Demi menangani masalah penglihatan dan cara penjagaan mata, PruBSN Prihatin bekerjasama dengan Our Optometris untuk memberi kesedaran penjagaan mata dan keperluan untuk pembetulan penglihatan kepada murid-murid sekolah. Selain itu, program ini menyediakan pemeriksaan mata dan cermin mata secara percuma kepada murid-murid sekolah yang kurang berkemampuan.
Antara sekolah-sekolah yang telah mendapat manfaat daripada program ini adalah seperti berikut:
- SK Haji Hussain, Sik, Kedah
- SK Taman Keramat 1, Kuala Lumpur
- SK Taman Keramat 2, Kuala Lumpur
- SK Sg Udang 1, Klang, Selangor
- SK Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor
- SK Kuala Jengal, Dungun, Terengganu
- SK Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor
- SR Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Nilai, Negeri Sembilan
- SK Dato’ Harun 2, Petaling Jaya, Selangor
Perubahan yang kami berikan
Kami komited untuk memberi perubahan dalam komuniti kami dan sedia membantu serta memberi perkhidmatan.