Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Takaful untuk Kehidupan:
Fasa Usia Pertengahan

seorang lelaki bekerjaya dengan laptop

Usia pertengahan lazimnya, didefinisikan sebagai tempoh kehidupan antara usia dewasa dan usia tua. Anggaran usia dalam tempoh ini adalah antara 40 hingga 60 tahun.

Golongan dalam kumpulan usia ini biasanya dianggap mempunyai tahap kewangan yang lebih stabil kerana pendapatan anda bertambah dan risiko kewangan berkurangan. Tumpuan anda beralih ke arah membina tabung simpanan persaraan yang selesa, menyediakan simpanan pendidikan untuk anak-anak anda melanjutkan pelajaran, mempunyai tabung kecemasan yang kukuh, dan juga merancang satu pelan legasi atau pusaka bagi memastikan keluarga serta orang yang tersayang tidak ditinggalkan tanpa sokongan kewangan apabila anda sudah tiada nanti.

Faktor usia pertengahan
Usia pertengahan ialah fasa tahap kesihatan dan keupayaan fizikal seseorang semakin merosot. Di kalangan wanita, perubahan dalam penghasilan hormon menyebabkan menopaus berlaku. Pertambahan berat badan boleh berlaku dengan mudah jika tiada aktiviti fizikal berterusan dilakukan, di samping peningkatan risiko untuk menghidapi penyakit darah tinggi, penyakit jantung, diabetes, osteoporosis, masalah pundi kencing atau kanser, misalnya.

Kita semakin sedar bahawa kita semakin tua apabila menginjak ke usia pertengahan dan sering kali terkenangkan perkara silam, bukannya merancang untuk masa hadapan, khususnya apabila kita semakin menghampiri usia persaraan. Bagi sesetengah individu, usia pertengahan ialah peluang kedua untuk mereka menjadi remaja kembali kerana mereka menolak hakikat bahawa mereka semakin tua denganmenghidupkan kembali waktu muda mereka.. Hal ini juga dikenali sebagai krisis pertengahan usia. Jika anda lebih matang, luangkan usia pertengahan  untuk membuat persiapan mental agar anda dapat terus menjalani kehidupan yang gembira dan produktif kelak.

Fasa kehidupan ini juga penting untuk anda berhenti dan menilai semula ledudukan kewangan semasa anda. Apabila usia semakin meningkat, kita perlu memastikan bahawa kewangan kita mencukupi untuk menyara diri kita apabila bersara nanti atau mulakan usaha ke arah mencapai matlamat kewangan yang stabil. Kita juga perlu mengelak daripada membuat pelaburan berisiko khususnya jika dana kita tidak mencukupi kerana sudah tentu kita tidak mahu terus bekerja, berasa risau dan bersusah-payah apabila sudah tua nanti.

Perlindungan dan jaminan dengan PruBSN Aspirasi
Jika anda belum menjadi peserta takaful, ia adalah penting untuk anda melanggan sekurang-kurangny satu pelan secepat mungkin. Selain risiko kemalangan dan kecemasan kewangan atau perubatan, usia pertengahan ialah peluang terakhir untuk anda melindungi diri anda dengan pelan takaful tanpa perlu membayar jumlah yang tinggi atau mewajibkan diri anda menjalani pemeriksaan perubatan. Semakin usia anda meningkat, semakin tinggi sumbangan bulanan anda nanti, apatah lagi jika kesihatan anda merosot. Seeloknya, elak daripada permohonan perlindungan takaful anda ditolak.

Sama ada anda mencari pelan yang baharu atau pelan untuk ditambahkan pada perlindungan sedia ada anda, PruBSN Aspirasi menyediakan perlindungan tambahan pada pelan takaful sedia ada anda dengan menggalakkan pendapatan dan pelaburan tambahan berdasarkan suatu tempoh tetap selama 15, 20, 25, atau 30 tahun. Anda akan menerima bayaran tunai tahunan apabila anda berusia 40 tahun serta bayaran sekaligus manfaat matang di penghujung tempoh perlindungan anda. Anda juga berhak mendapat bayaran manfaat kematian atau hilang upaya kekal tambahan sebanyak RM 50,000 serta 200% manfaat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi, selain daripada manfaat kematian.

PruBSN Aspirasi menyediakan jaring keselamatan perlindungan kewangan anda dan orang yang tersayang, sama ada sebarang peristiwa tidak diduga berlaku mahupun tidak. Mari jadikan usia pertengahan anda usia yang produktif dan kukuh dari segi kewangan agar anda bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kegusaran yang timbul semasa usia persaraan anda nanti.

Untuk melindungi diri , atau mengemaskini sijil takaful semasa anda, hubungi Ejen Takaful kami hari ini!