Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi
Kempen dan Pengumuman

Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19

Perlindungan Kemasukan Hospital & Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 telah berakhir. Sebarang tuntutan yang layak harus dikemukakan selewat-lewatnya 3 bulan dari tarikh diagnosis.

Sila rujuk pengumuman baru mengenai Perlindungan Pelan Perubatan COVID-19. Ketahui lebih lanjut.

Mengenai Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19, sila rujuk sini

Pelanggan Prudential Malaysia, kami sentiasa di sisi anda membantu anda dan seisi keluarga anda mengharungi cabaran pandemik dengan pelindungan percuma bagi kemasukan hospital disebabkan jangkitan COVID-19 berserta manfaat pasca vaksinasi. Lihat di bawah untuk mengetahui perlindungan anda jika mendaftar dengan Pulse by Prudential:

1. Perlindungan kemasukan hospital disebabkan jangkitan COVID-19

Bagi memastikan pelanggan kami kekal dilindungi ketika waktu yang mencabar ini, kami memperuntukkan bantuan RM20 juta kepada pelanggan kami, yang mempunyai mana-mana pelan perubatan yang tidak melindungi keadaan pandemik. Oleh itu kami memberikan pembayaran balik atas dasar prihatin untuk melindungi perbelajaan perubatan yang berkaitan jangkitan COVID-19 seperti di bawah:

Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19:

  • Bayaran balik sehingga RM5,000 bagi Kategori 3

  • Bayaran balik sehingga RM15,000 bagi Kategori 4

  • Bayaran balik sehingga RM20,000 bagi Kategori 5


Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19:

Untuk pelanggan yang mempunyai pelan perubatan yang dinaiktarafkan ke pelan-pelan PRUMajor Med, kami akan memberikan pembayaran balik atas dasar prihatin untuk melindungi perbelanjaan perubatan berkaitan dengan jangkitan COVID-19 berdasarkan dokumen polisi/sijil bagi pelan perubatan yang terdahulu. 

Sebaliknya, bagi pelanggan yang mempunyai pelan-pelan perubatan yang melindungi keadaan pandemik, bayaran balik perbelanjaan perubatan disebabkan jangkitan COVID-19 akan dibuat berdasarkan terma dan syarat pelan perubatan mereka. 


2. Perlindungan pasca vaksinasi COVID-19

Bagi semua pelanggan Prudential Malaysia, kami membekalkan wang tunai RM500 bagi kemasukan hospital disebabkan kesan advers daripada immunisasi (AEFI) dalam tempoh 7 hari selepas vaksinasi COVID-19 yang disahkan. Kami merupakan syarikat insurans hayat dan pengendali takaful pertama di Malaysia yang menyediakan perlindungan sebegini demi ketenangan fikiran anda.

Jadi, muat turun aplikasi Pulse by Prudential sekarang dan daftar bagi Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 dan semak pelindungan anda hari ini! Anda juga boleh mendaftar untuk ahli keluarga anda sekali!

Inilah masa yang sesuai untuk menjadi pelanggan Prudential Malaysia. Dapatkan rundingan dengan Perancang Kewangan atau Ejen Takaful kami hari ini untuk menyemak semula keperluan perlindungan anda dan ketahui lebih lanjut tentang perlindungan yang tersedia.

Maklumat lanjut

Terma dan Syarat Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19
  1. Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 (“Kempen”) ini adalah ditawarkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad (secara kolektif dirujuk sebagai “Prudential Malaysia”) atas dasar prihatin terhadap pelanggan Prudential Malaysia. Prudential Malaysia berhak untuk menukar mana-mana bahagian dalam Kempen ini atau menarik balik mana-mana bahagian (atau secara keseluruhan) dalam Kempen ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis.

  2. Pada setiap masa, mana-mana kontrak insurans dan sijil takaful yang menyediakan perlindungan untuk tuntutan kemasukan hospital yang disebabkan oleh COVID-19, kontrak insurans dan sijil takaful tersebut akan sentiasa didahulukan.

  3. Kempen ini menyediakan tiga jenis bantuan/perlindungan (“perlindungan”). Perlindungan tersebut akan diselia berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini dan setiap perlindungan, Soalan Lazim, serta kriteria kelayakan untuk setiap perlindungan, yang mana boleh didapati daripada laman korporat web Prudential Malaysia ("Dokumen yang Diutamakan"). Sila ambil perhatian bahawa Dokumen yang Diutamakan akan diberi keutamaan, apabila terdapat apa-apa percanggahan antara Dokumen yang Diutamakan dan bahan/dokumen lain yang berkenaan dengan Kempen ini.

Kategori Perlindungan

Perlindungan

Kategori Pelanggan Prudential Malaysia

  Tempoh Perlindungan

Kempen Kemasukan Hospital

COVID-19

 

Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19

Pelanggan Prudential Malaysia yang dilindungi di bawah sebarang Pelan Perubatan Jenis B.

