential BSN Takaful

Soalan Lazim

Di sini kami menjawab beberapa persoalan yang mungkin anda fikirkan

Umum

1. Apa itu Takaful?

Takaful ditakrifkan sebagai persetujuan bersama antara pihak-pihak di mana mereka bersetuju untuk memberi bantuan material kepada satu sama lain atau kumpulan, dalam waktu musibah. Perjanjian itu juga menetapkan bahawa setiap pihak hendaklah terlebih dahulu bersetuju mengenai bentuk sumbangan yang akan digunakan kemudian di atas dasar faedah bersama. Skim Takaful memenuhi semangat perundingan Islam (Syariah) yang merupakan gabungan konsep kerjasama, perlindungan dan tanggungjawab yang mereka laksanakan bersama.

2. Adakah Takaful hanya untuk orang Islam sahaja?

Tidak. Takaful disediakan untuk semua kaum, agama, dan individu yang berminat untuk melabur demi keselamatan dan perlindungan orang yang tersayang

3. Bagaimana Takaful berbeza daripada insurans?

Takaful adalah berdasarkan konsep kerjasama di mana peserta bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam masa yang diperlukan bersama. Sebahagian daripada caruman yang dibayar oleh setiap peserta disimpan sebagai Dana Tabarru (risiko dana) dan wang caruman dalam dana itu akan digunakan bagi membayar tuntutan yang dibuat oleh peserta lain. Ini yang dimaksudkan dengan konsep ‘membantu antara satu sama lain’. Dalam kes ini, pengendali Takaful bertindak sebagai Pengurus dana dan bukan pemilik dana. Sebarang lebihan dalam dana risiko akan diagihkan kembali kepada peserta yang layak.

Polisi insurans adalah produk yang dijual oleh syarikat insurans yang mana wang itu dikumpulkan dalam dana risiko yang dimiliki oleh syarikat insurans dan tuntutan dibayar daripada dana ini. Pemegang polisi pelan insurans tidak berkongsi wang caruman untuk membantu pemegang polisi lain yang memerlukan. Pemegang polisi insurans mengambil pelan dengan syarikat insurans untuk melindungi dirinya, orang yang tersayang atau harta benda sahaja.

4. Siapakah PruBSN?

PruBSN adalah usahasama antara dua entiti kewangan yang kukuh dan stabil iaitu Prudential plc (UK) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Usahasama secara rasmi diluluskan oleh Bank Negara Malaysia pada 8 Ogos 2006.

5. Apakah makna jenama PruBSN?

Jenama kami adalah aset yang paling penting bagi membolehkan kami merekrut individu-individu berbakat untuk menyertai entiti kami selain menyediakan platform yang mewujudkan imej positif dengan orang ramai. Kami memandang serius imej jenama kerana ia bukan sekadar kecemerlangan produk, tetapi ukuran kualiti yang merentasi semua amalan kami.

6. Apakah itu SMILE?

SMILE adalah falsafah PruBSN apabila berhadapan dengan pelanggan.

  • Kepantasan (Speed) - Kami harus membuat kerja dengan pantas dan cekap.

  • Tanggungjawab (Make it Happen) – Kami harus memastikan perkara diselesaikan dengan penuh tanggungjawab.

  • Tulus (Integrity) – Kami harus menepati janji.

  • Ceria (Lively) – Kami harus memberikan rangsangan antara satu sama lain dan mewujudkan suasana yang positif.

  • Bermatlamat (Extra Mile) – Kami harus menunjukkan prestasi diluar jangkauan pelanggan.

7. Berapakah jumlah dan dimanakah terletaknya cawangan PruBSN?

Kini kami mempunyai 8 cawangan PruBSN di seluruh negara. Dapatkan maklumat selanjutnya di sini.

8. Apakah program kebajikan PruBSN?

Ditubuhkan pada 6 Ogos 2015, PruBSN Prihatin merupakan badan amal PruBSN yang bukan berasaskan keuntungan. Badan ini bertujuan menguruskan dua program utamanya iaitu Tanggungjawab Sosial & Zakat Korporat yang dikenali masing-masing sebagai A-Book, A-Child, A-Week (ABACAW) dan Endowmen Dana Zakat & Kebajikan.

Kedua-dua program ini menyediakan bantuan kewangan dan barangan untuk keperluan asas, keterusan pendidikan dan membantu mereka yang menghidap penyakit kritikal dan yang berdepan bencana alam untuk meneruskan kehidupan mereka semula. 

9. Bagaimana saya boleh berhubung dengan wakil khidmat pelanggan?

Sila hubungi +603 20537188 atau kirimkan e-mel anda ke customer@prubsn.com.my untuk sebarang pertanyaan.

10. Bagaimanakah saya boleh membuat aduan?

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai cara membuat aduan di sini.

11. Adakah Borang Maklum balas di mana saya boleh meninggalkan cadangan atau komen?

Ya, anda boleh mengakses borang maklum balas di sini

12. Bagaimana saya tahu pelan Takaful mana yang terbaik untuk saya?

Kami mencadangkan anda hubungi wakil Khidmat Pelanggan kami dan mereka boleh melantik seorang ejen PruBSN Takaful untuk memberi penerangan lanjut kepada anda mengenai rangkaian produk terbaik kami untuk memenuhi keperluan anda.

13. Di mana saya boleh mengambil pelan Takaful saya?

Anda boleh mendaftar untuk pelan Takaful dengan berkunjung ke mana-mana cawangan PruBSN atau Prudential Assurance Malaysia Berhad di seluruh Malaysia dan wakil Khidmat Pelanggan kami akan mencadangkan anda seorang ejen untuk memberi khidmat susulan.

14. Apa yang saya perlukan untuk mendaftar dengan satu-satu pelan?

Anda perlu mengenal pasti keperluan perlindungan, pelaburan serta kehendak kewangan anda. Anda boleh menghubungi wakil Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188 yang boleh menjawab pertanyaan anda. Selain itu, wakil Khidmat Pelanggan kami juga boleh mengaturkan ejen kami untuk berhubung dengan anda dan menentukan keperluan perlindungan asas mahupun manfaat pilihan tambahan, dan akhirnya menentukan jumlah sumbangan yang bersesuaian dengan anda.

15. Apakah yang dimaksudkan dengan pelan berkaitan pelaburan?

Pelan berkaitan pelaburan adalah pelan yang menggabungkan simpanan/pelaburan dan perlindungan dalam satu pelan. Caruman yang anda bayar bukan sahaja untuk keperluan perlindungan tetapi juga akan dilaburkan dalam dana pelaburan yang mematuhi Syariah untuk memperluas portfolio pelaburan anda.

