Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close

Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’

Pemeriksaan Perubatan

Soalan-soalan Lazim

1. Apakah perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’ ?
  • Perkhidmatan pemeriksaan perubatan ‘Mobile’ ialah perkhidmatan kesihatan bergerak.

  • Penyedia perkhidmatan akan menghantar pegawai perubatan mengikut masa dan lokasi pilihan pelanggan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan

2. Siapa yang layak untuk Perkhidmatan ini secara ‘cashless’ ?

Terbuka untuk semua pelanggan yang layak dengan  sumbangan melebihi RM20,000 ACI (Single Contribution Top-up dikecualikan dari perkhidmatan ini).

3. Pelanggan saya mempunyai proposal di bawah RM 20,000 tetapi beliau ingin menggunakan perkhidmatan ini. Bolehkah beliau berbuat demikian?

Boleh tetapi pelanggan perlu membayar untuk perkhidmatan ini seperti caj di soalan nombor 17.

4. Bagaimana saya mengesahkan kelayakan pelanggan?

Pengesahan kelayakan boleh dirujuk di dalam surat “Agent’s Notification”. Pengesahan dalam “Agent’s Notification” bentuk ayat seperti di bawah:

“Person(s) proposed above is/are entitled for Mobile Medical Examination services. Please register at https://www.prubsn.com.my/en/mobileme and upload this letter upon registration. Services available are limited to medical examination, blood test, urine test, and resting ECG only.”

Jika tiada ayat di atas, pelanggan tidak layak untuk perhidmatan in secara ‘cashless’ dan perlu bayar untuk pemeriksaan perubatan.

5. Di mana pemeriksaan perubatan boleh dilakukan?

Pemeriksaan perubatan boleh dilakukan di mana-mana lokasi pilihan pelanggan. Namun, Lokasi yang dipilih haruslah melindungi privasi dan memberi keselesan kepada pelanggan, contohnya dirumah mereka.

6. Siapa penyedia perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’ ?

Panel penyedia perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’  adalah: Qualitas.

7. Bilakah perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’ disediakan?

Qualitas Health: Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum), dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang

8. Dimanakah perkhidmatan ini disediakan?

Qualitas: Di seluruh negara (kecuali perkhidmatan tidak disediakan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah & Sarawak)

9. Bilakah saya boleh membuat temujanji?
  • Anda harus membuat temujanji sekurang-kurangnya 48 jam sebelum masa temujanji.

  • Penyedia perkhidmatan akan menghubungi agen/pelanggan dalam masa 24 jam untuk pengesahan temujanji melalui panggilan & e-mel.

10. Bagaimana saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Agen/pelanggan boleh membuat temujanji dalam talian melalui https://www.prubsn.com.my/en/mobileme.

11. Apakah jenis-jenis perkhidmatan perubatan yang disediakan untuk pemerisaan kesihatan ‘mobile’?

Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan perubatan (medical examination), ujian darah, ujian air kencing dan elektrokardiografi (ECG) sahaja.

12. Apa yang harus saya lakukan jika pelanggan saya memerlukan ujian lain yang tidak disediakan, contohnya X-Ray dada dan stress elektrokardiografi ECG?
  • Pihak Qualitas boleh membantu mengatur temujanji di klinik Qualitas terdekat yang menyediakan perkhidmatan atas dasar usaha terbaik. Sila beritahu pihak Qualitas semasa mengatur temujanji.  

  • Selain itu, agen juga boleh membantu pelanggan untuk mengatur temujanji di panel klinik/ hospital terdekat.

13. Adakah pelanggan perlu ditemani semasa pemeriksaan perubatan?

Semasa pemeriksaan kesihatan, kami menggalakkan pelanggan ditemani saudara terdekat yang sama jantina terutamanya jika doktor yang menjalankan pemeriksaan adalah berlainan jantina.

14. Adakah pelanggan dibenarkan meminta jantina doktor yang akan melakukan pemeriksaan perubatan

Ya, pelanggan dibenarkan untuk memilih jantina doktor yang membuat pemerikasaan. Tertakluk terma dan syarat.