 

8 Februari 2021 hingga 30 September 2021 atau sehingga mencapai had tuntutan RM 20juta, yang mana lebih awal

 

Bantuan
Pelan Naiktaraf COVID-19 

Pelanggan Prudential Malaysia yang dilindungi di bawah sebarang Pelan Perubatan Jenis B yang telah dinaiktaraf dari siri PRUMajor Med di dalam polisi yang sama seperti pada 31 Disember 2020.

Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 

Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19

Semua pelanggan Prudential Malaysia.

8 Februari 2021 hingga 31 Disember 2021 atau sehingga mencapai had tuntutan RM 1juta, yang mana lebih awal

 

Pelan Perubatan Jenis B (tidak melindungi penyakit boleh berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang):

No

Pelan PAMB

 

No

Pelan PruBSN

1

PRUHealth

 

1

Takaful Health

2

PRUMedic Essential

 

2

Takaful Health2

3

PRUFlexi Med

 

3

HealthEnrich

4

PRUValue Med

 

4

HealthEnrich+

5

PRUMillion Med

 

5

Medic Protector

 

 

 

6

Health Protector

 

 

 

7

Medic Essential

 

Sila ambil perhatian bahawa semua pelanggan Prudential Malaysia yang dilindungi di bawah pelan Perubatan Jenis A, adalah dilindungi untuk COVID-19. Mereka juga layak untuk mendaftar bagi Pelindungan Pasca Vaksinasi COVID-19.

Pelan Perubatan Jenis A (melindungi penyakit boleh berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang):

No

Pelan PAMB

 

No

Pelan PruBSN

1

PRUMajor Med

 

1

Major Medical Cover

2

PRUMajor Med 2

 

2

Major Medical Cover 2

3

PRUMajor Med 3

 

 

 

4

PRUMajor Med 4

 

 

 

5

PRUMajor Med 5

 

 

 

6

PRUSenior Med

 

 

 

7

PRUGuard My Medical

 

 

 

8

PRUParent

 

 

 

 

  1. Kempen ini diberikan secara percuma kepada semua pelanggan Prudential Malaysia yang layak yang telah mendaftar melalui aplikasi Pulse by Prudential.

  2. Pelanggan Prudential Malaysia bermaksud Hayat/Orang yang Dilindungi untuk semua polisi/sijil individu yang berkuat kuasa dan ahli-ahli yang dilindungi di bawah polisi/sijil berkumpulan (cth. polisi MRTA / sijil MRTT / Credit Shield Plus / PRULoan Protect) yang dikuatkuasa dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”) atau Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) kecuali polisi/sijil Manfaat Kumpulan Majikan dan Pekerja.

    Perlindungan adalah hanya untuk pelanggan Prudential Malaysia, yang sebelum ini tidak pernah membuat sebarang tuntutan di bawah perlindungan yang disediakan dalam Kempen ini.

  1. Pelanggan Prudential Malaysia yang menepati sebarang kriteria di bawah akan didaftarkan secara automatik sebagai pelanggan Prudential Malaysia yang layak untuk Kempen ini:

    i. memegang kad pengenalan selain dari MyKad iaitu MyKid, MyPR, MyTentera dan sebagainya, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia; atau

    ii. bukan warganegara Malaysia, yang tidak memegang sebarang kad pengenalan  yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia; atau

    iii. berumur 60 atau lebih dari 60 tahun; atau

    iv. berumur 17 atau kurang dari 17 tahun; atau

    v. dilindungi hanya di bawah polisi/sijil berkumpulan (cth. polisi MRTA / sijil MRTT / Credit Shield Plus / PRULoan Protect) dikuatkuasa dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”) atau Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) kecuali polisi/sijil Manfaat Kumpulan Majikan dan Pekerja; atau

    vi. produk individu insurans yang dibeli daripada Pulse by Prudential app (PRUShoppe) (cth. Infectious Disease Cover).

  2. Prudential Malaysia yang layak hanya boleh membuat tuntutan sekali sahaja di bawah setiap Kategori Perlindungan, tanpa mengambil kira bilangan polisi/sijil yang dipunyai dengan Prudential Malaysia, kerana Kempen ini ditawarkan atas dasar prihatin dan berdasarkan setiap individu. Tambahan lagi, Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 dan Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 tidak terpakai untuk pelanggan Prudential Malaysia, yang mana apa-apa bahagian bagi tuntutan yang timbul dari COVID-19:


    a. boleh dibayar di bawah mana-mana kontrak insurans/ sijil takaful yang dikeluarkan oleh PAMB, PruBSN atau mana-mana syarikat insurans/ takaful yang lain; dan/atau

    b. difailkan atau dibiayai di bawah mana-mana dana, tabung, bantuan, kempen, atau apa-apa yang bersamaan dengannya istilah setara daripada mana-mana pihak ketiga (seperti dana kerajaan atau dana industri).

