Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Medic TotalCare
Rider

Medic TotalCare

Menyediakan perlindungan hospital dan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk menjaga keperluan kesihatan anda termasuk rawatan perubatan teknologi maju dan rawatan kesihatan mental, selain pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai yang lain.

Maklumat Produk

Ciri-ciri dan Perlindungan

Ciri-ciri perlindungan

Rider perubatan ini menawarkan bantuan dari segi kewangan apabila berlaku kemasukan ke hospital dan pembedahan atau rawatan pesakit luar yang terpilih, dengan manfaat-manfaat ekstra seperti Perlindungan Kanser Menyeluruh, Rawatan Perubatan Teknologi Maju, Penjagaan Kesihatan Mental dan banyak lagi.

Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih pelan bilik dan penginapan, serta pilihan sumbangan bersama yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan anda.

Anda juga boleh meningkatkan perlidungan perubatan anda dengan melampirkan Medic BoostCare dan nikmati Ganjaran Kesihatan Tanpa Tuntutan sekiranya anda kekal sihat.

Medic BoostCare

Hanya tersedia untuk Medic TotalCare dengan sumbangan rata, Medic BoostCare menawarkan had tahunan tambahan sebanyak RM1,000,000 untuk menangani inflasi perubatan, serta perlindungan lanjutan termasuk:

  • Gandakan had seumur hidup untuk Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Had Tambahan Rawatan Perubatan Teknologi Maju

  • Tiada bilangan hari untuk Bilik dan Penginapan Hospital Harian dan Unit Rawatan Rapi / Unit Penjagaan Jantung

  • Ganjaran Kesihatan Tanpa Tuntutan sebanyak RM500**

dan banyak lagi!

* hanya untuk Pelan 300 dan Pelan 400.

Umur Kelayakan

1 hingga 70 tahun

Umur Tamat Tempoh

Sehingga 100 tahun

 

Sumbangan

Tempoh Bayaran Sumbangan

Sepanjang tempoh perlindungan

Sumbangan Tahunan

Jadual Kadar Sumbangan Tahunan

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di +603 2775 7118 atau customer@prubsn.com.my.

  • Sekiranya anda ingin bercakap dengan salah seorang perunding takaful kami, sila klik di sini.

  • Umur merujuk kepada umur pada hari jadi yang akan datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.