Para Pelanggan yang Dihargai,

Adalah dimaklumkan bahawa kadar Cukai Perkhidmatan (“CP”) bagi penyertaan sijil untuk tujuan perniagaan (“Sijil Takaful Perniagaan”) telah meningkat kepada 8%, bermula pada 1 Mac 2024 susulan daripada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2024 (“Perintah”).

Walaubagaimanapun, kenaikan ini tidak melibatkan sijil bukan berkaitan perniagaan (“Sijil Takaful Bukan Perniagaan”), sebagai contoh, sijil yang disertai oleh individu untuk diri sendiri atau ahli keluarga.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai CP, sila layari Laman Sesawang Rasmi SST Kastam Diraja Malaysia di https://mysst.customs.gov.my/.

Kami adalah PruBSN.

Takaful untuk semua. Sepanjang hayat.

PruBSN Company

Dapatkan maklumat lanjut disini

Sedia untuk memulakan perbualan?

Biarkan pasukan kami membimbing anda melalui pilihan terbaik untuk keperluan anda