Mulai 15 Julai 2026, Takafulink Dana ESG Global akan ditukar nama kepada Takafulink Dana Impak Global.

Mengapa perubahan ini dibuat ?

Nama baharu ini lebih mencerminkan fokus pelaburan Nomura Global Shariah Sustainable Equity Fund, yang merupakan Dana Sasaran bagi Takafulink Dana ESG Global. Dana ini melabur dalam syarikat-syarikat  yang berusaha memberikan impak positif terhadap pembangunan lestari .

Adakah terdapat sebarang perubahan kepada pelaburan anda ?

Selain daripada pertukaran  nama ini, semua ciri lain Dana serta pelaburan anda kekal tidak berubah .

MELABUR SECARA MAMPAN UNTUK MASA DEPAN YANG LESTARI

Apabila kitar semula tidak mencukupi…

8 daripada 10 rakyat Malaysia prihatin terhadap perubahan iklim dan kesannya terhadap masyarakat dan negara. PruBSN mengiktiraf kepentingan ESG dan peluang untuk menjana pulangan.

Yang pertama seumpamanya dalam senarai pilihan dana Takafulink PruBSN, Takafulink Dana Impak Global mematuhi Syariah dan memberi fokus kepada impak sosial, ekonomi dan alam sekitar - kini dan untuk jangka masa panjang. Ia mewakili satu peristiwa penting dalam komitmen PruBSN untuk memacu perubahan global dengan mengukuhkan kesejahteraan komuniti, mempromosikan persekitaran yang mampan dan untuk pertumbuhan ekonomi.

Takafulink Dana Impak Global disalurkan ke dalam Nomura Global Shariah Sustainable Equity Fund yang diuruskan oleh Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. Ia menawarkan kepada pelabur pendekatan baharu dari segi pelaburan bertanggungjawab yang menyokong pergerakan ESG dan meninggalkan kesan yang berkekalan di seluruh dunia.

BAGAIMANA CARA UNTUK MELABUR DALAM TAKAFULINK DANA IMPAK GLOBAL?

Manfaatkan peluang untuk melabur dalam Takafulink Dana Impak Global, satu pilihan mampan yang tersedia kepada pelanggan PruBSN menerusi pelbagai pelan Takaful, termasuk:

  • PruBSN AnugerahMax
  • PruBSN Asas360
  • PruBSN Aspirasi
  • PruBSN Anggun
  • PruBSN Kritikal Care360
  • PruBSN WarisanGold

Daftar minat anda hari ini dan ejen takaful kami akan menghubungi anda untuk membantu dengan lebih lanjut.

Ada soalan? Perlukan nasihat? Hubungi kami.

Tinggalkan maklumat anda dan perunding takaful kami akan menghubungi anda untuk membantu.

contact us
0/1000