Ada soalan? Perlukan nasihat? Hubungi kami.

Tinggalkan maklumat anda dan perunding takaful kami akan menghubungi anda untuk membantu.

contact us
0/1000

Langkah 1: Pengguna perlu log masuk ke laman web PruBSN dan klik butang PruBSN Touch.

Langkah 2: Pengguna perlu klik pada pilihan “Daftar”.

Langkah 3: Masukkan Nombor Sijil, ID Pelanggan (NRIC / NRIC Lama / Pasport) dan Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan.

Langkah 4: Kod TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit pengguna untuk tujuan pengesahan.

Langkah 5: Pengguna perlu mencipta Nama Pengguna berserta kata laluan.

Langkah 6: Pengguna perlu mencipta Frasa Keselamatan, memilih Warna dan melengkapkan dua (2) soalan keselamatan.

Langkah 7: Pendaftaran telah berjaya diselesaikan.

Langkah 1: Log masuk ke Akaun PruBSN Touch anda di app.prubsn.com.my/PruBSNTouch.

Langkah 2: Klik pada <Sumbangan> dan pilih <Pembayaran Sumbangan Dalam Talian>.

Langkah 3: Klik <Tunjukkan Lagi> bagi sijil yang ingin dibuat pembayaran.

Langkah 4: Masukkan bilangan ansuran pembayaran, kemudian klik <Tambah untuk Dibayar>.

Langkah 5: Sahkan jumlah di bawah Ringkasan Pembayaran Sumbangan dan klik <Bayar Sumbangan Terpilih>.

Langkah 6: Anda akan diarahkan ke gerbang pembayaran iPay88.

Langkah 7: Pilih kaedah pembayaran sama ada Kad Kredit/Debit, Perbankan Dalam Talian atau eDompet, kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik <Teruskan>.

Langkah 8: Lengkapkan transaksi pembayaran sehingga anda mencapai skrin Maklumat e‑Sumbangan dengan Status Pembayaran berjaya.

Langkah 1: Klik pada “Sijil”.

Langkah 2: Pilih Butiran Perhubungan.

Langkah 3: Klik butang “Edit”. Seterusnya, klik ikon “Pen”. Pengguna akan dapat memasukkan nombor telefon atau alamat e‑mel.

Langkah 4: Masukkan nombor telefon atau alamat e‑mel baharu. Pengguna boleh memilih sijil lain untuk dikemas kini dan kemudian klik OK > Teruskan > Sahkan.

Nota: Setelah butiran perhubungan anda berjaya dikemas kini, sila ikuti proses pengesahan yang dihantar ke alamat e‑mel berdaftar anda.

Langkah 1: Log masuk ke Akaun PruBSN Touch anda atau daftar melalui app.prubsn.com.my/PruBSNTouch.

Langkah 2: Klik pada “Sumbangan” dan pilih “Pendaftaran Pembayaran Berulang”.

Langkah 3: Pilih kaedah “Kaedah Pembayaran” sama ada Debit Terus (FPX) atau Kad Debit / Kredit. Seterusnya, pengguna boleh memilih sijil dan Pembayar. Klik “Seterusnya”, dan pengguna akan diarahkan ke bahagian “Maklumat Pemegang Kad”.

Langkah 4: Untuk melengkapkan proses Pendaftaran Pembayaran Berulang, pengguna perlu membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat, sekali gus memberi kebenaran kepada bank yang dilantik oleh PruBSN untuk mengenakan caj ke atas akaun kad kredit/debit bagi bayaran awal dan bayaran seterusnya. Kemudian, klik “Teruskan” dan pengguna akan diarahkan ke laman web bank pilihan mereka.

Langkah 5: Masukkan butiran kad debit/kredit. Kemudian, klik “Teruskan”. Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit pengguna.

Langkah 6: Masukkan nombor OTP yang diterima dan klik “OK”.

Nota: Caj sebanyak RM5 akan dikenakan bagi pengaktifan potongan berulang dan akan ditambah ke dalam bayaran sumbangan anda yang seterusnya.