16. Apakah dana berkaitan pelaburan yang ditawarkan oleh PruBSN?

Pelanggan boleh memilih dari mana-mana dana Takafulink berikut yang diluluskan Syariah untuk memenuhi keperluan pelaburan dan toleransi risiko anda.

 

Nama Dana

Objektif Dana 

 Takafulink Dana Aktif 

Menyediakan peningkatan nilai modal dengan melabur dalam sekuriti patuh Syariah syarikat-syarikat permodalan pasaran kecil yang berpotensi untuk berkembang.

Takafulink Dana Asia

Menyediakan peningkatan nilai modal dengan melabur dalam sekuriti patuh Syariah dalam rantau Asia Pasifik kecuali Jepun termasuk Malaysia.

 Takafulink Dana Dinamik 

Menyediakan peningkatan nilai modal dengan melabur secara aktif dalamekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah. Sebagai pertimbangan defensif, Dana mungkin akan dilabur dalam debentur Islamik dan instrumen pasaran wang Islamik.

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti

Menyediakan peningkatan modal jangka panjang dengan melabur di dalam pelaburan yang mematuhi Syariah yang mempunyai pendedahan di rantau Greater China.

 Takafulink Dana Ekuiti Global 

Menyediakan peningkatan nilai modal dengan melabur dalam sekuriti patuh Syariah melalui pendedahan terhadap pasaran ekuiti global.

Takafulink Dana Ekuiti Income

Menyediakan aliran pendapatan yang stabil dengan pertumbuhan modal jangka sederhana hingga jangka panjang. 

 Takafulink Dana Ekuiti Plus 

Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan jangka panjang dengan melabur dalam portfolio asset tempatan dan asing termasuk ekuiti patuh Shariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Shariah, deposit Islam, atau sebarang instrumen kewangan Islam lain secara langsung, dan/atau tidak langsung melalui pelaburan dalam mana-mana dana Islam seperti dana-dana berkaitan pelaburan yang ditubuhkan oleh kami, skim pelaburan kolektif Islam dan/ atau dana-dana dagangan bursa.

Takafulink Dana ESG Global

Memaksimumkan pulangan jangka masa panjang dengan melabur dalam Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) yang layak.

Takafulink Dana Sukuk

Menyediakan pengumpulan modal jangka sederhana ke panjang melalui pelaburan dalam sukuk terpilih dan instrumen pasaran wang Islamik.

Takafulink Dana Urus

Dana ini bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana ke jangka masa panjang dengan melabur dalam instrumen pasaran ekuiti,sukuk dan pasaran wang Islamik yang patuh Syariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Sukuk, dan dalam mana-mana Dana Takafulink yang tersedia pada masa akan datang.

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, hubungi wakil Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188 untuk menghubungkan anda dengan ejen-ejen kami.

17. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan maklumat umum mengenai produk PruBSN?

Anda boleh mendapatkan maklumat umum melalui saluran-saluran di bawah:

  1. Hubungi wakil khidmat pelanggan kami di +603 20537188.

  2. Hantarkan e-mel kepada kami di customer@prubsn.com.my.

  3. Kunjungi cawangan kami yang terdekat.

  4. Layari laman web kami di www.prubsn.com.my dan anda boleh mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan produk di sini.

18. Bagaimana untuk membayar sumbangan saya?

Anda boleh membayar sumbangan anda melalui pilihan yang berikut:

  • Wang tunai/ Cek di mana-mana cawangan PruBSN atau PAMB

  • Kad Kredit/ Kad Debit

  • Auto Debit

  • Perbankan Online

Maklumat lanjut boleh didapati di sini

19. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak membayar caruman saya?

Jika anda ingin perlindungan Takaful anda berterusan walaupun anda berhenti membuat sumbangan kepada pelan, penting untuk anda memberikan kami persetujuan untuk memotong Tabarru’, caj perkhidmatan dan caj pengurusan risiko untuk manfaat opsyenal (jika ada) dan manfaat tambahan (jika ada) dari akaun anda. Tanpa kebenaran ini manfaat  opsyenal dan/atau sebarang manfaat tambahan yang telah anda pilih akan terhenti walaupun terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun masing-masing. Pelan Takaful adalah sebuah komitmen jangka panjang dan anda perlu membayar sumbangan anda secara berterusan untuk memastikan kesinambungan perlindungan anda.

20. Bagaimana saya boleh membayar sumbangan pembaharuan saya?

Pembayaran boleh dibuat melalui saluran khusus seperti tertera di bawah:

  • Wang Tunai/ Cek di mana-mana cawangan PruBSN & PAMB

  • Kaunter Bank Simpanan Nasional & ATM

  • Peti di cawangan Prudential (untuk menjatuhkan cek, tidak sah bagi tambah nilai caruman tunggal)

  • Auto Debit Kad Kredit

  • Auto Debit Akaun Bank

  • Perbankan Online

21. Jika saya ingin membayar sumbangan melalui cek, apa jenis maklumat yang saya perlu sediakan pada cek?

Sila nyatakan maklumat berikut pada belakang cek:

  • Nombor sijil

  • Pecahan jumlah sumbangan bagi setiap sijil untuk pembayaran lebih daripada satu

  • Penerima: Prudential BSN Takaful Berhad

22. Adakah saya layak untuk pelepasan cukai peribadi apabila saya mendapat pelan Takaful?

Jika anda memutuskan untuk membeli pelan Takaful, Penyata Caruman Takaful Keluarga (Family Takaful Contribution Statement, FTCS) akan membolehkan anda layak memperoleh pelepasan cukai individu sehingga RM6,000 setahun. Kami akan mengeluarkan FTCS setiap tahun pada bulan Mac. Penyata ini menunjukkan semua sumbangan yang dibuat pada tahun sebelumnya untuk tujuan pengisytiharan anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

23. Bagaimanakah saya membuat tuntutan?

Hubungi ejen anda atau wakil Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan butiran borang dan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Borang Tuntutan

  • Senarai semakan tuntutan

  • Bil asal yang terperinci

  • Resit asal

  • Laporan perubatan atau ringkasan pelepasan

  • Sijil perubatan (jika ada)

Lengkapkan borang dengan tepat dan pastikan kesemua dokumen yang relevan disediakan.

Dapatkan laporan perubatan daripada doktor perubatan anda (jika ada).

Hantarkan borang beserta lampiran dokumen yang telah dilengkapkan kepada ejen anda atau ke mana-mana cawangan PruBSN atau Prudential Assurance Malaysia Berhad.

