Kuala Lumpur, 31 Julai 2024 – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), atau secara kolektif dikenali sebagai Prudential Malaysia, telah meraih empat kemenangan di Insurance Asia Awards 2024. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen syarikat dalam kecemerlangan perkhidmatan dan strategi inovatif untuk memenuhi evolusi keperluan rakyat Malaysia.
PAMB telah diiktiraf sebagai International Life Insurer of the Year – Malaysia dan turut memenangi anugerah Insurance Inclusion Initiative of the Year – Malaysia. Manakala PruBSN telah dianugerahkan New Takaful Insurance Product of the Year – Malaysia bagi produk WarisanGold serta Strategic Partnership of the Year – Malaysia bagi program PruBSN Mikrotakaful Jariyah yang melibatkan kerjasama di antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengedaran PAMB, Eric Wong berkata, “Kami amat menghargai pengiktirafan yang diberikan oleh Insurance Asia Awards. Ini bukan sekadar bukti kepada dedikasi kami, tetapi juga menunjukkan kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan. Kepercayaan mereka terhadap kami sebagai rakan yang dipercayai untuk melindungai masa depan mereka telah memacu semangat dan inovasi kami untuk terus berjaya.”
Timbalan Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN, Teh Siew Peng turut berkata, “Kejayaan ini bukan hanya kejayaan sebuah produk. Ia adalah cerminan usaha kami untuk melebihi jangkaan di samping melaksanakan perubahan yang positif. Melalui strategi produk yang inovatif, kami memberi fokus kepada penghasilan impak yang lestari untuk memberikan manfaat kepada pelanggan serta menyumbang kepada komuniti.”
Inisiatif-Inisiatif Perintis
Perjalanan PAMB untuk memenangi anugerah International Life Insurer of the Year – Malaysia untuk tahun kedua melibatkan beberapa siri inisiatif-inisiatif perintis. Prudential Malaysia sentiasa menghasilkan produk-produk luar biasa, antaranya termasuk menyediakan solusi insurans yang inklusif seperti pelan penyakit kritikal khas untuk lelaki dan wanita yang pertama, PRUMan & PRULady, lanjutan kedua inisiatif EPF i-Lindung, di samping memperkasakan perkhidmatan yang mesra pelanggan seperti PRUMy Child Plus yang turut memenangi anugerah melibatkan solusi pranatal komprehensif yang melindungi ibu-ibu mengandung dan bayi bermula dari 13 minggu kehamilan hingga anak tersebut berusia 100 tahun.
Bagi meneruskan legasi inisiatif-inisiatif perintis ini, PruBSN juga melaksanakan inovasi dengan memperkenalkan PruBSN WarisanGold. Produk perlindungan legasi komprehensif ini merupakan antara bukti komitmen Prudential dalam memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.
Apabila pencari nafkah ataupun ketua isi rumah meninggal dunia atau hilang keupayaan, ahli keluarga akan terkesan dengan masalah ketidakstabilan kewangan, hilang punca pendapatan serta kebarangkalian aset-aset akan dibekukan. Sehubungan itu, PruBSN WarisanGold direka khas untuk menanggani isu-isu ini dengan menawarkan perlindungan asas yang tinggi, peningkatan perlindungan secara auto, dan manfaat-manfaat kematian akibat kemalangan. Manfaat-manfaat ini memberikan jaminan bantuan kewangan kepada ahli keluarga. Pada masa yang sama, para pelanggan juga boleh memilih untuk menderma sebahagian daripada manfaat Hibah Takaful mereka untuk tujuan kebajikan melalui Sadaqah atau Waqaf, bagi memupuk semangat kekitaan dan bantu-membantu antara satu sama lain. PruBSN WarisanGold memudahkan pengurusan legasi untuk menjamin keperluan kewangan keluarga di samping membantu mereka yang memerlukan.
