Pilih bahasa anda
A man smiling
Kesihatan

PruBSN Cegah

Eksklusif untuk Ahli KWSP

Daripada serendah RM8.40/tahun*, anda boleh fokus pada pemulihan tanpa perlu risau kewangan dengan pelan penyakit kritikal. Lindungi diri anda daripada 43 penyakit kritikal dan demam denggi dengan i-Lindung menggunakan dana KWSP anda. Daftar melalui i-Akaun KWSP anda tanpa perlu pemeriksaan kesihatan.

*Tertakluk terma & syarat

Image of a happy working adult
Perlindungan Kewangan
Apabila didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal yang dilindungi, anda boleh menggunakan manfaat tunai yang dibayar secara sekaligus untuk membiayai rawatan pilihan anda atau menggantikan kehilangan pendapatan anda bagi menjamin kesejahteraan keluarga anda
Image of a sick adult lying on a bed
Fokus kepada Pemulihan
Manfaat tunai yang disediakan di bawah pelan ini apabila didiagnosis dengan penyakit kritikal atau demam denggi akan membantu meringankan beban perbelanjaan luar-poket, agar anda boleh memberi tumpuan kepada pemulihan
 Image of an adult writing on a whiteboard or writing on a notebook with a calculator at the side
Sumbangan Mampu Milik
Sumbangan perlu dibayar sekali sahaja untuk perlindungan setahun.

Sumbangan akan ditolak melalui Akaun KWSP anda, dan ia layak untuk pelepasan cukai.

Untuk lelaki, bukan perokok, berumur di antara 19 dan 25 (umur pada hari lahir akan datang), dengan jumlah dilindungi sebanyak RM 10,000.

Maklumat Produk

Tempoh Perlindungan dan Sumbangan

Umur Kelayakan
19 hingga 60 tahun (umur pada hari lahir yang akan datang)

Tempoh Sumbangan
Bayaran sekali sahaja

Tempoh Perlindungan
Satu tahun

Jumlah Dilindungi

  • Manfaat Penyakit Kritikal
    RM10,000 sehingga RM100,000 (dalam gandaan RM5,000)
  • Manfaat Demam Denggi
    RM500 (dibayar sekali sahaja untuk setiap Ahli yang Dilindungi)
Manfaat

Manfaat Penyakit Kritikal
Sekiranya Ahli yang Dilindungi didiagnosis dengan Penyakit Kritikal yang dilindungi, 100% daripada jumlah dlindungi akan dibayar dari Dana Tabarru`.

Nota:

  • Sila rujuk Lampiran Keterangan Produk untuk senarai penuh Penyakit Kritikal yang dilindungi di bawah pelan ini.
  • 10% daripada jumlah dilindungi tertakluk kepada maksimum RM25,000 akan dibayar untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif lain untuk penyakit Arteri Koronari.

 

Manfaat Demam Denggi
Sekiranya Ahli yang Dilindungi didiagnosis dengan Demam Denggi, RM500 akan dibayar dari Dana Tabarru`.

Nota: Diagnosis perlu dijalankan oleh doktor yang berkelayakan, disertakan dengan keputusan ujian pengesahan. Manfaat Demam Denggi hanya akan dibayar sekali sahaja untuk setiap Ahli yang Dilindungi.

Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?

Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Penyakit Kritikal atau Manfaat Demam Denggi:

Anda boleh mendaftar tuntutan anda beserta dengan dokumen sokongan melalui ‘Daftar Tuntutan’ di aplikasi mudah alih Pulse by Prudential.

 

Apakah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan?
Untuk tuntutan Manfaat Penyakit Kritikal:

Bagi penghantaran melalui aplikasi mudah alih Pulse by Prudential, penuntut diminta untuk mengemukakan dokumen yang berikut:

  1. Gambar Kad Pengenalan bahagian hadapan dan belakang

  2. Gambar swafoto anda memegang pengesahan IC / Kad Pengenalan

  3. Salinan Sijil Perubatan Sulit (Penyata Doktor untuk penyakit tertentu) - ditandatangani oleh doktor yang merawat Ahli yang Dilindungi

  4. Laporan Makmal: Laporan Pemeriksaan Histopatologi, Biopsi, MRI, imbasan dan hasil siasatan (jika berkenaan)


Untuk tuntutan Manfaat Demam Denggi:
Bagi penghantaran melalui aplikasi mudah alih Pulse by Prudential, penuntut diminta untuk mengemukakan dokumen yang berikut:

  1. Gambar Kad Pengenalan bahagian hadapan dan belakang

  2. Gambar swafoto anda memegang pengesahan IC / Kad Pengenalan

  3. Tuntutan Manfaat Demam Denggi – Penyata Doktor (boleh dimuat turun daripada halaman `Tuntutan Saya’ dalam aplikasi mudah alih Pulse by Prudential)

  4. Laporan Makmal / Keputusan Ujian Saringan

PruBSN boleh meminta dokumen sokongan atau maklumat lain yang relevan, atau meminta untuk melihat dokumen asal sekiranya perlu. 