Maklumat di atas bertujuan sebagai panduan am sahaja. Maklumat lanjut mengenai ini boleh didapati di bahagian ‘Langkah Membuat Tuntutan’ di laman web kami.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih terperinci, sila hubungi ejen anda atau hubungi  Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

24. Adakah terdapat had masa untuk memaklumkan tuntutan saya kepada PruBSN?

Anda dinasihatkan untuk menghubungi dengan serta-merta Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188.

25. Apa yang berlaku jika terdapat perubahan dalam alamat surat menyurat saya?

Sila maklumkan kepada ejen anda atau kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi  Pusat  Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188 untuk bantuan selanjutnya. Penting untuk anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan alamat surat menyurat dan butiran nombor panggilan agar kami dapat berhubung dengan anda untuk sebarang makluman penting.

26. Apakah yang akan berlaku jika saya kehilangan dokumen sijil saya dan ingin mendapatkan salinan pendua?

Anda perlu mengemukakan Akuan Berkanun untuk Kehilangan Dokumen Sijil dan membayar RM30 sebagai caj pentadbiran pengeluaran semula. Akuan Berkanun mesti dicap dengan nilai RM10 di Pejabat Stamping dan ditandatangani oleh Jaksa Pendamai, Notari Awam atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mentadbir sumpah ikrar atau affidavit. Anda boleh mendapatkan borang Akuan Berkanun daripada ejen perkhidmatan anda atau dengan mengunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 20537188.

Sumbangan Awal

1. Apa itu Sumbangan Awal?

Sumbangan Awal merujuk kepada jumlah penuh sumbangan yang diterima oleh PruBSN sebelum Tarikh Akhir Sumbangan Seterusnya (NCDD).

Untuk lebih jelas, “Sumbangan” bermaksud jumlah keseluruhan sumbangan yang perlu dibayar untuk sijil tersebut seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di Dokumen Sijil.

2. Bagaimana Sumbangan Awal berfungsi?

Contoh bagi pelan sumbangan berkala seperti di bawah:

Bulanan

Sumbangan Bulanan

RM100

Frekuensi Bayaran

Bulanan

NCDD

1 Jan 2021

Tarikh Bayaran

20 Dec 2020 bagi sumbangan untuk Jan 2021

RM100 ini akan dianggap sebagai Sumbangan Awal oleh PruBSN kerana bayaran diterima sebelum NCDD, 1 Jan 2021.

 

 

Tahunan

Sumbangan Bulanan

RM1,200

Frekuensi Bayaran

Tahunan

NCDD

1 Jan 2022

Tarikh Bayaran

20 Dec 2021 untuk sumbangan penuh tahun 2022

RM1,200 ini akan dianggap sebagai Sumbangan Awal oleh PruBSN kerana bayaran diterima sebelum NCDD, 1 Jan 2022.

 

Nota : Sumbangan Awal tidak terpakai kepada pelan sumbangan tunggal.

3. Adakah Sumbangan Awal terpakai bagi pelan dengan tempoh sumbangan terhad?

Ya, Sumbangan Awal ini juga terpakai bagi kedua-dua pelan dengan sumbangan berkala dan tempoh terhad. Pelan sumbangan berkala adalah di mana sumbangan harus dibayar secara berkala sepanjang tempoh sijil manakala pelan sumbangan tempoh terhad adalah di mana sumbangan harus dibayar untuk jangka masa terhad (tidak sepanjang tempoh sijil).

4. Sekiranya saya memilih untuk membayar sumbangan awal, apa akan terjadi kepada sumbangan yang telah saya bayar?

Sebaik sahaja menerima sumbangan anda, PruBSN akan memperuntukkan bahagian peserta (anda) ke dalam akaun-akaun pelaburan sijil mengikut kadar bahagian sumbangan yang telah dinyatakan dalam dokumen sijil. PruBSN juga akan melaburkan amaun sumbangan di dalam akaun pelaburan* tersebut mengikut dana pelaburan yang telah dipilih oleh anda (digunapakai bagi pelan berkaitan pelaburan) atau mengikut mandat pelaburan dana yang berkaitan (digunapakai bagi pelan tidak berkaitan pelaburan atau hibrid). Sebarang keuntungan pelaburan yang diperoleh daripada jumlah pelaburan ini akan menjadi sebahagian daripada nilai akaun sijil anda.

Bahagian yang tidak diperuntukkan yang mengandungi caj wakalah akan diasingkan dan diletakkan ke dalam dana PruBSN. Komisen hanya akan dibayar kepada ejen/pengedar apabila sumbangan itu perlu dibayar; mengikut tarikh akhir sumbangan yang asal. 

*Akaun pelaburan sijil merujuk kepada semua akaun pelaburan di bawah sijil tersebut.

5. Apa akan terjadi sekiranya saya menyerahkan sijil, adakah saya akan menerima semula sumbangan awal yang telah saya bayar?

Bagi pelan dengan sumbangan berkala, semasa serahan, PruBSN akan membayar semula nilai akaun sijil bersama amaun Caj Wakalah Belum Diperoleh bagi sumbangan awal.

Bagi pelan dengan sumbangan tunggal, semasa serahan, PruBSN akan membayar semula nilai akaun sijil sahaja.

Bagi pelan pekerja berkelompok, semasa serahan, PruBSN akan membayar amaun tabarru` yang tidak digunakan ditolak jumlah tuntutan yang dibayar sepanjang tahun sijil.

Nota: Bayaran di atas juga adalah digunapakai bagi kes dengan tuntutan yang mengakibatkan penamatan sijil.

6. Apakah Caj Wakalah Belum Diperoleh?

Caj Wakalah Belum Diperoleh adalah caj wakalah yang menjadi sebahagian daripada Sumbangan Awal, yang belum lagi perlu dibayar kepada PruBSN dan perunding/pengedar takaful. Kadar caj wakalah ini berbeza mengikut pelan takaful dan tahun sijil. Kadar dan peratusan ini dinyatakan di dalam ilustrasi produk dan dokumen sijil. 

Call To Pay

1. Apakah itu Call to Pay

Call to Pay ialah perkhidmatan yang disediakan untuk para pelanggan kami membuat bayaran sumbangan menggunakan telefon dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-20537188.

2. Siapakah yang layak menggunakan perkhidmatan Call to Pay?

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada para peserta/ pemilik sijil yang mempunyai kad debit dan kad kredit Mastercard/ Visa yang dikeluarkan di Malaysia.

3. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan melalui Call to Pay?

Perkhidmatan Call to Pay yang disediakan adalah pembayaran sumbangan tertunggak dan pendaftaran untuk fasiliti pembayaran automatik di masa hadapan.