  3. Polisi/sijil/pelan perubatan yang layak untuk perlindungan ini mesti berkuatkuasa semasa didiagnosis, semasa sedang dirawat untuk COVID-19 dan penyerahan tuntutan.

  4. Bagi pelanggan Prudential Malaysia yang layak untuk Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 dan Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19, ianya hanya boleh mula menikmati perlindungan tersebut selepas tamat tempoh waktu menunggu seperti yang ditetapkan dalam pelan perubatan.

  5. Amaun maksimum yang akan dibayar oleh Prudential Malaysia kepada orang yang dilindungi di bawah Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 adalah berdasarkan jumlah Kategori tertinggi (3/4/5) yang dituntut oleh individu ini. Sila rujuk panduan Kementerian Kesihatan yang terkini (klik disini), untuk memahami pengurusan klinikal untuk pesakit COVID-19 yang telah disahkan.

  6. Tuntutan harus diserahkan dalam masa 3 bulan dari tarikh diagnosis. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak akan meluluskan tuntutan apabila tuntutan telah mencapai had tuntutan yang telah ditetapkan untuk setiap Kategori Perlindungan.

  7. Kesemua dokumen tuntutan harus diserahkan melalui PRUServe Plus atau para pelanggan boleh menghantar e-mel ke mys@prudential.com.my atau customer@prubsn.com.my. Para pelanggan juga boleh menyerahkan dokumen-dokumen tersebut melalui aplikasi Pulse by Prudential, apabila fungsi tersebut telah tersedia.

  8. Prudential Malaysia mempunyai hak mutlak untuk memberi keputusan muktamad dalam apa-apa keadaan dan pertikaian.

  9. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di dalam dokumen antara versi Bahasa Inggeris dan BahasaMalaysia, untuk tujuan tafsiran dan pentafsiran, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.  

Terma dan Syarat bagi setiap perlindungan yang disediakan di bawah Kempen ini

Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19

  1. Prudential Malaysia akan menawarkan bayaran balik atas dasar prihatin untuk kemasukan hospital disebabkan COVID-19 dalam Tempoh Perlindungan, di mana pelanggan Prudential Malaysia yang layak akan menerima rawatan aktif sebagai pesakit COVID-19 Kategori 3/4/5 di sebuah hospital swasta di Malaysia, setelah dirujuk kepada hospital swasta yang sama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sila rujuk panduan Kementerian Kesihatan yang terkini (klik disini), untuk memahami pengurusan klinikal untuk pesakit COVID-19 yang telah disahkan.

    Bayaran balik adalah berdasarkan had-had serta semua terma dan syarat yang dinyatakan di dalam dokumen polisi Pelan Perubatan Terdahulu sebelum Pelanggan Prudential Malaysia yang layak dilindungi di bawah pelan perubatan naiktaraf yang terkini. Ini termasuk memenuhi Keperluan Perubatan dan Caj Berpatutuan dan Mengikut Kelaziman di bawah Pelan Perubatan Terdahulu.

    ‘Pelan Perubatan Terdahulu’ yang dirujuk dalam dokumen ini merujuk kepada pelan perubatan tersenarai dalam jadual di bawah, di mana telah dinaiktaraf kepada pelan perubatan yang melindungi Pelanggan Prudential Malaysia yang layak di bawah nombor polisi yang sama seperti pada 31 Disember 2020.

No

Pelan PAMB

1

PRUMajor Med

2

PRUMajor Med 2

3

PRUMajor Med 3

4

PRUMajor Med 4

5

PRUMajor Med 5

 


2. Diagnosis oleh doktor yang merawat di hospital yang diberi kuasa oleh KKM di Malaysia.

 

3. Pelan perubatan naiktaraf yang terkini mestilah berkuat kuasa semasa diagnosis, ketika menerima rawatan disebabkan COVID-19 dan semasa penyerahan tuntutan.

 

Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 

 

  1. Prudential Malaysia akan membuat pembayaran balik atas dasar prihatin untuk tuntutan kemasukan hospital disebabkan COVID-19 sepanjang Tempoh Perlindungan, di mana pelanggan Prudential Malaysia yang layak telah menerima rawatan sebagai pesakit COVID-19 Kategori 3/4/5 di sebuah hospital swasta di Malaysia setelah dirujuk kepada hospital swasta yang sama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sila rujuk garis panduan (klik disini), untuk memahami tatacara pengurusan untuk pesakit COVID-19.
  2. Pembayaran balik adalah berdasarkan individu (untuk semua pelanggan Prudential Malaysia yang layak), mengikut had seperti berikut:

 

a. Sehingga RM5,000 untuk pesakit COVID-19 Kategori 3

 

b. Sehingga RM15,000 untuk pesakit COVID-19 Kategori 4

 

c. Sehingga RM20,000 untuk pesakit COVID-19 Kategori 5

 

3. Diagnosis oleh doktor yang merawat di hospital yang diberi kuasa oleh KKM di Malaysia. 

 

4. Prudential Malaysia akan menilai pembayaran balik tuntutan berdasarkan Keperluan Perubatan dan Caj Berpatutan dan Mengikut Kelaziman, seperti yang akan diterangkan kemudian. 

