Kuala Lumpur, 3 September, 2024 – Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”), Pengendali Takaful Keluarga No.1 Malaysia (Agensi Perniagaan) selama 11 tahun berturutturut, telah melancarkan PruBSN AnugerahMax, sebuah pelan takaful komprehensif yang direka untuk menyediakan perlindungan menyeluruh, bagi memenuhi keperluan mereka yang tersayang melalui perlindungan perbelanjaan perubatan dan jaminan kewangan.
Sebagai ibu bapa, kita semestinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak khususnya dalam memastikan mereka mendapat perlindungan serta jaminan masa depan yang lebih baik. Dengan peningkatan kadar penyakit kronik di kalangan belia serta kenaikan kos rawatan perubatan, memperolehi pelan seperti PruBSN AnugerahMax boleh dianggap sebagai keperluan. Bermula serendah RM50 setiap bulan, pelan ini boleh diubahsuai dengan 18 jenis rider pilihan. Rider-rider ini menawarkan perlindungan penyakit kritikal dan perubatan yang lengkap, perlindungan kemalangan, peluang pelaburan, dan pilihan kebajikan. Fleksibiliti dalam mengubahsuai pelan ini untuk memenuhi keperluan setiap keluargamemberi banyak manfaat kepada ibu bapa.
Sebagi contoh, rider Medic TotalCare memberikan perlindungan menyeluruh kemasukan ke hospital, rawatan kanser yang moden, serta keperluan penjagaan kesihatan mental. Penambahan rider Crisis TotalCare pula melanjutkan perlindungan kepada 166 penyakit kritikal, dari peringkat awal hingga akhir, termasuk beberapa kondisi kesihatan mental. Perlindungan komprehensif ini memastikan kita mendapat sokongan yang diperlukan dalam apa jua cabaran kesihatan yang dihadapi.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Penyakit-penyakit kronik boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia. Lebih 700 kanak-kanak di Malaysia di bawah 15 tahun didiagnos dengan penyakit kanser setiap tahun. Sementara itu, 70% golongan muda di Malaysia di antara umur 15-24 tahun menghidapi sekurangkurangnya satu risiko penyakit kardiovaskular. Statistik ini amat membimbangkan, disusuli dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan peribadi yang dijangka akan berganda menjelang tahun 2028. Secara tidak langsung, ini menunjukkan betapa pentingnya kita untuk mempunyai pelan perlindungan yang inklusif sebagai penyediaan untuk menghadapi situasi yang tidak diduga.”
“Sehubungan itu, matlamat kami adalah untuk memastikan setiap individu, tidak mengira latar umur atau pendapatan, untuk mempunyai akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan serta jaminan kewangan yang diperlukan untuk menghadapi kenaikan dalam perbelanjaan. Matlamat dan tanggungjawab ini sangat dekat di hati adsaya sendiri sebagai ibu bapa yang mahukan terbaik untuk masa depan anak-anak,” tambah beliau.
PruBSN AnugerahMax direka untuk mengatasi cabaran-cabaran ini. Ia memberikan perlindungan menyeluruh termasuk penjagaan perubatan, penyakit kritikal, serta perlindungan kemalangan yang patuh Syariah. Antara ciri-ciri menarik bagi pelan ini adalah pelanjutan-auto yang akan memastikan perlindungan berterusan dengan melanjutkan perlindungan secara automatik sehingga umur 100 tahun, tanpa perlu melalui proses penguderaitan yang baru. Ini bermakna para ibu bapa lebih yakin dan tenang memandangkan perlindungan untuk anak-anak mereka akan berterusan seiring mereka meningkat usia.
Satu lagi aspek kekeluargaan yang menarik disertakan dalam pelan ini adalah EduAchieve Bonus. Ciri unik ini memberikan ganjaran untuk anak-anak yang menyertai pelan ini di antara umur 1 hingga 18 tahun dengan bonus tunai bagi pencapaian akademik yang cemerlang, bermula dari peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat Sarjana dan PhD. Ini bukan sahaja menggalakkan kecemerlangan akademik, tetapi juga menyediakan ganjaran tunai yang boleh dilaburkan semula untuk keperluan Pendidikan dan masa depan.
Wan Saifulrizal berkata, “Berasaskan kejayaan produk PruBSN Anugerah dan PruBSN AnugerahPlus sebelum ini, pelan baharu PruBSN Anugerah Max telah ditambahbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Setakat ini, bagi keseluruhan siri produk, kami telah memberikan perlindungan kepada lebih 400,000 individu dengan jumlah perlindungan sebanyak RM 15 juta dan jumlah tuntutan yang telah dibayar sebanyak hampir RM 1 bilion.”
Komitmen PruBSN dalam mengadaptasi lanskap sosio-ekonomi serta menyediakan produk-produk takaful yang terbaik telah memastikan keluarga Malaysia mempunyai perlindungan yang sewajarnya. PruBSN AnugerahMax adalah bukti kepada dedikasi ini, dengan menawarkan solusi komprehensif yang memberikan sokongan kesihatan, jaminan kewangan, serta pencapaian pendidikan di samping memberikan laluan kepada masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak.
About PruBSN AnugerahMax
PruBSN AnugerahMax adalah pelan takaful komprehensif yang patuh Syariah merangkumi perlindungan hayat dan perubatan serta manfaat untuk penyakit kritikal, perubatan dan kemasukan ke hospital, kemalangan dan banyak lagi.
Dengan serendah RM50 setiap bulan, masa depan kewangan anda dan insan tersayang akan lebih baik dengan pelan perlindungan fleksibel ini. Ia termasuk perlindungan bagi kematian atau hilang keupayaan menyeluruh, serta manfaat-manfaat pilihan bagi penyakit kritikal seperti kanser dan perlindungan perubatan komprehensif tanpa had seumur hidup serta rawatan kesihatan mental.
PruBSN AnugerahMax juga berfungsi untuk memenuhi keperluan simpanan anda (melalui rider Takaful Saver), dengan sumbangan yang dilaburkan dalam dana-dana berkaitan pelaburan dan patuh Syariah yang anda pilih.
Solusi inklusif dan berpatutan ini memberikan kemudahan untuk anda memastikan mereka di bawah tanggungan anda tanpa mengira pertalian darah, mempunyai perlindungan pendapatan yang diperlukan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga terhadap diri anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelan-pelan perlindungan berpatutan ini serta manfaatnya, sila layari www.prudential.com.my and www.prubsn.com.my.
Mengenai Prudential BSN Takaful Berhad
Ditubuhkan pada tahun 2006 melalui lesen yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) adalah usahasama diantara Prudential plc dan Bank Simpanan Nasional, dua buah syarikat yang kukuh dalam bidang dan kepakaran masing-masing.
Berasaskan konsep taawun (Kerjasama dan tolong-menolong), PruBSN menyediakan rangkaian solusi perlindungan takaful keluarga patuh Syariah. Kini, PruBSN mempunyai lebih 16,000 agen takaful yang berkhidmat kepada lebih 2 juta rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka, dengan mendengar, memahami serta berbakti dalam memenuhi keperluan perlindungan dan kesihatan yang semakin berkembang.
Media Contacts:
Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN)
Inarah@prubsn.com.my