Card_SC_Fuad

Dr. Mohd Fuad Md. Sawari
Pengerusi Jawatankuasa Syariah

Dr. Mohd Fuad merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) sejak tahun 1996. Beliau kini juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah kepada Bank Simpanan Nasional.

Selepas beliau mendapat kelulusan ijazah sarjana muda pertama daripada Akademi Islam, Fakulti Syariah Universiti Malaya pada tahun 1991, Dr. Fuad kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda kedua daripada Universiti Amman, Jordan pada tahun 1995.

Pada tahun 2004, Dr. Fuad mendapat kelulusan Doktor Falsafah daripada UIAM dalam bidang Asas Hukum Islam (Usul Fiqh) dan Kaedah-kaedah Fiqh. Beliau telah menulis sebuah tesis mengenai Perdagangan Elektronik di antara Hukum Islam dan Undang-undang Malaysia. Dr. Fuad juga telah menghasilkan beberapa karya di dalam bidang falsafah dan undang-undang Islam merangkumi pengenalan kepada pengajian Fiqh dan banyak lagi.

Card_SC_Saiful

Professor Dr. Saiful Azhar Rosly

Profesor Dr. Saiful Azhar Rosly memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi serta Ijazah Sarjana dan PhD juga dalam bidang yang sama. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas mengenai isu-isu Syariah selain menjalankan pelbagai kajian mengenai Kewangan Islam.

Profesor Dr. Saiful mempunyai kira-kira 20 tahun pengalaman mengajar kini juga berperanan sebagai Profesor Menyelia Program Sarjana dan PhD Ekonomi Kewangan dan Perbankan Islam di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF).

Profesor Dr. Saiful telah menerbitkan pelbagai buku ilmiah dan jurnal professional dalam bidang Kewangan Islam. Antara lain, bukunya yang menyentuh isu-isu kritikal mengenai Perbankan Islam dan Pasaran Kewangan telah diedarkan di peringkat antarabangsa dan turut digunakan sebagai bahan rujukan di pelbagai institusi pengajian tinggi Kewangan Islam.

Card_SC_Wan

Wan Rumaizi Wan Husin

Wan Rumaizi adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Fiqh dan Usul al-Fiqhari Al-Bayt, Universiti Jordan dengan kelulusan Jayyid Jiddan (Cemerlang), Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan sedang mendapatkan ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di UIAM. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman mengajar dan membuat penyelidikan di dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Syariah untuk Bank Kerjasama Rakyat sejak 2011 serta merupakan ahli Lembaga Syariah bagi Al-Rajhi Bank sejak 2016.

Beliau telah terlibat dalam pelbagai usaha penyelidikan Syariah dan telah membentangkan banyak kertas kerja dalam persidangan Kewangan Islam, antaranya ialah penyelidikan mengenai Seksyen 179-191 Akta Kontrak 1950, sesi Pakar Undang-undang Kontrak, Persidangan Antarabangsa ke-4 Pengharmonian Undang-undang dan Syariah, Jabatan Peguam Negara Putrajaya dan kertas kerja mengenai Jaminan Modal dalam Mudharabah di Bengkel ISRA’, Lanai Kijang.

Card_SC_ZakiI

Dr. Ahmad Zaki Salleh

Dr. Ahmad Zaki Salleh memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Al Bayt, Jordan, Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dan Ijazah Kedoktoran (PhD) juga dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau memulakan kerjaya di UIAM pada tahun 2001 sebelum menyertai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pensyarah sepenuh masa pada tahun 2005.

Beliau kini merupakan Timbalan Dekan untuk Akademik dan Penyelidikan di Fakulti Syariah dan Perundangan, USIM. Beliau telah menyelia sejumlah calon-calon Sarjana dan PhD dalam bidang Perundingan Syariah, Kewangan Islam dan Muamalat. Beliau juga telah menerbitkan banyak penulisan artikel berkenaan perundangan kontrak Islam dan aktif dalam pelbagai projek penyelidik di institusi beliau.

Beliau juga dilantik sebagai Perunding Syariah di Syarikat Perundingan Kewangan Islam & Insuran Antarabangsa sejak tahun 2010, ahli Jawatankuasa Syariah di Bank Simpanan Nasional sejak tahun 2011 serta ahli Lembaga Penasihat Syariah di Australian Centre for Islamic Financial Studies (ACIFS) Brisbane, Australia sejak tahun 2012..

Card_SC_Jalil

Ustaz Abdullaah Jalil

Ustaz Abdullaah bin Jalil memegang Ijazah Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Pengajian Islam) Kelas Pertama atau “Mumtaz” dari Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau juga memiliki ijazah sarjana Pengurusan Perniagaan (Perbankan Islam dan Kewangan) pada tahun 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dimana beliau dianugerahkan sebagai “Pelajar Terbaik”. Beliau kini sedang melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD dalam bidang kewangan Islam di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Beliau sekarang berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM). Beliau memegang beberapa jawatan dalam institusi tersebut, antaranya adalah Panel Syariah di institute Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Pegawai Patuh Syariah untuk permohonan MS 1900:2005 dan institute Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI). Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa untuk Kurikulum Takaful, Perbankan Islam dan Kewangan di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Beliau juga merupakan Jawatankuasa Syariah di Bank Rakyat Malaysia (termasuk Jawatankuasa Zakat Bank Rakyat dan Rakyat Holdings). Beliau telah banyak menulis buku, jurnal dan sangat aktif dalam membentangkan kertas kerja dalam pelbagai persidangan dan seminar.

Card_SC_Syed

Professor Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi

Profesor Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, merupakan Ketua Pegawai Akademik di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF). Beliau menyertai INCEIF sebagai Profesor Ekonomi Islam dan Ekonometrik dan Ketua Fakulti Takaful pada Mac 2007.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang Statistik dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dalam bidang Ekonometrik dari University Birminghan, United Kingdom. Sejak tahun 1969, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai bidang akademik di empat universiti awam di negara ini, iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangasaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Utara Malaysia. Pada bulan Oktober 1997, beliau berkhidmat sebagai Presiden Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Universiti Tun Abdul Razak sehingga bulan Mac 2005. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebagai Timbalan Ketua Pengarah sejak tahun 1992 sehingga tahun 1997.

Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah di Etiqa Takaful Berhad (1995-2013), Maybank Islamic (2006-2014), Asia Unit Trust (1994-2012), antara lainnya. Kini, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Prima Prai Sdn Bhd, Epen Bina Sdn Bhd, Universiti Teknikal MARA sdn Bhd dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah untuk Dubai Center for Islamic Banking & Finance Advisory Board, Malaysian Insurance Professional Standards Council (MIPSC) dan IFSB Working Group – Guiding Principles for Retakaful (Islamic Reinsurance) Undertakings.

Selain memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah untuk Prudential BSN Takaful, beliau juga menganggotai Jawatankuasa Penasihat Syariah untuk Labuan Reinsurance (L) Ltd, Amanah Mutual Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Maybank Unit Trust Berhad) dan Singapore Unit Trusts Ltd (SUT). Beliau juga merupakan Penasihat Syariah untuk Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd dan Individu Syariah yang Disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Professor Datuk Dr. Syed Othman telah menulis dan menerbitkan sejumlah artikel mengenai pelbagai topik berkaitan Islam, Ekonomi, Perbankan, Takaful, Etika dan turut menulis dan menyunting sebanyak 12 buah buku.

Back to Top