 

5. Polisi/sijil/pelan perubatan yang layak untuk perlindungan ini mesti berkuatkuasa semasa didiagnosis, semasa sedang dirawat untuk COVID-19 dan penyerahan tuntutan.

 

6. Amaun maksimum yang akan dibayar oleh Prudential Malaysia kepada orang yang dilindungi di bawah Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 adalah berdasarkan kategori tertinggi (3/4/5) bagi tujuan tuntutan pembayaran balik. Contohnya, untuk kondisi pelanggan Prudential Malaysia yang layak dan merupakan pesakit COVID-19 Kategori 3 dan kemudiannyadisahkan sebagai pesakit COVID-19 Kategori 5, amaun maksimum yang dibayar di bawah perlindungan ini adalah RM20,000.

 

7. “Keperluan Perubatan” bermaksud perkhidmatan perubatan yang:

 

a. konsisten dengan diagnosis dan rawatan perubatan yang biasa untuk COVID-19;

 

b. selaras dengan amalan perubatan yang baik, rawatan perubatan profesional terkini dan kempen perubatan yang telah terbukti;

 

c. bukan untuk keselesaan pelanggan Prudential Malaysia yang layak atau doktor, dan tidak boleh sewenang-wenangnya dijalankan di Hospital Swasta;

 

d. bukan bersifat eksperimental, siasatan, penyelidikan, pencegahan atau pemeriksaan;

 

e. yang mana cajnya adalah wajar, munasabah dan biasa untuk COVID-19; dan

 

f. memberi rawatan yang berkaitan dengan perlindungan COVID-19.

 

8. “Bayaran Berpatutan dan Mengikut Kelaziman” bermaksud kos untuk rawatan perubatan yang perlu dari segi Keperluan Perubatan yang dianggap biasa dan munasabah sekiranya tidak melebihi tahap umum caj yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan perubatan atau penjagaan kesihatan yang setara dengan servis kesihatan di Malaysia.

Apabila caj tersebut dikenakan, dengan mengambil kira rawatan yang sama, perkhidmatan atau bekalan kepada individu yang mempunyai jantina dan umur yang sama dengan penyakit yang serupa, penyakit atau kecederaan sesuai dengan amalan perubatan yang diterima tidak dapat diabaikan tanpa menjejaskan keadaan perubatan pelanggan Prudential Malaysia yang masih layak.

 

Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19

 

  1. Prudential Malaysia akan memberikan Bantuan Tunai RM500 atas dasar prihatin bagi kemasukan hospital di Malaysia disebabkan kesan advers serius daripada imunisasi (“AEFI”) dalam masa 7 hari selepas menerima vaksinasi COVID-19 yang sah semasa Tempoh Perlindungan.
  2. Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 ini tersedia untuk mana-mana vaksinasi berkaitan reaksi advers (juga dikenali sebagai kesan advers berikutan imunisasi “AEFI”) yang serius dan memerlukan kemasukan hospital (kemasukan hospital di Malaysia) dengan keperluan perubatan dalam masa 7 hari selepas menerima vaksinasi COVID-19 yang sah. AEFI dikira serius, jika AEFI tersebut adalah mengancam nyawa, boleh mengakibatkan kecacatan/ketidakupayaan yang ketara atau berterusan dan memerlukan kemasukan hospital beserta rawatan perubatan bagi mencegah kecacatan atau ketidakupayaan kekal.
  3. Vaksinasi, termasuk dos pertama dan dos-dos berikutnya mestilah diluluskan dan diberikan oleh pengamal perubatan berdaftar di lokasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Malaysia.
  4. Pelanggan Prudential Malaysia, yang dilindungi di bawah polisi/sijil Berkumpulan (cth. polisi MRTA / sijil MRTT / Credit Shield Plus / PRULoan Protect) yang dikuatkuasa dan diunderait oleh PAMB atau PruBSN kecuali polisi/sijil Manfaat Kumpulan Majikan dan Pekerja, atau produk insurans individu yang dibeli daripada aplikasi Pulse by Prudential (PRUShoppe) (cth. Infectious Disease Cover), akan didaftar secara automatik sebagai pelanggan Prudential Malaysia yang layak untuk Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19.
Soalan Lazim
  1. Apakah Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19?

  • Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 (“Kempen”) ini direka khas oleh Prudential Malaysia untuk membantu pelanggan Prudential Malaysia supaya kami dapat memberikan kebebasan kewangan dan ketenangan minda untuk menghadapi masa yang mencabar ini.

  • Terdapat 3 jenis perlindungan yang disediakan di bawah Kempen ini. Perlindungan tersebut akan ditadbir berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan di bawah Kempen ini dan untuk setiap kempen, Soalan Lazim serta kriteria kelayakan untuk setiap jenis perlindungan:

    a. Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19

    b. Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19

    c. Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19

Secara ringkas, apabila pelanggan Prudential Malaysia layak untuk Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 (atau Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19), Prudential Malaysia akan membayar balik atas dasar prihatin perbelanjaan perubatan yang disebabkan oleh rawatan di hospital akibat jangkitan COVID-19.

