Prudential completes first histotripsy claim for liver cancer treatment
  • 57% pasangan Malaysia berkata penglibatan ejen perunding kewangan dalam perancangan kewangan mereka membantu mengeratkan lagi hubungan mereka. (Ejen perunding kewangan adalah kaunselor hubungan baharu mengikut 57% pasangan Malaysia)
  • 83% rakyat Malaysia percaya kemajuan teknologi membuat pengurusan kewangan lebih mudah. (Teknologi mungkin mengganggu hubungan mereka tetapi ia bagus untuk perancangan kewangan, kata 83% rakyat Malaysia)
  • Hampir 39% rakyat Malaysia bimbang keluarga mereka akan mengalami masalah kewangan tanpa mereka. (Keluarga saya akan merasa kehilangan bukan sahaja kasih sayang tetapi tempat bergantung apabila saya tiada, kata 39% rakyat Malaysia)

Kuala Lumpur, 13 Disember 2017 – Keluarga dan kewangan sememangnya berkait rapat. Kedua-duanya boleh menjadi sumber kekuatan dan mampu-diri, atau penyebab kepada kebimbangan sekiranya berlaku ketidakstabilan kewangan. Meneruskan misi untuk tinjauan yang lebih mendalam terhadap hubungan dan kewangan, Prudential telah melancarkan edisi kedua Indeks Hubungan Prudential (Prudential Relationship Index atau PRI 2017), setahun selepas pelancaran laporan sulungnya.

Ketua Pegawai Penjenamaan Prudential Assurance Malaysia Berhad, Fiona Liao berkata, “PRI 2017 menunjukkan rakyat Malaysia prihatin terhadap keadaan kewangan mereka sepertimana mereka prihatin tentang perhubungan mereka. Kami amat berminat untuk berkongsi tinjauan kajian ini bersama para pelanggan dan terus menyesuaikan produk serta perkhidmatan kewangan kami untuk memperkayakan kehidupan mereka, di samping membantu mereka membina hubungan yang lebih erat.” 

“Kaji selidik menunjukkan rakyat Malaysia berasa pasangan mereka lebih giat memperbaiki hubungan mereka pada 2017 (79%) berbanding 2016 (69%),” Fiona berkata. “Dengan mengenal pasti pelbagai pemacu serta pengaruh utama, PRI memberikan pemahaman sebenar mengenai hubungan-hubungan penting dalam hidup kita, seterusnya membuka jalan ke arah hubungan yang lebih memuaskan buat masyarakat di negara ini.”

Cabaran kewangan yang dihadapi rakyat Malaysia

Siapa yang akan menyara kewangan mereka di masa depan?
Walaupun 83% rakyat Malaysia menyumbang kepada perbelanjaan harian ibu bapa mereka, cuma 31% menjangka anak-anak mereka akan menyara kewangan mereka pada usia tua. Kebanyakan rakyat Malaysia mahu menyara diri sendiri. 87% merancang untuk bergantung kepada simpanan peribadi dan harta, sementara 43% ingin terus bekerja di usia tua

Adakah keluarga saya akan baik-baik sahaja tanpa saya?
Walaupun simpanan persaraan penting, rakyat Malaysia juga bimbangkan anakanak mereka. 96% ibu bapa Malaysia berkata mereka mengkhuatiri masa depan anak-anak. 67% mengakui mereka berasa bimbang sekurang-kurangnya sekali seminggu, sementara 50% menyatakan pembiayaan pendidikan anak-anak sebagai keutamaan kewangan.

Keadaan kewangan keluarga juga menjadi kebimbangan utama untuk lebih daripada satu pertiga rakyat Malaysia. Sekiranya sesuatu berlaku ke atas mereka, 39% percaya kewangan serta emosi keluarga mereka akan terjejas. 10% menjangka impaknya merangkumi tahap serius ke tahap membencanakan.

Mampukah saya menyara diri apabila bersara?
Lebih daripada separuh rakyat Malaysia (59%) bimbang sama ada mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan. 49% berkata mereka tidak yakin memiliki wang yang cukup untuk hidup sehingga umur 80 tahun. 

Berdasarkan kebimbangan ini, PRI 2017 menunjukkan simpanan persaraan sebagai objektif kewangan utama bagi majoriti rakyat Malaysia (61%). Ini adalah bahagian terbesar daripada kesemua sembilan pasaran yang ditinjau selidik.

“Salah satu objektif utama PRI adalah supaya Prudential Malaysia dan Prudential BSN Takaful kekal selari dengan keperluan para pelanggan kami, sekaligus membolehkan kami menyediakan khidmat nasihat dan perkhidmatan yang bertepatan dengan kehendak mereka,” ulas Ketua Pegawai Pemasaran, Wan Saifulrizal Wan Ismail. “Kami mendapati persaraan adalah kebimbangan utama rakyat Malaysia. Kami tekad untuk meningkatkan taraf kehidupan para pelanggan kami dan memastikan mereka lebih terjamin terutamanya berkaitan rancangan persaraan masa hadapan.”

Perancangan kewangan yang lebih baik adalah jawapan kepada ketenangan minda.

57% pasangan Malaysia mengatakan kerjasama dengan ejen perunding kewangan untuk merancang kewangan menjadikan hubungan mereka lebih baik. 

Tambahan lagi, rakyat Malaysia yang membuat perancangan kewangan bersama pasangan lebih berkemungkinan untuk mengharapkan kewangan peribadi serta hubungan sesama keluarga mereka menjadi lebih baik dalam masa terdekat. 

