Pilih bahasa anda
 PruBSN Impian | Prudential BSN Takaful
Perlindungan

PruBSN Impian

Lindungi masa depan anak-anak anda dengan pelan perlindungan dan simpanan gabungan agar mereka dapat memulakan hidup mereka

Pendidikan menentukan masa depan anak-anak anda.

Tekankan kepentingan pendidikan pada setiap peringkat kehidupan anak-anak anda agar mereka boleh mencapai impian mereka

Beri galakkan kepada anak-anak anda untuk mengutamakan pendidikan

 

Hulurkan ganjaran apabila anak-anak anda mencapai prestasi akademik yang cemerlang melalui EduAchieve Bonus pada pelbagai peringkat pendidikan mereka

Maklumat produk

Terma Perlindungan dan Sumbangan

Tempoh Sumbangan

Sehingga umur 100 tahun

Umur Kelayakan

14 minggu kehamilan sehingga 18 tahun.

Tamat Tempoh Perlindungan

Sehingga umur 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM25,000

Manfaat

Manfaat Kematian

 

Sekiranya berlaku kematian orang yang dilindungi sebelum tamat tempoh perlindungan, manfaat berikut akan dibayar:

  • Jumlah Perlindungan Asas; dan

  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).


Sekiranya berlaku kematian bayi dalam kandungan dan sehingga 30 hari daripada kelahiran anak anda, manfaat berikut akan dibayar:

  • Sumbangan Perlindungan Tahunan; dan

  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).                 

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh  

 

    

 

Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku TPD sebelum tarikh ulang tahun sijil apabila orang yang dilindungi berumur 70 tahun. Sekiranya anak anda mengalami TPD pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari pertama daripada kelahiran, manfaat berikut akan dibayar:

  • Sumbangan Perlindungan Tahunan; dan

  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).


Sijil juga akan dibatalkan.

Manfaat Penyakit Kritikal

 

    

Crisis Shield
Crisis Protector
Vital Care Plus
Infant Secure
Accidental Protector Plus
Accidental Medical Protector
Health Protector
Contributor Saver
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver 
Contributor Joint Protect
Contributor Joint Saver
Takaful Saver Impian

 

              

Pelepasan Cukai

Sehingga RM6,000 di bawah cukai insurans hayat individu. Sebarang pelepasan cukai adalah tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ciri-ciri

Sokongan
Sokong impian anak anda apabila mereka mencapai usia 19 tahun dengan wang yang anda peruntukkan untuk pelaburan.

Mula dari awal
Lindungi anak anda seawal 14 minggu kehamilan dan lindungi diri anda apabila berlaku komplikasi kehamilan.

 

Komprehensif
Pelan perlindungan komprehensif dan berpatutan yang memberikan anda ketenangan fikiran untuk memenuhi keperluan anak anda.

 

Kawalan
Fleksibiliti untuk menentukan perlindungan, kemampanan sijil dan sumbangan.

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my

  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.