Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
PruBSN15
Kempen dan Pengumuman

Sambutan Ulang Tahun Ke-15 PruBSN

Meriahkan peristiwa bermakna ini bersama kami!

Perutusan daripada CEO PruBSN

Aspirasi Anda, Inspirasi Kami
Tahun ini merupakan tahun yang amat istimewa untuk PruBSN kerana kami akan meraikan ulang tahun yang ke-15. Kami mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas pencapaian yang amat bermakna ini, terutamanya apabila kami dapat mengekalkan kedudukan sebagai pengendali takaful keluarga #1 di Malaysia* selama 7 tahun berturut-turut.

Mengimbas kembali sejarah PruBSN, kami telah berkembang maju, didorong oleh komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian dengan jaminan kami untuk membantu masyarakat memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan. Usaha secara kolektif untuk memodenkan dan menginovasikan perniagaan ini membawa kepada pencapaian yang baik. Pelancaran kemudahan Permohonan Takaful Jarak Jauh, pelbagai inisiatif Pulse, disertakan produk yang inovatif dalam memenuhi keperluan pelanggan adalah faktor penting dalam mencapai kejayaan. Bagi pihak PruBSN, saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada warga kerja kami, para ejen dan pelanggan yang kami hargai atas sokongan dan sumbangan anda terhadap peristiwa bersejarah ini. Terima kasih!

Melalui inisiatif kami untuk menyediakan penyelesaian yang terbaik kepada para pelanggan, kami terus mengambil langkah dan melakukan perkara yang unik dan ia telah membawa kepada pengiktirafan sebagai pneraju industri – seperti apabila kami menghasilkan aplikasi PruBSN Aman yang telah merangkul anugerah Malaysia Technology Excellence dan bagaimana kami telah tersenarai dalam 15 syarikat pilihan di Malaysia melalui LinkedIn.

Sebagai tanda keraian, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk anda sertai. Jadilah individu sihat dan ambil bahagian dalam pelbagai peraduan digital untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Jangan lepaskan peluang untuk meraikan ulang tahun ke-15 bersama kami!

Rezeki Draw DO Wellness (Akan Datang)
Capai aspirasi anda untuk kekal sihat dan sejahtera, dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik! Muat turun aplikasi Pulse by Prudential, daftar untuk Rezeki Draw DO Wellness, dan lengkapkan pelbagai aktiviti dalam aplikasi untuk mendapatkan sebanyak mungkin penyertaan cabutan rezeki.

Peraduan #MalaysiaBolehDivaksinasi (Akan Datang)
Bersama kita membawa rakyat Malaysia selangkah lebih dekat ke arah pemvaksinan penuh dan berpeluang memenangi e-baucar melalui aplikasi Pulse by Prudential.

Kuiz Check Your Risk Profile (Akan Datang)
Anda tahu profil risiko anda? Jawab kuiz yang menyeronokkan ini di aplikasi Pulse by Prudential dan dapatkan ganjaran!

DNA Kit Giveaway (Akan Datang)
Adakah anda pelanggan PruBSN? Jadilah individu sihat, beri butiran anda dan dapatkan ganjaran berupa DNA Kit secara percuma sementara stok masih ada!

Kami berharap agar anda teruja untuk meraikan peristiwa bersejarah ini. Semoga anda sentiasa sihat dan kekal selamat!

Yang Ikhlas,
Wan Saifulrizal Wan Ismail

*Berdasarkan data yang diperolehi dari ISM Insurance Services Malaysia Berhad – ACE (Annual Contribution Equivalent) dari tempoh Januari hingga Februari 2021