Selain itu, bagi Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19, kempen ini memberikan bantuan wang tunai apabila pelanggan Prudential Malaysia yang layak telah dimasukkan ke hospital disebabkan kesan advers serius dari imunisasi (AEFI) setelah vaksinasi COVID-19.

 

Pelanggan Prudential Malaysia bermaksud semua individu yang mempunyai polisi/sijil Hayat/Orang yang Dilindungi termasuk ahli-ahli polisi/sijil berkumpulan (cth. polisi/sijil MRTA / sijil MRTT / Credit Shield Plus / PRULoan Protect) yang dikuatkuasa dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad (“PAMB”) atau Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) kecuali polisi/sijil Manfaat Kumpulan Majikan dan Pekerja. Polisi/sijil/pelan perubatan yang memenuhi kelayakan perlindungan yang disediakan di bawah Kempen ini mestilah berkuatkuasa pada masa diagnosis, kemasukan hospital dan penyerahan tuntutan.

 

  1. Apakah kriteria kelayakan untuk perlindungan yang disediakan di bawah Kempen ini?

 

  Kempen Kemasukan Hospital COVID-19

  

Kumpulan 

Jenis Pelanggan Prudential Malaysia

Kelayakan Perlindungan

Tempoh Perlindungan

1 

Semua pelanggan Prudential Malaysia yang berdaftar di aplikasi Pulse by Prudential DAN mereka yang hanya dilindungi di bawah sebarang Pelan Perubataan Jenis B yang telah dinaiktaraf daripada Pelan Perubatan Sebelumnya dengan nombor polisi yang sama seperti pada 31 Disember 2020

 

(Kecuali yang tergolong dalam Kumpulan 3)

Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19

 

Nota: Pembayaran balik akan diuruskan berdasarkan terma dan syarat Pelan Perubatan Sebelumnya. “Pelan Perubatan Sebelumnya” telah dijelaskan di dalam terma dan syarat untuk Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19.

 

 

 


8 Feb 2021 hingga 30 September 2021 atau apabila mencapai had tuntutan RM20juta, yang mana terdahulu. 

2 

Semua pelanggan Prudential Malaysia yang berdaftar di aplikasi Pulse by Prudential DAN mereka yang dilindungi di bawah sebarang Pelan Perubatan Jenis B.

 

(Kecuali yang tergolong dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 3)

Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19

3 

Semua pelanggan Prudential Malaysia dengan sebarang Pelan Perubatan Jenis A yang menyediakan pembayaran balik perbelanjaan perubatan

Tidak berkaitan.

 

Pelan Perubatan Jenis A menyediakan perlindungan perubatan untuk COVID-19. Perbelanjaan perubatan untuk kemasukan hospital disebabkan COVID-19 akan dibayar balik berdasarkan terma dan syarat pelan perubatan tersebut.

 Tidak berkaitan.

   Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19

Jenis Pelanggan Prudential Malaysia

Perlindungan yang Layak

Tempoh Perlindungan

Semua pelanggan Prudential Malaysia yang berdaftar di aplikasi Pulse by Prudential

Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19

 

8 Feb 2021 hingga 31 Dis 2021 atau apabila mencapai had tuntutan RM 1juta, yang mana terdahulu.

 

  Pelan Perubatan Jenis A (melindungi penyakit boleh berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang):

 

No

Pelan PAMB

 

No

Pelan PruBSN

1

PRUMajor Med

 

1

Major Medical Cover

2

PRUMajor Med 2

 

2

Major Medical Cover 2

3

PRUMajor Med 3

 

 

 

4

PRUMajor Med 4

 

 

 

5

PRUMajor Med 5

 

 

 

6

PRUSenior Med

 

 

 

7

PRUGuard My Medical

 

 

 

8

PRUParent

 

 

 

 

  Pelan Perubatan Jenis B (tidak melindungi penyakit boleh berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang):

 

No

Pelan PAMB

 

No

Pelan PruBSN

1

PRUHealth

 

1

Takaful Health

2

PRUMedic Essential

 

2

Takaful Health2

3

PRUFlexi Med

 

3

HealthEnrich

4

PRUValue Med

 

4

HealthEnrich+

5

PRUMillion Med

 

5

Medic Protector

 

 

 

6

Health Protector

 

 

 

7

Medic Essential

 

  1. Apakah Tempoh Perlindungan untuk setiap perlindungan di bawah Kempen ini?

Perlindungan

Tempoh Perlindungan

Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19

8 Feb 2021 hingga 30 September 2021 atau apabila mencapai had tuntutan RM 20juta, yang mana lebih awal

Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19

Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19

8 Feb 2021 hingga 31 Dis 2021 atau apabila mencapai had tuntutan RM1 juta, yang mana lebih awal

 

  1. Berapakah kos yang dikenakan untuk Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19
    Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 ini adalah percuma bagi semua pelanggan Prudential Malaysia yang berdaftar di aplikasi Pulse by Prudential.

 

  1. Bagaimana saya mendaftar untuk Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19?
    Anda boleh memuat turun “We Do Pulse” dari App Store atau Google Play Store. Seterusnya, pergi ke “Tab Laman Utama”, “PRUShoppe”, cari “Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19”.

 

  1. Kenapa saya perlu mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential untuk Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19?
    Aplikasi Pulse by Prudential merupakan aplikasi kesihatan AI yang menyeluruh yang memberikan akses mudah kepada peralatan kesihatan AI. Kempen ini dilancarkan dengan objektif untuk menyediakan bantuan tambahan COVID-19 kepada pelanggan Prudential Malaysia atas dasar prihatin, yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada para pelanggan kami dengan bantuan kesihatan dan perlindungan holistik terutamanya pada masa yang diperlukan.

    Apabila pendaftaran berjaya bagi Kempen ini, para pelanggan boleh melihat butiran manfaat di dalam Pelan Saya dengan mudah. Kelebihan sebagai pelanggan Prudential Malaysia, para pelanggan boleh mengakses ciri rundingan doktor secara PERCUMA melalui panggilan video atau audio dari keselesaan rumah anda. Ataupun, akses kepada Pemeriksa Simptom untuk memahami keadaan kesihatan anda dan menjawab persoalan anda jika anda tidak pasti tentang simptom yang anda alami. Pengguna juga boleh mengakses pelbagai peralatan kesihatan dan kesejahteraan, komuniti dan kandungan menerusi Pulse untuk kekal sihat dan positif sepanjang masa.

  1. Bagaimana saya boleh mendaftar untuk Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 di aplikasi Pulse by Prudential untuk ahli keluarga saya?

    Ahli keluarga anda disarankan untuk memuat turun “We Do Pulse” di App Store atau Google Play Store untuk pendaftaran Kempen ini.

  1. Jika saya telah dilindungi di bawah Pelan Perubatan Jenis A, adakah saya masih perlu mendaftar melalui aplikasi Pulse by Prudential untuk menikmati perlindungan perubatan tersebut?
    Tidak. Namun demikian, Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 ini hanya disediakan untuk pelanggan Prudential Malaysia yang berdaftar melalui aplikasi Pulse by Prudential.

  2. Saya telah dilindungi di bawah Pelan Perubatan Jenis B. Bolehkah saya menyerahkan tuntutan pembayaran balik untuk Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19, jika saya hanya berdaftar melalui aplikasi Pulse by Prudential setelah saya didiagnosis dengan COVID-19, tetapi sebelum saya dimasukkan ke hospital?
    Untuk layak, anda digalakkan untuk mendaftar Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi Pulse by Prudential sebelum anda didiagnosis dengan COVID-19 dan dimasukkan ke hospital.

  3. Adakah Hospital Alliance Services (“HAS”) (kemudahan tanpa tunai) tersedia untuk kemasukan hospital disebabkan COVID-19?
    Tidak. HAS (kemudahan tanpa tunai) tidak disediakan untuk kemasukan yang berkaitan dengan COVID-19. Tuntutan yang diserahkan di bawah Pelan Perubatan Jenis A, Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 dan Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 adalah berdasarkan pembayaran balik. Ini bermakna anda perlu membayar bil rawatan hospital terlebih dahulu, dan kemudian membuat  tuntutan untuk pembayaran balik.

  4. Saya layak untuk menyertai Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 (atau Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19). Bolehkah saya membuat tuntutan untuk Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19, jika saya adalah pesakit dalam Kategori 1 atau 2 tetapi saya dimasukkan ke hospital swasta seperti yang disarankan oleh doktor saya?
    Untuk pesakit COVID-19 yang tidak mempunyai symptom (Kategori 1 – tidak simptomatik) atau siapa yang tidak memerlukan rawatan aktif iaitu di bawah kuarantin sahaja (Kategori 1 – tidak simptomatik atau Kategori 2 – simptomatik, tiada pneumonia), sebarang servis yang diterima semasa penghospitalan tidak dianggap perlu dari segi perubatan. Oleh itu, caj rawatan yang dikenakan tidak akan dibayar di bawah Kempen ini.

  5. Bagaimana cara tuntuntan untuk kemasukan ke hospital jika disebabkan COVID-19?
    Anda boleh mengemukakan dokumen lengkap yang diperlukan seperti yang tertera di bawah dan hantarkan ke cawangan terdekat kami atau anda boleh serahkan kepada ejen anda untuk diserahkan melalui PRUServePlus (“PSP”). Anda juga boleh menyerahkan dokumen tersebut melalui aplikasi Pulse apabila fungsinya sudah tersedia.