15. Adakah agen perlu ada semasa pemeriksaan perubatan?

Tidak perlu. Namun sila pastikan pelanggan mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan oleh doktor untuk membuat pemeriksaan iaitu Doctor’s Notification Form, Blood test Profile & Consent form (mana-mana yang terpakai

16. Adakah agen perlu mengambil laporan perubatan?

Tidak perlu. pemeriksa perubatan akan menghantar laporan terus ke pejabat PruBSN.

17. Adakah apa-apa bayaran dikenakan untuk perkhidmatan ini?

Untuk pelanggan layak atau ‘cashless’: Perkhidmatan ini adalah ‘cashless’ kemudahan tanpa tunai & PruBSN akan membayar terus kepada penyedia perkhidmatan.

Untuk pelanggan bayar sendiri: Sila rujuk jadual di bawah:

Service Price (RM)

 

Mobile House Visit Medical Examination by Medical Officer

Inclusive of :

  • House visit Medical Examination
  • Blood taking and Urine collection send to PruBSN Laboratory Partners
   

 

RM250

 

 

 

 

Mobile House Visit Medical Examination by Medical Officer

Inclusive of:

  • House visit Medical Examination
  • Blood taking, Urine collection and RECG send to PruBSN Laboratory Partners
   

 

RM345

 

 

 

 

Blood sample collection by Doctor

   

RM130

 

 

 

 

Urine sample collection by Doctor

   

RM130

 

 

 

 

Resting ECG by Doctor

   

RM175

 

 

 

 

Blood sample Collection, Urine Sample Collection and Resting ECG by Doctor

   

RM300

 

 

 

 

Blood sample collection by Nurse

   

RM125

 

 

 

 

Urine sample by Nurse

   

RM125

 

 

 

 

Resting ECG by Nurse (The reporting is by Doctor)

   

RM170

 

 

 

 

Blood sample Collection, Urine Sample Collection and Resting ECG by Nurse

   

RM245

 

 

 

 

Additional charges for distance more than 30 KM from clinic to medical examination venue.

   

RM50

 

 

 

 Additional Services Charges

 

Cancelation Fee

   

RM100

 

 

 

 

18. Apakah cara bayaran untuk pelanggan bayar sendiri?

Pelanggan bayar sendiri perlu membayar penuh caj perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’ menggunakan QR yg akan di berikan oleh pemeriksa perubatan selepas pemeriksaan berakhir. Pihak Qualitas akan emel resit kepada agen dan pelanggan.

19. Bagaimanakah untuk membuat tuntutan dari PruBSN jika saya pelanggan bayar sendiri untuk perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’?

Pelanggan perlu menghantar resit kepada PruBSN melalui emal medfees@prubsn.com.my untuk tuntutan dan bayaran balik tertakluk kepada piawai caj PruBSN seperti jadual bawah:

Service

Price

 

Medical Examination

RM 90.00

Medical examination by specialist

RM 170.00

Service charge (Blood collection)

RM 20.00

Service charge (Urine collection)

RM 10.00

Resting electrocardiogram

RM 80.00

20. Bolehkah tempahan dibatalkan/dijadual semula?

Anda boleh membatalkan/menjadual semula temujanji sekurang-kurangnya 3 jam sebelum masa temujanji. RM100 fi akan di kenakan kepada pembatalan atau pengubahan temujanji yang dibuat 3 jam sebelum masa temujanji. Kami mengalakkan sebarang pembatalan atau pengubahan temujanji dilakukan awal kerana ianya akan menyebabkan penambahan kos yang tidak diingini.

21. Siapa yang akan membayar penalti pembatalan/penjadualan semula

Fi pembatalan/pengubahan temujanji yang dibuat 3 jam sebelum temujanji akan dibayar oleh agen.

22. Siapa yang harus saya hubungi untuk pertanyaan?
  • Untuk pertanyaan mengenai kelayakan dan keperluan ‘underwriting requirements’ sila hubungi PruBSN Customer Service di +603-20537188. Isnin hingga Jumaat: 8.30 pagi hingga 5.15 petang (Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup)

  • Qualitas: Untuk sebarang pertanyaan mengenai temujanji/pendaftaran.

    • E-mel: marketing@qualitashealth.com.my

    • Whatsapp: +6012-235 6550

    • Waktu Bekerja: Isnin hingga Jumaat (Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup), dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang