Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Joint Saver | Prudential BSN Takaful
Rider

Contributor
Joint Saver

Memberikan jaminan simpanan untuk masa depan anak-anak anda supaya mereka boleh menjalani kehidupan mereka sepenuhnya walaupun anda dan pasangan anda tidak berada di sisi mereka

Maklumat produk

Ciri-ciri dan Perlindungan

Ciri-ciri Perlindungan

Rider ini memberi anak anda manfaat tahunan bersamaan dengan sumbangan pelaburan apabila anda atau pasangan anda hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun, didiagnosis dengan penyakit kritikal atau meninggal dunia.

Umur Kelayakan

19 hingga 70 tahun (Dewasa)

Umur Tamat Tempoh

25 tahun (Kanak-kanak)

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my.

  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider ?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.