4. Bolehkah saya menggunakan kad kredit/ debit ibu bapa, datuk dan nenek, adik-beradik atau pasangan untuk membuat bayaran sumbangan?

Ya, boleh. Sila muat turun Borang Pendaftaran Perkhidmatan Kad Kredit/Debit di http://www.prubsn.com.my/ms/forms-documents dan e-mel borang yang telah dilengkapkan ke customer@prubsn.com.my.

5. Bagaimanakah saya boleh membuat bayaran menggunakan kemudahan Call to Pay?

Sila ikuti langkah-langkah yang berikut:

  • Langkah 1: Hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan di 03-20537188

  • Langkah 2: Pilih bahasa (Tekan 1 – Bahasa Inggeris, Tekan 2 – Bahasa Malaysia)

  • Langkah 3: Tekan 1 untuk Pelanggan dan masukkan nombor kad pengenalan

  • Langkah 4: Tekan 0 untuk berhubung dengan Pegawai Khidmat Pelanggan kami

  • Langkah 5: Tekan 1 untuk Pembayaran

Waktu Operasi Khidmat Pelanggan: Isnin - Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang (Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

6. Adakah saya akan diberitahu mengenai status pembayaran saya selepas melakukan transaksi Call to Pay?

Iya, SMS akan dikirimkan kepada anda dalam masa 2 hari bekerja dari tarikh transaksi untuk memaklumkan mengenai status pembayaran anda.

E - Kredit

1. Apa itu PruBSN E-Kredit?
  1. E-Kredit PruBSN adalah satu kemudahan pembayaran kredit daripada PruBSN terus ke dalam akaun bank pelanggan.

  2. Kemudahan E-Kredit ini direka khusus kepada pelanggan yang mempunyai sijil dengan PruBSN untuk menerima pembayaran tuntutan samada penerima serahan, penuntut dan penama.

  3. Pada waktu ini, kemudahan ini hanya boleh didapati untuk bayaran setinggi RM3,000 dan ke bawah.

  4. Kami akan menilai semula skop berkaitan kemudahan ini dari semasa ke semasa.

2. Bagaimana saya boleh daftarkan kemudahan PruBSN E-Kredit ini?
  1. Anda boleh daftar untuk kemudahan E-Kredit ini apabila:

    • Sewaktu anda memfailkan tuntutan dengan melengkapkan seksyen E-Kredit pada borang tuntutan dengan menyatakan nama penuh anda dan maklumat akaun bank anda dengan tepat.

    • Anda mendaftar sijil Takaful Keluarga anda dengan kami, dengan memberi maklumat akaun bank di seksyen E-Kredit pada borang cadangan.

  2. Sila pastikan anda baca dan fahami terma dan syarat kemudahan E-Kredit ini. Dengan mendaftar untuk kemudahan ini, anda dianggap bersetuju dengan terma dan syarat kemudahan ini.

3. Dokumen apa yang perlu saya berikan untuk mendaftar untuk kemudahan E-Kredit ini?

Sila berikan salinan Kad Pengenalan anda.

4. Adakah sebarang pra-syarat untuk kemudahan E-Kredit ini?

Tiada sebarang pra-syarat untuk mendaftar untuk kemudahan E-Kredit ini.

5. Adakah saya akan diberitahu sebaik bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank saya?

Ya. Anda akan diberitahu menerusi SMS/e-mel sebaik wang dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Sila pastikan nombor hubungan anda dan alamat e-mel dikemaskinikan dengan pihak kami.

6. Bagaimanakah saya mahu kemaskini maklumat akaun bank saya?

Anda boleh kemas kini maklumat akaun bank anda dengan mengisi seksyen E-Kredit dalam borang tuntutan apabila memfailkan tuntutan.

7. Apakah manfaat E-Kredit ini?

E-Kredit adalah satu cara yang mudah untuk anda menerima bayaran tuntutan dengan kaedah yang paling selamat.

8. Adakah kemudahan E-Kredit ini mengenakan sebarang caj?

Buat masa sekarang, tiada sebarang caj dikenakan untuk kemudahan E-Kredit ini.

9. Apa terjadi jika urus niaga E-Kredit saya tidak berjaya?

PruBSN berhak untuk mengeluarkan bayaran dengan cek jika perkara di bawah berlaku:

  1. Maklumat yang diberikan dalam borang cadangan atau tuntutan tidak lengkap/tidak sah/salah,

  2. Bayaran dibuat kepada Penerima bersama (cth: pentadbir bersama atau pelaksana bersama), dan/atau

  3. Kegagalan pemindahan ke bank benefisiari mungkin disebabkan perkara berikut walaupun senarai ini idak lengkap:. Nombor akaun bank tidak sah/tidak lengkap, akaun anda mungkin ditutup atau tidakaktif, nombor pengenalan yang tidak sepadan, atau anda mungkin bukan pemegang akaun yang utama.

10. Perlukah saya memohon untuk kemudahan E-Kredit setiap kali saya memfailkan tuntutan dengan PruBSN?

Anda hanya perlu memohon sekali sahaja untuk kemudahan ini. Maklumat perbankan yang anda berikan kepada kami sewaktu anda memfailkan tuntutan atau sewaktu anda mendaftar bagi sijil baru akan digunakan untuk tuntutan masa hadapan yang memenuhi kriteria untuk E-Kredit untuk sijil yang sama. Walau bagaimanapun kami menggalakkan anda untuk memberikan kami maklumat terkini akaun bank anda sewaktu memfailkan tuntutan anda.

11. Siapa yang boleh saya hubungi jika saya ada sebarang pertanyaan berkaitan kemudahan E-Kredit ini?

Anda boleh menghubungi wakil Khidmat Pelanggan kami di talian +603 20537188 atau hantarkan e-mel ke customer@prubsn.com.my.

Kad Debit

Merujuk kepada mandat oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kesemua kad debit mestilah siap ditukarkan kepada kad debit PIN & PAY yang baru berkuatkuasa dari 1 Januari 2017.

Bagi memastikan pembayaran/potongan sumbangan dan perkhidmatan kad debit diteruskan, berikut adalah tindakan yang perlu diambil oleh para pelanggan kami:

  • Menukar kad debit sedia ada kepada kad debit PIN & PAY yang baru dari bank pengeluar kad masing-masing.

  • Buat pilihan dan maklumkan kepada bank untuk “Opt-in” untuk memberikan persetujuan kepada pihak bank pengeluar kad bagi meneruskan perkhidmatan kad debit.

