Takaful untuk Kehidupan:
Fasa Usia Persaraan

60 tahun ialah usia persaraan rasmi di Malaysia. Usia ini juga dianggap sebagai usia seseorang memasuki fasa terakhir kehidupan, iaitu usia tua. Walau bagaimanapun, pada zaman perubatan serba moden ini, usia 60 tahun tidak perlu lagi menjadi penanda usia tua kita. Dengan kemajuan dalam penjagaan kesihatan, taraf kehidupan yang lebih baik dan kesedaran akan gaya hidup sihat, serta kewujudan pelbagai aktiviti yang dirancang khas untuk golongan pesara, memasuki fasa kehidupan ini boleh dilihat sebagai satu fasa kebebasan dan memberi satu semangat baru dalam hidup kita apabila kita bebaskan diri daripada tanggungjawab yang dipikul sepanjang usia dewasa kita.
Kebebasan setelah bersara
Dengan menganggap bahawa kehidupan anda baik setakat ini, persaraan memberi beberapa kebebasan penting:
-
Anda tidak perlu bekerja lagi dan mempunyai akses kepada wang pencen atau tabung persaraan anda untuk menyara kehidupan anda.
-
Anak-anak anda sudah cukup dewasa untuk hidup berdikari dan mungkin menyokong kewangan anda juga.
-
Tanggungjawab kewangan anda adalah pada kadar minimum, dengan bebanan hutang yang sedikit ataupun tanpa sebarang bebanan hutang untuk dibayar semula selain perbelanjaan biasa anda.
-
Aset anda – seperti rumah atau tanah boleh membantu anda pada saat-saat anda memerlukan wang.
Selain daripada kebebasan daripada kebanyakan tanggungjawab kewangan yang besar, golongan pesara mempunyai lebih banyak masa lapang. Mereka tidak perlu bekerja lagi ataupun membesarkan anak-anak. Segelintir pesara yang memilih untuk kembali bekerja kerana mahu mengisi masa mereka mahupun berasa lebih gembira untuk menjaga cucu mereka. Ada juga yang mengambil peluang untuk menikmati persaraan mereka dengan mencari hobi baru, melancong bersama pesara lain atau berjumpa dengan kawan-kawan seminggu sekali dan berjalan-jalan di taman rekreasi di kawasan perumahan mereka. Selain itu, golongan pesara yang lebih cergas juga seringkali menyertai aktiviti sukan fizikal tinggi seperti maraton ‘Iron Man’ atau maraton penuh yang membuktikan kepada kita walaupun usia tua dan persaraan ialah fasa terakhir dalam kitaran hidup kita tetapi itu tidak bermakna fasa ini kita tidak bermakna kita tidak boleh mencipta kenangan baru.
Pahit getir apabila meniti usia tua
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa usia tua membuatkan tahap kesihatan kita semakin merosot. Walaupun hati terasa muda, atau secergas manapun kita pada usia 60, 70 atau 80 tahun, usia tua meningkatkan risiko kesihatan dan mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menghidapi penyakit artritis, penyakit jantung, osteoporosis dan diabetes. Terdapat kecenderungan lebih tinggi untuk menghidapi penyakit demensia dan Alzheimer, kemurungan serta mudah terjatuh yang boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi seperti tulang patah yang akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh kerana tubuh badan kita pada usia yang tua tidak akan sembuh secepat sepertimana di usia muda dulu.
Dengan mengambil kira tahap kesihatan kita yang semakin merosot dan ketiadaan pendapatan baru untuk menangani hal ini, satu soalan penting perlu ditanya – adakah anda mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menguruskan kesihatan anda yang semakin merosot di usia persaraan anda nanti?
Nikmati usia persaraan yang tenang dengan PruBSN WarisanPlus
Dengan usia langganan sehingga 70 tahun dan tempoh perlindungan sehingga 100 tahun, PruBSN WarisanPlus ialah pelan takaful yang sesuai untuk golongan pesara dan golongan yang sedang membuat persediaan persaraan mereka.
Dengan adanya manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh sekurang-kurangnya, RM350,0001, pelan ini memberikan anda dan orang tersayang anda dijaga dengan baik jika perkara yang tidak diduga berlaku. Penyelesaian legasi ini juga menyediakan manfaat dan perlindungan tambahan dalam bentuk pembayaran kematian kemalangan sehingga 300%, manfaat khairat2 bernilai RM3000, dan perlindungan diagnosis penyakit berjangkit atau kemasukan hospital.
Di samping itu, jika anda berada dalam keadaan sihat semasa pelan anda matang, anda akan menerima bayaran manfaat matang termasuklah apa-apa pendapatan pelaburan tambahan yang dibuat melalui sumbangan sijil anda.
Jadi, sama ada anda baru merancang kehidupan anda di usia tua nanti atau sudahpun menikmati persaraan yang selesa, pastikan anda kekal dilindungi dengan PruBSN WarisanPlus. Kami mahu anda menikmati hidup tanpa perlu berasa risau akan perbelanjaan perubatan anda atau melindungi diri anda dan orang tersayang apabila berlaku peristiwa tidak diduga di usia persaraan anda nanti.
Untuk melindungi diri anda, atau mengemas kini sijil takaful semasa anda, hubungi Ejen Takaful kami sekarang untuk rundingan PERCUMA!
Rujukan
1Bagi peserta berumur 18 tahun ke bawah, nilai perlindungan minimum sebanyak RM250,000
2Manfaat khairat didedikasikan khas untuk menyediakan bantuan kewangan yang digunakan dalam pengurusan pengebumian anda