Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Medic Plan - Takaful Medical
Kesihatan

Medic Plan

Menyediakan manfaat perubatan yang ideal untuk anda dan yang paling penting anda dapat membina pelan perlindungan tanpa had seumur hidup anda sendiri!

Kunjungi mana-mana cawangan Prudential BSN untuk mendaftar.

Maklumat Produk

Tempoh Perlindungan

Umur Kelayakan – 19 hingga 45 tahun (umur pada tarikh lahir akan datang)

Tempoh Perlindungan – Pembaharuan tahunan sehingga umur tamat tempoh 70 tahun pada tarikh lahir akan datang

Manfat

Manfaat Bilik & Penginapan

Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian (maksimum 120 hari setahun)

Sehingga RM150 sehari

Manfaat Hospital & Pembedahan

1. Manfaat Unit Rawatan Rapi/Unit Rawatan Jantung (maksimum 30 hari setahun)

Seperti yang Dicaj* , tertakluk pada Deduktibel

2. Manfaat Perkhidmatan Dalam Hospital & Yang Berkaitan

•  Manfaat Pembedahan
• Bekalan dan Khidmat Hospital
• Bilik Pembedahan
• Bayaran Pakar Bius
• Lawatan Doktor Pakar Dalam Hospital

Manfaat Rawatan Pesakit Luar

 

1. Manfaat Rawatan Sebelum Masuk Hospital (dalam tempoh masa 30 hari sebelum masuk hospital)

Seperti yang Dicaj* , tertakluk pada Deduktibel

2. Manfaat Rawatan Selepas Keluar Hospital (dalam tempoh masa 90 hari selepas keluar hospital)

3. Manfaat Pembedahan Harian

Seperti yang Dicaj*

Manfaat Tambahan

1. Manfaat Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan Akibat Kemalangan

Sehingga RM5,000 setahun

2. Manfaat Tunai Harian Hospital Kerajaan (maksimum 120 hari setahun)

 RM50 sehari

3. Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar

Seperti yang Dicaj*

4. Manfaat Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar

DEDUKTIBEL
Nota:
a. Deduktibel adalah sebahagian daripada jumlah Caj Berpatutan dan Biasa Diamalkan daripada suatu manfaat yang layak yang harus dibayar oleh peserta untuk sebarang hilang upaya. Contohnya, jika anda memilih deduktibel sebanyak RM1,000, anda mesti membayar RM1,000 yang pertama daripada jumlah Caj Berpatutan dan Biasa Diamalkan untuk sebarang hilang upaya. Kami kemudian akan membayar jumlah Caj Berpatutan dan Biasa Diamalkan yang selebihnya untuk manfaat yang layak bagi tuntutan yang berkaitan. b. Sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia (seperti yang disenaraikan di dalam laman web kami), deduktibel akan dikurangkan kepada RM100, RM200 atau RM300, tertakluk pada terma dan syarat.

RM1,000; atau RM2,000; atau RM3,000

HAD TAHUNAN

RM100,000

HAD SEUMUR HIDUP

Tiada Had Seumur Hidup

   

*  Kami hanya akan membayar balik Caj Berpatutan dan Biasa Diamalkan bagi manfaat yang layak yang dianggap Perlu Dari Segi Perubatan.

Bagaimana untuk Mendaftar dalam Pelan ini?

Anda boleh melawat mana-mana cawangan PruBSN untuk mendaftar produk ini atau e-mel borang permohonan yang lengkap kepada nb.direct.channel.support@prubsn.com.my.

Bagaimanakah Caranya untuk Mengemukakan Tuntutan?

Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan tuntutan?
Borang tuntutan yang berkaitan boleh dimuat turun di sini (www.prubsn.com.my), boleh didapati di mana-mana cawangan PruBSN, atau boleh didapati dengan menghantarkan e-mel permintaan ke customer@prubsn.com.my atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan PruBSN di 03 2775 7188 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi - 5.15 petang).

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk tuntutan diproseskan?
Setelah menerima dokumen yang lengkap, pembayaran tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja. 

Bagaimanakah Caranya untuk Membatalkan Sijil?

Anda boleh membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari yang pertama selepas menyertai pelan ini, PruBSN akan memulangkan sumbangan yang telah dibayar.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan sijil anda pada bila-bila masa selepas 15 hari tersebut, sumbangan yang telah dibayar tidak akan dipulangkan. Walaupun begitu, PruBSN akan terus memberikan perlindungan kepada anda sehingga ulangtahun sijil selepas notifikasi anda diterima.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menguatkuasakan semula sijil anda selepas anda membatalkannya. Sekiranya anda berhasrat untuk menyertai semula, anda perlu menghantar permohonan untuk penyertaan yang baru. Sila pertimbangkan dengan teliti jika pembatalan perlindungan adalah keputusan yang terbaik untuk anda.

Pelepasan Cukai

Tertakluk kepada terma dan syarat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, sumbangan yang dibayar untuk pelan ini layak untuk mendapati pelepasan cukai pendapatan peribadi di bawah kategori Insurans /Takaful Perubatan.

Nota Penting

Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai produk kami. Untuk maklumat lanjut mengenai Medic Plan, sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini dan rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam Dokumen Sijil untuk butiran mengenai ciri penting serta pengecualian yang terpakai bagi pelan ini.