  • Meningkatkan had transaksi seperti yang dinasihatkan oleh pihak bank pengeluar kad debit masing-masing.

  • Isi borang Borang Pendaftaran Perkhidmatan Kad Kredit dengan nombor kad debit yang baru untuk meneruskan potongan sumbangan.

Sila baca maklumat penuh di Soalan Lazim di bawah:

1. Apakah kad debit PIN & PAY?

Kad debit PIN & PAY adalah kad PIN yang membolehkan anda untuk membuat pembelian dan pembayaran secara elektronik. Pelaksanaan kad debit PIN & PAY adalah inisiatif industri seperti yang dimandatkan oleh BNM bagi menggantikan kad tandatangan dengan kad PIN (Nombor Pengenalan Peribadi/Personal Identification Number).

2. Apakah itu PIN?

PIN adalah kod-digit bersekuriti yang sama ada diberikan atau dipilih oleh ahli-ahli kad untuk membuktikan mereka adalah pemilik sah kad debit.

3. Kenapa saya perlu bertukar kepada kad debit PIN & PAY?

Kad debit PIN & PAY adalah inisiatif industri yang dimandatkan oleh BNM. Pelaksanaan ini dimestikan untuk kesemua pengguna kad debit. Kad debit sedia ada tidak memenuhi keperluan teknikal untuk menyokong fasiliti PIN iaitu satu teknologi yang membolehkan anda membuat transaksi elektronik dengan lebih yakin dan selamat.

4. Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima kad debit PIN & PAY?

Anda mesti mengaktifkan kad anda mengikut arahan yang disertakan bersama kad debit baru anda. Jika anda telah mendaftar telefon bimbit anda dengan pihak bank, anda akan menerima satu nombor PIN sementara melalui SMS. Kemudian, anda perlu menukar nombor PIN sementara tersebut kepada nombor PIN peribadi anda.

5. Bolehkah saya meneruskan penggunaan kad debit lama selepas menerima kad baru yang disertakan dengan PIN?

Kad debit sedia ada anda akan dibatalkan 90 hari selepas kad debit PIN & PAY anda dikeluarkan (ini mungkin berbeza mengikut bank). Sila aktifkan dan gunakan kad debit PIN & PAY anda setelah anda menerimanya untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan. Sila maklum bahawa bermula 1 Januari 2017, semua kad debit lama akan diberhentikan

6. Adakah permohonan baru dan bayaran sumbangan sijil sedia ada akan terjejas dengan penggunaan kad debit PIN & PAY?

Ya. Sila serahkan kepada PruBSN nombor kad debit PIN & PAY yang baru dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Perkhidmatan Kad Kredit.

7. Bilakah tarikh penguatkuasaan oleh Bank?

Kebanyakan bank sudah pun memulakan proses pertukaran kad debit kepada kad debit PIN & PAY.

8. Apakah maksud opt-in?

Opt-in merujuk kepada kebenaran yang diberikan oleh pemegang kad kepada bank mereka yang berkenaan untuk meneruskan perkhidmatan transaksi bil automatik menggunakan debit kad. Transaksi ini juga dikenali sebagai Card Not Present (CNP) atau MOTO (Mail Order/Telephone Order); di mana pemegang kad tidak boleh mengemukakan kad fisikal kepada PruBSN untuk membuat potongan.

9. Bagaimana cara untuk pelanggan membuat pilihan opt-in?

Kaedah opt-in mungkin berbeza mengikut bank pengeluar kad debit. Anda boleh merujuk kepada pautan yang disediakan dalam senarai di bawah untuk maklumat lanjut dari beberapa bank utama. Kami amat menggalakkan pelanggan untuk berhubung terus dengan bank mereka untuk maklumat sepenuhnya.

Penafian: PruBSN tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terdapat dalam pautan di bawah. Semua maklumat adalah betul pada masa pengekstrakan dari laman web rasmi bank masing-masing.

Affin Bank

Alliance Bank

Bank Islam

Bank Simpanan Nasional

CIMB

HSBC 

Public Bank

RHB

10. Apakah yang akan berlaku sekiranya pelanggan tidak membuat opt-in?

Sekiranya pemegang kad/pelanggan tidak membuat opt-in, potongan bayaran sumbangan akan ditolak walaupun potongan sebelum peraturan baru ini berkuatkuasa berjaya dibuat. Sekiranya potongan tidak berjaya, notifikasi SMS akan dikirimkan kepada pelanggan dan ejen. Para pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan kaedah pembayaran lain sehinggalah opt-in berjaya dibuat untuk kad debit mereka

11. Bagaimanakah cara untuk pelanggan memberikan nombor kad debit PIN & PAY yang baru?

Pelanggan perlu melengkapkan and menyerahkan Borang Pendaftaran Perkhidmatan Kad Kredit kepada ejen yang berkhidmat untuk mereka atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

12. Di manakah ejen/pelanggan boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Perkhidmatan Kad Kredit?

Sila muat turun borang tersebut di sini. Untuk para ejen PruBSN, anda boleh juga memuat turun dari portal ejen kami iaitu TakafulNET. 

13. Apakah yang akan berlaku jika pelanggan tidak menghantar nombor kad debit PIN & PAY yang baru?

Potongan sumbangan mungkin gagal dilakukan dan boleh mengakibatkan pemberhentian sijil.

14. Adakah ia akan memberi kesan kepada pengguna kad kredit?

Pelaksanaan ini tidak melibatkan pengguna kad kredit buat masa sekarang dan tiada sebarang tindakan diperlukan daripada mereka.

15. Adakah nombor kad debit yang baru serupa dengan nombor kad debit lama?

Sila rujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh bank pengeluar kad debit pelanggan (lihat nombor 9).

16. Bagaimanakah cara mengenalpasti kad debit yang baru?

Kad debit baru mempunyai logo “My Debit” di atas kad tersebut.

17. Bagaimanakah cara menggantikan kad debit sedia ada kepada kad debit PIN & PAY?

Sila rujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh bank pengeluar kad debit pelanggan (lihat nombor 9).

18. Jika bayaran sumbangan pelanggan menggunakan kad kredit, perlukah pelanggan mengisi Borang Pendaftaran Perkhidmatan Kad Kredit sekali lagi?

Ini tidak diperlukan buat masa sekarang.

19. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut?

