Pilih bahasa anda
close
iTEKAD Protection
Perlindungan

PruBSN iTEKAD Protection

PruBSN iTEKAD Protection ialah perlindungan takaful berkelompok dan patuh Syariah yang menyediakan manfaat sekaligus sekiranya berlaku kematian bukan akibat kemalangan atau akibat kemalangan. Skim ini juga termasuk elaun harian kemasukan di hospital sehingga 14 hari jika Ahli yang Dilindungi dimasukkan ke hospital kerajaan akibat kemalangan.

Selain itu, anda akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan bernilai tambah dan tawaran yang dipertingkatkan di bawah skim ini.

Skim ini akan dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik termasuk bank, dan menyasarkan perusahaan mikro (MSME), termasuk tetapi tidak terhad kepada peserta program iTEKAD.

Info Produk

Tempoh Perlindungan dan Kelayakan

Tempoh Perlindungan

12 bulan

Kelayakan

Penerima skim ini adalah usahawan mikro B40 yang layak terpilih termasuk tetapi tidak terhad kepada peserta program iTEKAD, berumur 19 hingga 50 tahun pada hari jadi akan datang.

Sumbangan Takaful

Sumbangan di bawah skim ini sebahagiannya ditaja oleh Kerajaan Malaysia, PruBSN dan Pemegang Sijil Induk. Anda perlu membayar sumbangan takaful sekali sahaja sebanyak RM10 untuk sebahagiannya menampung Caj Wakalah Pendahuluan sebagai perbelanjaan pengurusan untuk PruBSN.

 

Ciri-ciri
  1. Eksklusif untuk Usahawan Mikro: Skim tertutup ini ditawarkan secara eksklusif kepada usahawan mikro yang layak, tidak terhad kepada peserta program iTEKAD

  1. Skim Takaful: Skim takaful berkelompok dan produk patuh Syariah dengan sumbangan rendah adalah ditaja oleh PruBSN dan iTEKAD.

  1. Perlindungan: Menyediakan perlindungan selama satu (1) tahun dengan bayaran pampasan sekaligus bagi setiap kematian.

  1. Ringkas: Mudah dan senang difahami.

  1. Tiada Pengunderaitan Diperlukan: Ahli yang Dilindungi tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan dan proses pengunderaitan.

  1. Tanpa Kerumitan: Tidak membebankan kewangan perserta.

Manfaat

PruBSN iTEKAD Protection akan membayar manfaat jumlah sekaligus yang berkaitan berdasarkan kejadian yang dinyatakan di bawah:

Manfaat-manfaat

Jumlah Dilindungi (RM)

Kematian Bukan Akibat Kemalangan

RM10,000

Kematian Akibat Kemalangan

RM20,000

Manfaat Elaun Harian Kemasukan di Hospital Kerajaan (Akibat Kemalangan)

RM50/sehari
(RM700 atau maksima 14 hari)

Cara-Cara Membuat Penamaan

Mengapakah mendaftar penama itu penting?

  • Penamaan adalah penting untuk memastikan keluarga anda akan menerima manfaat seperti yang anda inginkan dan supaya PruBSN membayar manfaat di bawah sijil dengan segera. Penama tersebut boleh menjadi pelaksana (Wasi) atau penerima manfaat di bawah Hibah (Hadiah) bersyarat.

  • Tanpa penamaan, manfaat-manfaat di bawah sijil akan dibayar kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa.

  • Pemakluman kepada penama anda mengenai manfaat sijil dan penamaan adalah penting.

Siapakah yang boleh dijadikan penama?

  • Penama mestilah seorang individu. Penamaan sebuah organisasi tidak dibenarkan. Jika penama anda di bawah 18 tahun ketika tuntutan: manfaat akan dibayar kepada ibu bapa yang masih hidup, pihak menuntut yang betul, contohnya penjaga yang sah, tertakluk kepada bukti sah yang relevan/dokumen sokongan.

Bagaimanakah untuk membuat penamaan?

  • Anda boleh membuat penamaan dengan melengkapkan borang penamaan bersama saksi dan menghantarnya melalui saluran-saluran berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan PruBSN atau Prudential; atau

  2. E-mel ke customer.microtakaful@prubsn.com.my

    Atau saluran PruBSN lain yang mungkin disediakan untuk anda dari semasa ke semasa.
    Borang penamaan boleh dimuat turun di sini atau didapati dari:

    1. Cawangan PruBSN atau Prudential; atau
    2. E-mel pengesahan Sijil anda.

Cara-cara Mengemukakan Tuntutan

Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?

Untuk tuntutan Manfaat Kematian atau tuntutan manfaat Elaun Harian Kemasukan di Hospital Kerajaan (Akibat Kemalangan):

  • Pihak yang menuntut boleh menghantar borang yang lengkap bersama dokumen sokongan kepada mana-mana cawangan PruBSN atau Prudential.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk tuntutan?

Tuntutan Manfaat Kematian:

Pihak yang menuntut harus menghantar dokumen berikut:

  1. Borang Tuntutan Kematian - ditandatangani oleh pihak yang menuntut (individu yang membuat tuntutan)

  2. Sijil Perawat Perubatan - ditandatangani oleh doktor terakhir yang merawat Ahli yang Dilindungi

  3. Salinan Sijil Kematian yang disahkan - disahkan oleh kakitangan cawangan PruBSN atau Eksekutif/Pengurus Pembangunan Perniagaan

  4. Salinan Kad Pengenalan pihak yang menuntut (jika tiada penama)

  5. Salinan Kad Pengenalan Ahli yang Dilindungi

  6. Borang e-Kredit yang telah diisi oleh penama/pihak yang menuntut

  7. Laporan polis, salinan lesen memandu, laporan sokongan ujian/Makmal lain: Biopsi, MRI, imbasan dan laporan siasatan (jika melibatkan kemalangan)

Borang tuntutan yang berkaitan boleh dimuat turun di sini atau didapati di mana-mana cawangan PruBSN. Ia juga boleh dimohon melalui
e-mel customer.microtakaful@prubsn.com.my atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan PruBSN di 03 2775 7188 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang).

Tuntutan Manfaat Elaun Harian Kemasukan di Hospital Kerajaan (Akibat Kemalangan):

Pihak yang menuntut harus menghantar dokumen berikut:

  1. Borang Tuntutan - ditandatangani oleh pihak yang menuntut (individu yang membuat tuntutan)

  2. Loporan polis, salinan lesen memandu

  3. Borang e-Kredit yang telah diisi oleh penama/pihak yang menuntut

  4. Salinan surat discaj yang diperakui

  5. Laporan sokongan ujian/Makmal lain: Biopsi, MRI, imbasan dan laporan siasatan (jika berkenaan)

Sila rujuk brosur untuk Proses Tuntutan yang lengkap.

Berapa lamakah tuntutan diproses?

  1. Untuk tuntutan manfaat kematian, ia mengambil masa lima (5) hari waktu bekerja selepas kesemua dokumen yang diperlukan diterima.

  2. Untuk tuntutan manfaat Elaun Harian Kemasukan di Hospital Kerajaan (Akibat Kemalangan) akan diproses dan dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja selepas kesemua dokumen yang diperlukan diterima.

Nota Penting

Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Dapatkan maklumat lanjut mengenai PruBSN iTEKAD Protection dengan merujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan juga merujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Ringkasan Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.

 

Dengan Kerjasama: