Manfaat Utama Produk

  • stepper icon

    Perlindungan komprehensif dalam satu pelan

    Merangkumi perlindungan perubatan dan hayat dengan tambahan perlindungan penyakit kritikal serta kemalangan untuk ketenangan minda menghadapi ketidakpastian kesihatan dan kehidupan.

  • stepper icon

    Perlindungan kanser menyeluruh dan rawatan perubatan lanjutan

    Nikmati perlindungan komprehensif untuk rawatan kanser termasuk had tambahan, perlindungan rawatan susulan serta akses kepada rawatan perubatan lanjutan.

  • stepper icon

    Sokongan kesihatan mental

    Menyediakan akses kepada rawatan kesihatan mental yang sesuai bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius atau menjejaskan kesihatan secara keseluruhan.

  • stepper icon

    Perlindungan yang boleh disesuaikan sepenuhnya

    Pilih daripada pelbagai rider tambahan untuk menyesuaikan perlindungan mengikut keperluan anda.

damai

Mengapa anda perlu mempertimbangkan PruBSN Damai

  • Kekal dilindungi apabila kos perubatan meningkat secara tidak dijangka.
  • Lindungi pendapatan dan simpanan anda daripada kesan kewangan akibat masalah kesihatan serius.
  • Sesuaikan perlindungan mengikut keperluan hidup dan bajet anda.
  • Akses kepada perlindungan lebih kukuh untuk kanser dan rawatan perubatan lanjutan.
  • Menyokong kesejahteraan menyeluruh termasuk penjagaan kesihatan mental.

Maklumat produk


Tempoh Sumbangan

Sepanjang tempoh perlindungan

Caruman Bulanan Minimum

RM50

Umur Kelayakan

1 hingga 70 (umur pada hari jadi akan datang)

Nota: Untuk tempoh perlindungan 10 tahun atau umur tamat tempoh 70, umur kemasukan maksimum adalah 60 tahun.
Untuk tempoh perlindungan 20 tahun, umur kemasukan maksimum adalah 50 tahun.

Umur Tamat Tempoh

Sehingga 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM10,000

Pelan Perlindungan Boleh Ubah
Tambahkan rider-rider pilihan anda yang dapat memenuhi keperluan anda untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.

Perlindungan Perubatan Komprehensif  
Menyediakan pelbagai manfaat perubatan dan kemasukan ke hospital, dengan fleksibiliti untuk memilih jenis bilik dan penginapan, pilihan sumbangan bersama dan pilihan sumbangan bagi memenuhi keperluan dan kemampuan anda.

Manfaat Tambahan yang Disyorkan
Berikut adalah gambaran keseluruhan pakej solusi yang disyorkan melalui PruBSN Damai.

PruBSN Damai

Bagi PruBSN Damai, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Shield Red

Perlindungan untuk perbelanjaan perubatan dan penyakit kritikal.  

Ubah suai pelan anda untuk melindungi diri anda daripada bil perubatan yang mendadak dan tinggi untuk pelbagai jenis rawatan dan atasi kebimbangan anda tentang ketidaktentuan kehidupan yang lain.

Medic TotalCare

Menyediakan perlindungan hospital dan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk menjaga keperluan kesihatan anda termasuk rawatan perubatan teknologi maju dan rawatan kesihatan mental, selain pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai yang lain.

Crisis  Protector

Menawarkan perlindungan tambahan supaya anda bersedia melawan penyakit kritikal sebaik sahaja anda didiagnosis.

Accidental Medical Protector

Membantu anda untuk menanggung perbelanjaan perubatan yang membebankan setelah berlaku kemalangan.

Muat turun dokumen

  • Ini merupakan ringkasan produk sahaja. Untuk maklumat penuh, sila rujuk Ringkasan Sijil, berbincang dengan ejen perkhidmatan anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.
  • Umur yang dinyatakan merujuk kepada umur pada hari lahir anda yang seterusnya.
  • Tiada data peribadi akan dikumpul apabila anda menekan pautan ini.