Sila hubungi Pusat Perkhidmat Pelanggan di +603 20537188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

Kemudahan Debit Terus

1. Apa itu kemudahan Debit Terus?

Kemudahan Debit Terus adalah perkhidmatan pembayaran yang membolehkan sesiapa sahaja dengan akaun simpanan atau akaun semasa dari bank yang terlibat untuk membuat pembayaran berulang secara automatik. Dengan adanya kemudahan Debit Terus ini di dalam PruBSN Touch, para pelanggan kami kini boleh memilih untuk membuat bayaran berulang bagi bayaran sumbangan takaful mereka.

2. Apakah manfaat yang diperoleh jika mendaftar dengan kemudahan Debit Terus ini?

Antara manfaat mendaftar dengan kemudahan Debit Terus adalah;

  • Selamat - Setiap pendaftaran Debit Terus akan diberi kuasa dengan kelayakan log masuk pelanggan dan kata laluan

  • Ringkas dan mudah - Pra-menetapkan mandat Debit Terus dan bayaran berulangan pelanggan dapat dilakukan secara automatik

  • Senang - Pelanggan boleh melakukan pendaftaran dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa

  • Banyak pilihan - Debit terus menawarkan rangkaian Bank yang lebih luas dengan jumlah 28 bank

  • Pantas - Pelanggan boleh mengetahui keputusan pendaftaran mereka dengan serta-merta

  • Mesra alam - Semuanya secara elektronik tanpa kertas, ini akan membantu melindungi bumi kita

3. Apakah jenis akaun yang boleh mendaftar untuk kemudahan Debit Terus?

Akaun Simpanan dan Akaun Semasa boleh mendaftar untuk kemudahan Debit Terus ini.

4. Bank manakah yang terlibat dalam menyediakan kemudahan Debit Terus ini?

No.

Nama Bank

No.

Nama Bank

1

CIMB Bank Berhad

15

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

2

Citibank Berhad

16

BNP Paribas

3

Bank Islam Malaysia Berhad

17

Industrial and Commercial Bank of China

4

Bank Pertanian Malaysia (AGROBANK)

18

United Overseas Bank

5

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia B2C

19

Alliance Bank Malaysian Berhad

6

Bank of America (M) Berhad

20

Affin Bank Berhad

7

Deutsche Bank (Malaysia) Berhad

21

Sumitomo Mitsui Banking Corporation

8

Hong Leong Bank Berhad

22

Bank of Tokyo (MUFG)

9

HSBC Bank Berhad FPX

23

Al-Rajhi Bank

10

J.P Morgan Chase Bank

24

Ambank Malaysia Berhad

11

Malayan Banking Berhad

25

Bank Muamalat Malaysia Berhad

12

OCBC Bank Malaysia Berhad

26

Mizuho Bank (Malaysia) Berhad

13

Public Bank Berhad

27

Bank of China (Malaysia) Berhad

14

RHB Bank Berhad

28

Kuwait Finance House

5. Bagaimanakah pelanggan mendaftar untuk menikmati kemudahan Debit Terus ini untuk membayar sumbangan mereka?

Bagi pendaftaran dan pembayaran sumbangan takaful melalui Debit Terus, pelanggan perlu melengkapkan pendaftaran kebenaran untuk sekali sahaja melalui PruBSN Touch (sila rujuk panduan di bawah). Selepas itu, semua bayaran seterusnya akan dibuat secara automatik.

a) Bagi pelanggan yang mempunyai akaun PruBSNTouch

  • Log masuk ke akaun PruBSN Touch anda.

  • Pergi ke <Bayaran Sumbangan> dan pilih <Pendaftaran Debit Terus>.

  • Pilih sijil yang ingin didaftarkan dengan Debit Terus.

  • Isikan <BAHAGIAN 1: Maklumat Pemegang Akaun> dan <BAHAGIAN 2: Pilih Bank>.

  • Klik pautan <Terma & Syarat>

  • Baca, fahami dan jika anda bersetuju, pilih <Teruskan> untuk ke langkah seterusnya.

  • Anda akan dihalakan ke laman web PayNet untuk pengesahan.

    • Jika berjaya, RM1 akan ditolak buat sementara waktu daripada akaun anda dan pendaftaran Debit Terus akan didaftarkan.

    • Jika urus niaga gagal, pelanggan akan log keluar secara automatik daripada perbankan internet mereka dan dihalakan semula ke skrin PruBSN Touch dengan notifikasi <Gagal untuk mendaftar, sila cuba lagi kemudian>.

  • Selepas proses ini selesai, anda boleh pergi ke <Sejarah Pendaftaran> untuk menyemak status pendaftaran Debit Terus anda.

b) Bagid pelanggan yang tiada akaun PruBSNTouch

  • Buka laman web PruBSN Touch dan masukkan maklumat peribadi anda.

  • Cipta nama pengguna dan kata laluan anda.

  • Pilih maklumat keselamatan anda.

  • Semak dan mengesahkan pendaftaran anda.

  • Log masuk ke akaun anda.

  • Pergi ke <Bayaran Sumbangan> dan pilih <Pendaftaran Debit Terus>.

  • Pilih sijil yang ingin didaftarkan dengan Debit Terus.

  • Isikan <BAHAGIAN 1: Maklumat Pemegang Akaun> dan <BAHAGIAN 2: Pilih Bank>.

  • Klik pautan <Terma & Syarat>

  • Baca, fahami dan jika anda bersetuju, pilih <Teruskan> untuk ke langkah seterusnya.

  • Anda akan dihalakan ke laman web PayNet untuk pengesahan.

    • Jika berjaya, RM1 akan ditolak buat sementara waktu daripada akaun anda dan pendaftaran Debit Terus akan didaftarkan.

    • Jika urus niaga gagal, pelanggan akan log keluar secara automatik daripada perbankan internet mereka dan dihalakan semula ke skrin PruBSN Touch dengan notifikasi <Gagal untuk mendaftar, sila cuba lagi kemudian>.

  • Selepas proses ini selesai, anda boleh pergi ke <Sejarah Pendaftaran> untuk menyemak status pendaftaran Debit Terus anda.

6. Adakah kemudahan Debit Terus disediakan untuk semua Sijil?

Kemudahan ini kini tersedia untuk produk yang disenaraikan di bawah:

  • PruBSN AsasLink

  • PruBSN AnugerahPlus

  • PruBSN WarisanPlus

  • PruBSN Aspirasi

Nota: 1. Sila maklum bahawa senarai produk di atas mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa.
         2. Sila maklum bahawa Keyman insurans dikecualikan

Produk selain daripada di atas, pelanggan masih boleh memilih kemudahan auto debit (Borang Kebenaran Potongan Debit Terus/Auto Sumbangan Takaful Keluarga) sehingga notis selanjutnya.

