Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Happy Muslim family with son and baby
Perlindungan

PruBSN Amani

Urus pelan asas perlindungan nyawa anda pada kos yang berpatutan melalui penebusan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) supaya anda dapat memberikan jaminan kewangan untuk orang tersayang anda.

Maklumat Produk

Tempoh Perlindungan, Pembayaran dan Kelayakan

Tempoh Perlindungan:
12 bulan

Sumbangan Takaful:
RM75 dibayar melalui penebusan Baucar Perlindungan Tenang (PTV)

Kelayakan

  1. 19 hingga 60 tahun hari lahir akan datang; dan

  2. Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak menerima Baucar Perlindungan Tenang (PTV) sebanyak RM75.

Ciri-ciri

Mudah: Mudah diakses dan difahami

Mampu Milik: Pembayaran melalui penebusan PTV RM75

Tanpa kerumitan: Pendaftaran yang mudah, tanpa kertas dan penerimaan automatik

Manfaat-manfaat

Manfaat

Tempoh Perlindungan

Amaun Manfaat (RM)

Manfaat Kematian secara Semulajadi

Bulan pertama – Bulan keempat

Manfaat Kematian secara Semulajadi tidak akan dibayar

Bulan kelima – Bulan kedua belas

15,000

Manfaat Kematian akibat Kemalangan

Bulan pertama – Bulan kedua belas

30,000

Manfaat Khairat

Bulan pertama – Bulan kedua belas

1,700

     

 

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai pelan ini. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Ringkasan Sijil Induk atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.

  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

  • Sila layari  www.myptv.my untuk menyemak kelayakan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) anda.