Pelanggan yang dihargai,
Kami ingin memaklumkan bahawa warga kerja Bahagian Pemasaran dan Pelanggan kami akan menghadiri program penglibatan kakitangan pada Jumaat, 20 November 2026. Oleh itu, pasukan perkhidmatan pelanggan berikut tidak akan dapat dihubungi buat sementara waktu pada 20 November 2026.
Pasukan yang terlibat:
- Pusat Panggilan PruBSN
- Pasukan E-mel
- Pasukan Telepemasaran
- Pasukan Perkhidmatan Premier Agensi
Semua pasukan yang terlibat akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin, 23 November 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan masih boleh menguruskan perkara berkaitan sijil takaful melalui saluran berikut:
- Aplikasi PruBSN kami
- Portal Pelanggan kami, PRUServices, di https://pruservices.prubsn.com.my/app/onboarding/welcome
- Sebagai alternatif, pelanggan boleh mengunjungi Pusat Libat Urus Pelanggan Prudential Assurance Malaysia Berhad untuk mendapatkan bantuan.
Terima kasih atas pemahaman dan sokongan berterusan yang diberikan kepada kami.