    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    a. Borang tuntutan

    b. Invois hospital & resit pembayaran asal

    c. Salinan asal bil-bil terperinci

    d. Rumusan discaj

    e. Laporan makmal seperti x-rays dan keputusan ujian darah

    f. Sebarang dokumen sokongan dari mana-mana pegawai atau pegawai terlatih dari Kementerian Kesihatan yang merujuk anda kepada hospital swasta dan/atau nama serta maklumat Pegawai Kementerian Kesihatan yang merawat anda.

    (*tidak diperlukan jika hanya menuntut faedah Pendapatan Hospital)

    Sila maklum bahawa senarai dokumen di atas boleh disemak semula apabila ia diperlukan untuk penilaian tuntutan.

  6. Saya layak untuk mendapatkan Bantuan Kemasukan Hopital COVID-19. Keadaan saya berubah dari pesakit COVID-19 ketegori 2 menjadi pesakit COVID-19 ketegori 4. Apakah yang saya boleh tuntut daripada perlindungan ini?
    Anda boleh mengemukakan tuntutan pembayaran balik untuk perbelanjaan perubatan yang berlaku semasa anda aktif menerima rawatan sebagai pesakit COVID-19 Ketegori 4 di sebuah hospital swasta di Malaysia, yang mana anda telah dirujuk kepada hospital swasta yang sama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jumlah maksimum yang boleh dituntut untuk Kategori 4 adalah sehingga RM15,000. Kami akan menilai tuntutan berdasarkan terma dan syarat serta Soalan Lazim yang telah ditetapkan untuk Kempen ini.

  7. Saya layak untuk mendapatkan Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19. Keadaan saya berubah dari pesakit COVID-19 Kategori 2 menjadi pesakit COVID-19 Kategori 4. Apakah yang saya boleh tuntut daripada perlindungan ini?
    Anda boleh mengemukakan tuntutan pembayaran balik untuk perbelanjaan perubatan semasa anda aktif menerima rawatan sebagai pesakit COVID-19 Ketegori 4 di sebuah hospital swasta di Malaysia, di mana anda telah dirujuk kepada hospital swasta yang sama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami akan menilai tuntutan berdasarkan terma dan syarat dan Soalan Lazim Kempen ini.

  8. Adakah terdapat tempoh menunggu yang dikenakan untuk membuat tuntutan di bawah perlindungan di dalam kempen ini?
    Ya. Pelanggan Prudential Malaysia yang layak mendapat Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 dan Bantuan Kemasukan Hospital boleh menikmati pelan perlindungan ini setelah tamat tempoh menunggu yang telah ditetapkan dalam pelan perubatan.

  9. Saya layak untuk mendapatkan Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 (atau Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19). Bolehkan saya mengemukakan tuntutan di bawah perlindungan ini untuk perbelanjaan sebelum atau selepas dimasukkan ke hospital?
    Tidak. Perlindungan ini hanya menyediakan bayaran balik atas dasar prihatin bagi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tuntutan kemasukan ke hospital disebabkan COVID-19.

  10. Saya layak untuk mendapatkan Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 (atau Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19). Bolehkan saya mengemukakan tuntutan di bawah perlindungan ini untuk perbelanjaan yang dikeluarkan untuk rawatan di hospital kerana komplikasi disebabkan oleh COVID-19, seperti Pneumonia?
    Tidak. Perlindungan ini hanya membayar atas dasar prihatin bagi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tuntutan kemasukan ke hospital disebabkan COVID-19.

  11. Saya dilindungi di bawah Pelan Perubatan Jenis A dari Prudential Assurance Malaysia Berhad dan juga Pelan Perubatan Jenis B dari Prudential BSN Takaful Berhad. Adakah saya layak untuk mendapatkan Bantuan Pelan Naiktaraf, atau Bantuak Kemasukan Hospital COVID-19 atau kedua-duanya sekali?
    Tidak. Anda tidak layak untuk Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 dan Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19. Namun, anda layak untuk Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 apabila anda mendaftar melalui aplikasi Pulse by Prudential.

  12. Saya dilindungi di bawah Pelan Perubatan Jenis B dari Prudential Assurance Malaysia Berhad dan juga Pelan Perubatan Jenis B dari Prudential BSN Takaful Berhad. Adakah saya layak untuk 2 kali perlindungan di bawah Kempen Kemasukan Hospital COVID-19 apabila saya mendaftar melalui Pulse by Prudential?
    Tidak. Anda hanya layak untuk sekali sahaja, sama ada Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 atau Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19 (tertakluk kepada kriteria kelayakan). Apabila anda membuat tuntutan bayaran semula di bawah kelayakan anda bagi Kempen Kemasukan Hospital COVID-19, anda tidak layak untuk mana-mana perlindungan Kempen Kemasukan Hospital COVID-19. Anda boleh menyerahkan tuntutan anda kepada Prudential Assurance Malaysia Berhad atau Prudential BSN Takaful Berhad.

