Amanah Medicare Hidupkan amanah, Hulurkan ihsan
Pelan ini merupakan hasil kerjasama strategik di antara Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), bertujuan menyediakan perlindungan rawatan klinikal pesakit luar yang sesuai serta meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.
Manfaat Utama Produk
Info produk
Tempoh Perlindungan dan Kelayakan
|
Tempoh Perlindungan |
12 bulan |
|
Kelayakan |
Berumur 1-100 tahun dari kategori miskin tegar dan miskin. |
|
Sumbangan Takaful |
Sijil ini adalah percuma dan dibiayai oleh PruBSN dan ASNB. |
Ciri-ciri
-
Eksklusif untuk Ahli eKasih:
Skim ini ditawarkan secara eksklusif kepada miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah pangkalan data eKasih. -
Skim Takaful Percuma:
Skim takaful berkelompok dan produk patuh Syariah dengan sumbangannya adalah ditaja oleh PruBSN dan ASNB. -
Perlindungan:
Menawarkan perlindungan selama satu (1) tahun untuk rawatan pesakit luar dengan kemudahan tanpa tunai di semua klinik panel. -
Ringkas:
Mudah dan senang difahami. -
Tiada Pengunderaitan Diperlukan:
Ahli yang Dilindungi tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan dan proses pengunderaitan. -
Tanpa Kerumitan:
Pendaftaran secara automatik
Manfaat
Rawatan pesakit luar di klinik panel berjumlah RM300 selama setahun.
Cara-cara Mengemukakan Tuntutan
Nikmati rawatan tanpa tunai di klinik panel.
Tuntutan juga boleh dilakukan sekiranya:
-
Rawatan diterima di klinik bukan panel atau hospital;
-
Melebihi 80% Had Tahunan Keseluruhan telah digunapakai.
Sila rujuk brosur untuk Proses Tuntutan yang lengkap.
Berapa lamakah tuntutan diproses?
Pembayaran tuntutan akan diproses dalam 14 hari bekerja selepas menerima dokumen lengkap.
Nota Penting
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Amanah Medicare dengan merujuk Lampiran Keterangan Produk dan juga merujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.
Jadual Manfaat
|
Pelan PruBSN |
Amanah Medicare |
|
|
Rawatan Pesakit Luar Sahaja |
Had Tahunan RM 300 |
|
|
Kategori |
Perlindungan untuk Lawatan ke Klinik dan Klinik Pakar (Sehingga Had Maksimum RM300) |
|
|
PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR KLINIKAL (Klinik & Klinik Pakar) - TANPA TUNAI/DILINDUNGI |
||
|
1 |
Konsultasi |
Tanpa Tunai |
|
2 |
Perubatan |
Tanpa Tunai |
|
3 |
Suntikan (sebahagian daripada rawatan) |
Tanpa Tunai |
|
4 |
Diagnostik Makmal/Prosedur X-ray (secara perubatan diperlukan) |
Bayar dan Tuntut |
|
5 |
Prosedur Pembedahan Pesakit Luar |
Bayar dan Tuntut |
|
6 |
Sebarang Rawatan Pesakit Luar di Klinik Pakar |
Bayar dan Tuntut |
|
7 |
Pesakit Luar Pediatrik - Akses Secara Langsung bagi Kanak-kanak 12 Tahun ke Bawah |
Bayar dan Tuntut |
|
LAIN-LAIN - TIDAK DILINDUNGI |
||
|
1 |
Imunisasi (Rawatan Dibenarkan di Klinik & Klinik Pakar) |
TIDAK DILINDUNGI |
|
2 |
Imunisasi/Vaksinasi WAJIB untuk kanak-kanak seperti jadual KKM SAHAJA |
|
|
3 |
Pralahir/Pasca Lahir |
|
|
4 |
Dilindungi bagi Semua Jenis Imbasan Kehamilan |
|
|
5 |
Sunat |
|
|
6 |
HIV atau Sebarang Penyakit Kelamin |
|
|
7 |
Suntikan Intraartikular untuk Osteoartritis |
|
|
8 |
Sebarang Rawatan atas Sebab Kosmetik |
|
|
9 |
Tujuan Penyiasatan (X-ray, Terapi Sel Stem) |
|
|
10 |
Pemeriksaan Fizikal atau Perubatan |
|
|
11 |
Ubat Pencegahan |
|
|
12 |
Rawatan untuk Pengurangan Berat Badan |
|
|
13 |
Bariatri |
|
|
14 |
Hiperhidrosis |
|
|
15 |
Pemeriksaan Mata (Rabun Dekat & Rabun Jauh) |
|
|
16 |
Astigmatisme |
|
|
17 |
Alat Bantuan Penglihatan |
|
|
18 |
Keratotomi Radial |
|
|
19 |
Alat Prostetik (Tidak Terhad kepada Anggota Palsu, Alat Bantuan Pendengaran, Peranti Koklea, Alat Perentak Jantung) |
|
|
20 |
Dadah dan Penyalahgunaan Alkohol |
|
|
21 |
Gangguan Ketagihan |
|
|
22 |
AIDS |
|
|
23 |
Sebarang Penyakit Berjangkit yang Memerlukan Kuarantin |
|
|
24 |
Bunuh Diri atau Sebarang Kecederaan Diri yang Disengajakan |
|
|
25 |
Sebarang Sukan Berbahaya |
|
|
26 |
Aktiviti-aktiviti yang Melanggar Undang-undang |
|
|
27 |
Disebabkan oleh Aktiviti Radiasi |
|
|
28 |
Menderma Anggota Badan |
|
|
29 |
Ubat Preskripsi tanpa Konsultasi |
|
|
30 |
Fisioterapi |
|
