Komitmen Tuntutan Kami
Polisi kami adalah untuk melindungi anda dan keluarga anda semasa menghadapi saat-saat sukar dalam kehidupan anda. Kami akan membayar tuntutan anda secepat mungkin dengan penuh prihatin dan insani. Kami menjadikan proses tuntutan ini mudah dan ringkas, serta hanya meminta maklumat yang diperlukan sahaja.
Bagaimana kami melaksanakannya
Pendekatan Kami
Proses tuntutan kami adalah mudah dan telus. Kakitangan dan ejen kami dilatih secara profesional untuk membantu anda secara peribadi dan mesra pelanggan.
Apabila anda membuat tuntutan
Kami menilai dan membayar setiap tuntutan yang layak dengan segera. Kami hanya meminta maklumat relevan sahaja dan akan menyampaikan perkembangan terkini proses tuntutan anda apabila anda memerlukannya. Kami menerangkan keputusan kami dengan mudah dan jelas.