  13. Saya pernah membuat tuntutan bayaran semula sebelum ini di bawah perlindungan bagi Kempen Kemasukan Hospital COVID-19 sewaktu menerima rawatan COVID-19 di hospital. Baru-baru ini, saya dimasukkan ke hospital lagi sebagai pesakit COVID-19 Kategori 4 akibat  jangkitan kali kedua COVID-19. Adakah saya masih layak untuk membuat tuntutan di bawah perlindungan ini?Tidak. Perlindungan di bawah Kempen Kemasukan Hospital COVID-19 adalah hanya untuk pelanggan Prudential Malaysia, yang belum pernah membuat tuntutan di bawah Kempen Kemasukan Hospital COVID-19.

  14. Adakah tuntutan di bawah Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 akan digunakan sehingga had tahunan/hayat di bawah pelan perlindungan sekarang?
    Sebarang tuntutan yang dibuat di bawah Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 tidak akan memberi kesan kepada had pelan perubatan Tahunan/Hayat anda.

  15. Saya telahpun menghantar satu tututan sebelum ini di bawah Perlindungan Khas COVID-19 2021. Bolehkah saya menyertai Kempen ini?
    Ya, anda boleh menyertai Kempen ini dan kriteria kelayakan untuk pelan perlindungan ini adalah di bawah Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 tidak akan memberi kesan terhadap tuntutan anda yang terdahulu di bawah Perlindungan Khas COVID-19 2021.

  16. Saya telah dimasukkan ke hospital di sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan sakit jantung. Saya juga disahkan sebagai pesakit COVID-19 Kategori 4 semasa waktu kemasukan hospital. Perlindungan insurans dan takaful saya tidak melindungi kos perubatan bagi rawatan jangkitan COVID-19. Bolehkah saya mendapatkan bantuan dari Kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi COVID-19 ini?
    Jika anda layak untuk Bantuan Pelan Naiktaraf COVID-19 atau Bantuan Kemasukan Hospital COVID-19, Prudential Malaysia akan merpertimbangkan penepian keperluan bagi notis rujukan dari KKM agar kami boleh memepertimbangkan tuntutan bayaran bagi rawatan yang diterima apabila anda disahkan sebagai pesakit COVID-19 Kategori 4. Sila rujuk terma dan syarat yang ditetapkan bagi Kempen dan setiap perlindungan yang ditawarkan, soalan lazim, dan juga kriteria kelayakan untuk perlindungan ini untuk memahami lebih lanjut mengenai perlindungan ini.

  17. Adakah Hayat/Orang yang Dilindungi boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 di mana-mana sahaja?
    Vaksinasi ini, termasuk dos yang pertama dan dos berikutnya hendaklah mendapat kelulusan dan dikawal selia oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi yang ditentukan dalam Malaysia.

  18. Bagaimanakah cara untuk menghantar tuntutan di bawah Pelan Pasca Vaksinasi COVID-19?
    Anda boleh menghantar dokumen yang diperlukan seperti di bawah melalui aplikasi Pulse by Prudential (apabila fungsi itu telah tersedia) atau ke cawangan terdekat atau kepada ejen anda untuk penghantaran ejen melalui PRUServe Plus (“PSP”).

    Perincian untuk penghantaran borang tuntutan perubatan yang lengkap (untuk penghantaran    bukan-PSP) dan permohonan untuk pembayaran debit terus/e-kredit:

    a. Laporan Perubatan/nota discaj/kenyataan doktor dengan diagnosis lengkap dan pelan rawatan; dan

    b. Rekod vaksinasi COVID-19 Penuntut dengan nama vaksin dan tarkih pengambilan vaksin (untuk kemasukan hospital disebabkan AEFI serius pasca vaksinasi COVID-19)

  19. Siapakah yang akan menerima bayaran setelah tuntutan di bawah Kempen ini diluluskan?
    Prudential Malaysia akan membuat pembayaran kepada pemegang polisi/sijil untuk polisi/sijil/pelan perubatan yang layak dilindungi di bawah Kempen ini atau pemegang serah hak atau wakil sah pemegang polisi/sijil.

  20. Kenapa Jumlah Perlindungan menunjukkan RM0.00 dalam Pelan Saya untuk Kempen Kemasukan Hospital dan Pasca Vaksinasi COVID-19?
    Sila abaikan Jumlah Perlindungan yang bernilai RM0.00. Kelayakan anda di bawah Kempen ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam Manfaat > seksyen Ringkasan di dalam Pelan Saya.

  21. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk penjelasan lanjut?

 

Prudential Assurance Malaysia Berhad

Prudential BSN Takaful Berhad

Pusat Khidmat Pelanggan

603-2771 0228

603-2775 7188

E-mel

customer.mys@prudential.com.my

customer@prubsn.com.my

Kami bersedia membantu anda

Pulse serba baharu

Kami bersedia membantu anda

Muat turun Pulse untuk mendaftar dan semak perlindungan anda hari ini!
Muat turun sekarang!