Membina Daya Ketahanan Kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia
Program PRUKasih Aman memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan kewangan kepada lebih 11,000 orang rakyat Malaysia dikalangan komuniti berpendapatan rendah dan hilang Upaya. Dengan jumlah tuntutan yang dibayar hingga RM1,672,650 setakat Disember 2023, PAMB telah membantu memberikan kestabilan kewangan di saatsaat yang memerlukan. Inisiatif ini beserta program-program komuniti yang lain turut memberi fokus kepada perlindungan, pendidikan, dan pertumbuhan selaras dengan komitmen PAMB terhadapan kesejahteraan sosial dan daya tahan kewangan.
Selain itu, kerjasama di antara PruBSN Mikrotakaful Jariyah dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) juga jelas mempamerkan komitmen PruBSN dalam memberikan impak kepada komuniti. MTJ menyediakan perlindungan hayat bertempoh setahun dengan jumlah perlindungan sebanyak RM10,000 bagi ketua isi rumah dalam komuniti B40 di bawah garis miskin dan miskin tegar. MTJ memberikan bantuan kewangan segera tanpa perlu melalui proses pengunderaitan atau pemeriksaan kesihatan.
PruBSN telah menjadi perintis dalam negara, membentuk kerjasama strategik bersama pihak kerajaan demi merapatkan jurang di antara keterjejasan dan jaminan kewangan, dan memberikan akses terhadap perlindungan bagi semua lapisan masyarakat.
Anugerah-anugerah ini mengiktiraf usaha Prudential Malaysia dalam memperkasakan lanskap insurans dan takaful melalui solusi yang memberi fokus kepada keperluan pelanggan serta inisiatif-inisiatif inklusif, sekaligus terus melindungi rakyat Malaysia melalui solusi kewangan dan pelan-pelan yang inovatif.
- TAMAT -
Mengenai Prudential Assurance Malaysia Berhad
Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah penyedia perkhidmatan insurans yang inovatif dan terkemuka, memenehui keperluan simpanan, perlindungan dan pelaburan rakyat Malaysia dengan menawarkan rangkaian solusi kewangan melalui cawangan, tenaga agensi dan jaringan rakan niaga bankasurans di seluruh negara.
Misi PAMB adalah untuk menjadi teman dan pelindung yang dipercayai untuk generasi masa kini dan akan datang, dengan menyediakan solusi kewangan dan kesihatan yang ringkas dan mudah diakses.
PAMB telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1924 dan merupakan anak syarikat kepada Prudential plc, yang diasaskan di London pada tahun 1848. Prudential plc menyediakan insurans kesihatan dan hayat serta pengurusan aset di 24 buah pasaran merentasi Asia dan Afrika.
Prudential plc tidak terlibat dalam apa jua cara dengan Prudential Financial, Inc., syarikat yang menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat, mahupun dengan The Prudential Assurance Company Limited, anak syarikat kepada M&G plc, iaitu syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom.
Mengenai Prudential BSN Takaful Berhad
Ditubuhkan pada tahun 2006 melalui lessen yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) adalah usahasama diantara Prudential plc dan Bank Simpanan Nasional, dua buah syarikat yang kukuh dalam bidang dan kepakaran masing-masing.
Berasaskan konsep taawun (Kerjasama dan tolong-menolong), PruBSN menyedikan rangkaian solusi perlindungan takaful keluarga patuh Syariah. Kini, PruBSN mempunyai lebih 16,000 agen takaful yang berkhidmat kepada lebih 2 juta rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka, dengan mendengar, memahami serta berbakti dalam memenuhi keperluan perlindungan dan kesihatan yang semakin berkembang.
Perhubungan Media:
Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB)
Lydia Ishak
Senior Manager, Brand and Communications
Tel: 012-221 3392
Email: lydia.ishak@prudential.com.my
Chan Zhi Tong
Assistant Manager, Brand and Communications
Tel: 016-644 4798
Email: zhitong.chan@prudential.com.my
Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN)
Inarah
Senior Manager, Brand and Corporate Communications
Tel: 019-330 2899
Email: lydia.ishak@prudential.com.my
Izwan Osman
Assistant Manager, Corporate Communications
Tel: 017-440 1027
Email: ahmadizwanbinosman@prubsn.com.my