7. Adakah kemudahan Debit Terus boleh diguna pakai untuk semua jenis pembayaran?

Pilihan pembayaran melalui Debit Terus boleh digunakan untuk pembaharuan bayaran sumbangan sijil.

8. Adakah sebarang caj dikenakan untuk mendaftar dengan kemudahan Debit Terus?

Tiada caj dikenakan untuk mendaftar dengan kemudahan Debit Terus. Namun untuk tujuan pengesahan, RM1 akan ditolak buat sementara waktu daripada akaun anda (untuk pendaftaran yang berjaya sahaja) dan akan dikembalikan kemudian.

9. Kenapa anda perlu memotong RM1 dan apakah tujuan pengesahan diperlukan?

Ini adalah sebahagian daripada langkah pengesahan di mana potongan RM1 adalah untuk memastikan bahawa akaun bank anda adalah sah dan aktif.

10. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk mendaftar dengan kemudahan Debit Terus ini?

Pendaftaran bagi kemudahan ini adalah serta-merta setelah pendaftaran berjaya dibuat.

Sijil Elektronik

1. Apakah Sijil Elektronik?

Sijil Elektronik PruBSN adalah versi digital dokumen sijil anda yang dijamin keselamatannya dan disediakan khusus untuk anda melalui PruBSN touch, portal pelanggan PruBSN yang baharu. Sijil ini akan menyenaraikan maklumat perlindungan dan manfaat serta terma dan syarat pelan Takaful PruBSN anda.

2. Kenapakah Sijil Elektronik lebih baik?

Sijil Elektronik disediakan bagi memudahkan anda memuat turun atau mencetak ketika anda memerlukannya. Anda hanya perlu log masuk ke PruBSN touch. Lebih penting lagi, kita dapat memelihara alam sekitar dan membina masa depan yang lebih mampan dengan pengurangan penggunaan kertas.

3. Adakah Sijil Elektronik selamat?

Sijil Elektronik PruBSN anda dilindungi dengan nama log masuk dan kata laluan PruBSN touch anda. Sijil Elektronik anda dalam format PDF dijamin selamat, tidak boleh disunting dan dilindungi dengan kata laluan. Sila pastikan kata laluan anda disimpan di tempat yang diyakini selamat bagi mencegah akses kepada Sijil Elektronik anda tanpa kebenaran.

4. Adakah sebarang caj dikenakan untuk perkhidmatan Sijil Elektronik PruBSN?

Sijil Elektronik PruBSN adalah perkhidmatan percuma dan nilai tambahan untuk kesemua pelanggan kami yang memilih untuk menerima Sijil Elektronik.

5. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk soalan berkenaan kemudahan Sijil Elektronik PruBSN?

Anda mempunyai 15 hari untuk menyemak Sijil Elektronik anda dan memaklumkan kepada kami sekiranya menghadapi sebarang kesulitan. Anda boleh hubungi Perunding Takaful anda atau berkomunikasi dengan wakil Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 20537188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my.

Perakuan Sumbangan Pertama dan Klausa Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan

1. Apakah itu Sumbangan Pertama?

Sumbangan Pertama merujuk kepada bayaran deposit atau bayaran sumbangan pertama anda kepada PruBSN yang diserahkan bersama borang cadangan apabila anda menyertai pelan takaful kami.

2. Mengapakah Perakuan Sumbangan Pertama penting untuk saya?

Apabila PruBSN menerima bayaran deposit/sumbangan pertama, anda akan menerima manfaat perlindungan kematian akibat kemalangan yang bersamaan dengan jumlah perlindungan sehingga maksimum RM500,000 dalam masa 90 hari dari tarikh resit pembayaran. Manfaat ini akan dibayar apabila permohonan/borang cadangan anda diterima oleh PruBSN berdasarkan kadar standard. Bagi pembayaran melalui cek, cek tersebut mesti disahkan sebelum manfaat perlindungan ini boleh berkuat kuasa.

3. Berapakah tempoh perlindungan bagi manfaat kematian akibat kemalangan ini?

Perlindungan kematian akibat kemalangan adalah sementara dan akan dihentikan apabila PruBSN menerima atau menolak permohonan/borang cadangan anda, atau jika bayaran sumbangan pertama dikembalikan semula oleh PruBSN sebelum 90 hari dari tarikh resit pembayaran

4. Adakah PruBSN akan memulangkan bayaran sumbangan pertama saya setelah tuntutan kematian kemalangan dibuat?

Sekiranya anda telah menerima bayaran tuntutan daripada manfaat kematian kemalangan, amaun deposit/sumbangan pertama anda tidak akan dikembalikan.

5. Siapakah yang saya boleh hubungi untuk bantuan lanjut?

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PruBSN di 03-2053 7188 atau e-mel ke customer@prubsn.com.my untuk sebarang bantuan.

Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

Adalah dimaklumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan berkuat kuasa pada 1 September 2018:

Peserta

Kadar Cukai Perkhidmatan

  • Individu

  • Institusi pendidikan berdaftar

  • Organisasi keagamaan berdaftar

 

 

Tidak dikenakan cukai perkhidmatan

  • Organisasi perniagaan (Contoh: Sijil orang penting, kumpulan perniagaan)

 

Cukai perkhidmatan sebanyak 6% ke atas jumlah sumbangan


Sila baca maklumat penuh di Soalan Lazim di bawah.

Bilakah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)?

Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan dikuatkuasakan di Malaysia bermula 1 September 2018. Cukai Perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu yang disediakan oleh orang yang kena cukai untuk pelanjutan perniagaan di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai SST boleh didapati di https://mysst.customs.gov.my. Di PruBSN, hanya Cukai Perkhidmatan (ST) akan dikenakan ke atas jumlah sumbangan bagi semua jenis Sijil Takaful yang mana pesertanya terdiri daripada entiti korporat.

Apakah jenis sijil PruBSN yang dikenakan Cukai Perkhidmatan (ST)?

Cukai Perkhidmatan dikenakan ke atas nilai sumbangan bagi semua jenis sijil Takaful di mana pesertanya adalah entiti korporat, kecuali organisasi pendidikan berdaftar dan organisasi keagamaan berdaftar.

Butiran seperti jadual di bawah:

Peserta

Kadar Cukai Perkhidmatan

  • Individu

  • Institusi pendidikan berdaftar

  • Organisasi keagamaan berdaftar

Tidak dikenakan cukai perkhidmatan

  • Organisasi perniagaan

    (Contoh: Sijil orang penting, kumpulan perniagaan)

                                           

Cukai perkhidmatan sebanyak 6% ke atas jumlah sumbangan

Berapakah kadar Cukai Perkhidmatan (ST) yang dikenakan?