Mereka yang bekerjasama dengan pasangan untuk membuat perancangan kewangan adalah lebih berkemungkinan untuk mengharapkan hubungan sesama keluarga menjadi lebih baik dalam masa lima tahun (76%) daripada mereka yang tidak merancang bersama (42%). Mereka juga lebih positif bahawa tahap kewangan peribadi mereka akan meningkat pada 2020 (74%) berbanding mereka yang merancang secara berasingan (55%). 

Satu lagi faktor yang memanfaatkan kewangan peribadi adalah perkembangan teknologi di Malaysia. 83% rakyat Malaysia bersetuju teknologi telah menjadikan perancangan kewangan jauh lebih mudah dan berkesan.

Namun, ramai yang sedar teknologi mungkin mampu memberi kesan negatif terhadap hubungan peribadi. 56% percaya masa yang dihabiskan dengan telefon pintar membawa kesan negatif terhadap hubungan sesama keluarga.

Hal yang sama juga benar dalam hubungan sesama pasangan. Bukan sahaja 38% pasangan Malaysia berasa mereka bersaing dengan telefon pasangan, 31% juga menyatakan mereka sering kecewa dengan status media sosial pasangan mereka. 

“Kami teruja mengetahui rakyat Malaysia kekal positif tentang hubungan mereka,” tambah Wan Saifulrizal. “PRI 2017 mendapati 60% rakyat Malaysia berasa hubungan kasih sayang mereka akan bertambah baik dalam masa lima tahun, sementara 59% menjangka hubungan sesama keluarga mereka akan lebih erat. Ini adalah penemuan yang memberangsangkan dan kami berharap untuk melihat peningkatan dalam kepuasan perhubungan pada tahun hadapan.”

Untuk maklumat lanjut tentang PRI 2017, layari: https://www.prudentialrelationshipindex.com/my/ms 

Mengenai Indeks Hubungan Prudential 2017
Indeks Hubungan Prudential dibuat bagi memahami keadaan hubungan peribadi di Asia. Menyedari kepentingan hubungan terhadap kebahagiaan, kesejahteraan dan kepanjangan usia, kajian ini menawarkan pemahaman dan tinjauan mendalam mengenai hubungan - bagaimana ia boleh diperkukuhkan, dieratkan serta memberi lebih kepuasan. Lebih 4,600 temu bual dijalankan di sembilan negara dan kawasan di Asia. Negara yang terlibat termasuk Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Temu bual dijalankan antara 26 Jun dan 20 Julai bersama orang dewasa berusia antara 25 dan 55 tahun. Di Malaysia, 516 temu bual dibuat secara pensampelan atas talian mewakili orang dewasa yang menetap di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Responden adalah penduduk yang mewakili kira-kira dua pertiga pendapatan isi rumah teratas di Malaysia.

Mengenai Prudential Assurance Malaysia Berhad
Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) ditubuhkan di Malaysia pada 1924. Sebagai syarikat insurans peneraju dan inovatif, PAMB menyediakan keperluan simpanan, perlindungan dan pelaburan rakyat Malaysia dengan menawarkan penyelesaian kewangan lengkap melalui 45 cawangannya serta rangkaian pengedaran bankansurans di seluruh negara. Melalui lebih daripada 1,700 kakitangannya, PAMB komited untuk membantu masyarakat mencapai impian mereka demi masa depan yang lebih cerah dan terjamin dari segi kewangan.

Mengenai Prudential BSN Takaful Berhad
Ditubuhkan pada 2006, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) hari ini merupakan pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang menyediakan penyelesaian perlindungan dan simpanan berasaskan nilai-nilai Islam untuk rakyat Malaysia dan keluarga mereka. PruBSN beraspirasi menjadi pengendali takaful pilihan dan komited untuk merealisasikan matlamat kewangan dan peribadi jangka panjang masyarakat. PruBSN mempunyai lebih 590 wargakerja dan 16,000 perunding takaful yang berkhidmat untuk lebih 800,000 pelanggan.

Siaran media ini diterbitkan oleh Ruder Finn Asia bagi pihak Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Archana Menon
menona@RuderFinnAsia.com
+60122056120 

Marc Ng
ngm@RuderFinnAsia.com
+60172386346

Fanny Ng
ngf@RuderFinnAsia.com
+60122292139

Dapatkan maklumat lanjut disini

Berita berkaitan

Prudential BSN Takaful Dan Waqaf An-Nur Lancarkan An-Nur Care
Arkib Berita

Prudential BSN Takaful Dan Waqaf An-Nur Lancarkan An-Nur Care

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN AnugerahMax
Arkib Berita

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN AnugerahMax

Prudential Malaysia Raih Kemenangan “Quadruple” di Insurance Asia Awards 2024
Arkib Berita

Prudential Malaysia Raih Kemenangan “Quadruple” di Insurance Asia Awards 2024

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN WarisanGold
Arkib Berita

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN WarisanGold

Prudential BSN Takaful Dinamakan Pengendali Takaful Keluarga Terbaik 11 Tahun Berturut-turut
Arkib Berita

Prudential BSN Takaful Dinamakan Pengendali Takaful Keluarga Terbaik 11 Tahun Berturut-turut

PruBSN Merayakan Musim Perayaan Dengan Lestari
Arkib Berita

PruBSN Merayakan Musim Perayaan Dengan Lestari