 

Berapakah tempoh untuk tuntutan diproses?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 13 hari bekerja.

Bagaimanakah Caranya untuk Membuat Penamaan?

Mengapakah ianya penting untuk membuat penamaan?

  • Penamaan adalah penting untuk memastikan keluarga anda akan menerima manfaat seperti yang anda inginkan dan manfaat-manfaat di bawah sijil boleh dibayar oleh PruBSN tanpa sebarang kelewatan. Penama tersebut boleh menjadi pelaksana (wasi) atau penerima manfaat dibawah Hibah (Hadiah) bersyarat. Tanpa penamaan, manfaat-manfaat di bawah sijil akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.
  • Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada penama anda mengenai manfaat sijil dan penamaan.

 

Siapakah yang boleh saya namakan sebagai penama untuk sijil saya?

  • Penama mestilah seorang individu. Penamaan kepada sesuatu organisasi adalah tidak dibenarkan.
  • Sekiranya penama anda adalah di bawah umur 18 tahun semasa tuntutan dibuat, semua manfaat akan dibayar kepada ibu atau bapa yang masih hidup atau penuntut yang wajar; iaitu penjaga yang sah, tertakluk kepada bukti undang-undang / dokumen sokongan yang relevan.

 

Bagaimanakah untuk membuat penamaan?

  • Anda boleh memutuskan siapa yang akan dinamakan sebagai penama untuk menerima manfaat-manfaat di bawah sijil dengan melengkapkan borang penamaan bersama butiran saksi dan menghantar borang penamaan tersebut melalui saluran berikut atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan oleh PruBSN untuk anda dari semasa ke semasa:
    a. kunjungi mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN; atau
    b. e-mel ke customer@prubsn.com.my.

 

  • Borang penamaan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati di:
    a. cawangan Prudential atau PruBSN; atau
    b. dalam e-mel yang anda akan terima semasa Sijil anda dikeluarkan.
Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?
  • Anda boleh memilih untuk membatalkan sijil anda di bawah ‘Pelan Saya’ (dikenali sebagai ‘PRUServices’ berkuatkuasa pada 1 Mac 2022) di aplikasi mudah alih Pulse by Prudential pada bila-bila masa yang anda inginkan. Sekiranya anda membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas menyertai pelan ini, PruBSN akan memulangkan sumbangan yang telah dibayar.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil anda pada bila-bila masa selepas 15 hari tersebut, PruBSN akan mengembalikan potongan Tabarru` yang belum digunakan, jika ada. Sila rujuk kepada Soalan-soalan Lazim yang disediakan untuk maklumat lanjut.
  • Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil anda selepas anda membatalkannya. Ini bermakna anda tidak akan lagi dilindungi di bawah pelan ini. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan untuk penyertaan yang baru. Sila pertimbangkan dengan teliti adakah pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.
Bagaimanakah Caranya untuk Memuat Turun Pulse by Prudential?

Imbas Kod QR atau klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi mudah alih Pulse by Prudential. Sila pastikan anda guna alamat e-mel yang sama seperti yang berdaftar dengan i-Lindung KWSP bagi pendaftaran di aplikasi Pulse by Prudential. Selepas anda berjaya mendaftar, anda boleh lihat dan muat turun e-Sijil anda melalui ‘Pelan Saya’ (dikenali sebagai ‘PRUServices’ berkuatkuasa pada 1 Mac 2022) di dalam aplikasi Pulse by Prudential.

 


  

Pelepasan Cukai

Sumbangan yang dibayar mungkin melayakkan anda untuk pelepasan cukai pendapatan individu, tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai PruBSN Cegah, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.

Bagaimana untuk mendaftar

Langkah 1:
Log masuk ke Portal KWSP i-Akaun
Klik pada butang “Daftar Sekarang” di bawah, dan log masuk ke Portal KWSP i-Akaun anda.

Nota: Daftarkan diri untuk i-Akaun jika anda belum melakukannya. Rujuk panduan pendaftaran di sini.

Langkah 2:
Pilih ‘i-Lindung’
Klik pada bahagian ‘i-Lindung’ di atas skrin dan isikan maklumat anda.
Langkah 3:
Daftarkan untuk PruBSN Cegah atau PruBSN Lindung
Pilih pelan perlindungan pilihan anda dan isi maklumat yang diperlukan.
Langkah 4:
Buat pembayaran sumbangan
Teruskan ke pembayaran sumbangan di mana ia akan ditolak daripada Akaun KWSP anda. Senang sahaja!