Kadar cukai perkhidmatan (ST) sebanyak 6% dikenakan ke atas jumlah sumbangan sebenar yang dibayar.

Adakah jumlah sumbangan meningkat disebabkan oleh Cukai Perkhidmatan (ST)?

Ya, akan ada tambahan 6% cukai perkhidmatan (ST) ke atas jumlah sumbangan untuk semua sijil korporat.

Sebagai contoh, sekiranya sumbangan bulanan sijil orang penting/kumpulan perniagaan adalah RM100, maka jumlah yang akan dibayar efektif 1 September 2018 adalah RM106.

Adakah terdapat pemberitahuan bagi kenaikan sumbangan untuk sijil yang terjejas?

Ya, PruBSN akan menghantar surat pemberitahuan kepada semua pelanggan untuk memaklumkan mengenai penerapan cukai perkhidmatan (ST) dalam sumbangan kepada sijil korporat yang terjejas (tambahan 6% ke atas jumlah sumbangan) pada September 2018.

Adakah sijil akan terjejas sekiranya caruman dibayar awal sebelum 1 September 2018, semasa cuti cukai bermula 1 Jun 2018 hingga 31 Ogos 2018?al sebelum 1 September 2018, semasa cuti cukai bermula 1 Jun 2018 hingga 31 Ogos 2018?

Sijil individu tidak akan terjejas. Untuk semua pembayaran awal yang dibuat (semasa cuti cukai) untuk sijll korporat menjangkau lebih dari 1 September 2018 boleh dikenakan caj 6% cukai perkhidmatan (ST). Semua sijil korporat perlu membayar ST untuk sumbangan yang dibayar selepas 1 September 2018. Bagaimanapun, PruBSN menyerap cukai perkhidmatan dikenakan ke atas bayaran pendahuluan yang dibuat sebelum 1 September 2018.

Sekiranya sumbangan tahunan tertunggak dan dibayar sebelum 1 Jun 2018 (termasuk 6% GST) untuk tempoh perlindungan sijil yang dilanjutkan selepas 1 September 2018, bagaimanakah Cukai Perkhidmatan (ST) memberikan kesan kepada sijil?

Cukai perkhidmatan (ST) tidak akan dikenakan jika anda telah membayar sumbangan termasuk 6% GST.

Adakah Cukai Perkhidmatan (ST) terpakai jika sumbangan tertunggak bukan terkini dan saya ingin membuat bayaran pada/selepas 1 September 2018?

Ya, cukai perkhidmatan (ST) akan terpakai apabila anda membuat pembayaran pada/selepas 1 September. Bagaimanapun, GST 6% masih akan terpakai untuk sumbangan tertunggak sebelum 1 Jun 2018.

Contoh:

Sijil diterima: 1 Januari 2018, sumbangan sijil tertunggak dari April 2018 sehingga Ogos 2018, sumbangan bulanan ialah RM100/-

Sumbangan tertunggak dari 1 April sehingga 31 Mei - tertakluk kepada 6% GST = RM200
Sumbangan tertunggak dari 1 Jun sehingga 31 Ogos - tertakluk kepada 0% GST =RM300
Sumbangan tertunggak pada/selepas 1 September 2018 - tertakluk kepada 6% ST =RM100 + 6%

Justeru, untuk contoh ini anda perlu membayar jumlah keseluruhan sebanyak RM606 pada September 2018. Bagaimanapun, PruBSN menyerap Cukai Perkhidmatan (ST) yang dikenakan ke atas pembayaran yang dibuat pada September 2018.

Adakah terdapat pembayaran balik jika sijil dibatalkan dalam tempoh bertenang selepas 1 September 2018?

PruBSN akan mengembalikan jumlah cukai perkhidmatan (ST) yang telah ditolak sekiranya anda memutuskan untuk tidak meneruskan sijil dan membatalkan sijil dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penyerahan sijil.

Adakah ST terpakai kepada sijil individu yang telah diberikan kepada perniagaan korporat selepas 1 September 2018?

Tidak, cukai perkhidmatan (ST) tidak terpakai untuk sijil individu kerana individu itu masih pemilik sijil.

Adakah terdapat invois Cukai Perkhidmatan (ST) yang akan dikeluarkan kepada pelanggan?

Ya, invois disediakan berdasarkan permintaan. Anda boleh menghubungi kami di talian 03-20537188 atau email kami di customer@prubsn.com.my untuk meminta salinan.

Info yang Anda Perlu Tahu tentang Tempoh Menunggu, Keadaan Pra-wujud dan Pengecualian

Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu dalam perlindunagn takaful perubatan dan kesihatan?

Tempoh menunggu adalah waktu di mana anda tidak boleh menuntut sebahagian atau semua manfaat sijil daripada pengendali takaful.

Tempoh menunggu serta terma dan syarat adalah berbeza mengikut jenis sijil dan manfaat.

Jadi ianya penting untuk memahami tempoh dan segala terma tempoh menunggu seperti yang dinyatakan dalam kontrak sijil anda.

Sila maklum bahawa untuk tuntutan yang tidak ditawarkan melalui fasiliti HAS, pelanggan disarankan membuat bayaran sendiri terlebih dahulu dan memohon untuk tuntutan pembayaran balik beserta semua dokumen sokongan sebaik sahaja rawatan selesai.

Apakah yang dimaksudkan dengan keadaan sedia ada?

Keadaan sedia ada bermaksud keadaan penyakit fizikal dan/atau mental yang telah wujud sebelum penyerahan borang cadangan. Sekiranya sebarang keadaan tidak diisytiharkan semasa penyerahan borang cadangan atau penguatkuasaan semula sijil (sekiranya luput), pemegang sijil tidak akan dilindungi. Selain itu, segala manfaat dan/atau terma mungkin akan berubah disebabkan  kegagalan mendedahkan maklumat (non-disclosure).

Apakah jenis-jenis pengecualian dalam perlindungan takaful perubatan dan kesihatan?

Terdapat dua jenis pengecualian:

Pengecualian umum merujuk kepada risiko yang tidak dilindungi oleh pengendali takaful dan pengecualian ini dikenakan kepada semua pelanggan

Pengecualian spesifik merujuk kepada risiko khas yang tidak dilindungi oleh pengendali takaful dan pengecualian ini spesifik kepada seseorang pelanggan, bergantung kepada sejarah kesihatan lampau.

Pastikan anda telah membaca dan memahami Pengecualian Umum dan Pengecualian spesifik (jika ada) yang telah dinyatakan dengan jelas di dalam kontrak sijil anda.

Muat turun risalah