
PruBSN Damai
Perlindungan untuk perbelanjaan perubatan dan penyakit kritikal.
Ubah suai pelan anda untuk melindungi diri anda daripada bil perubatan yang mendadak dan tinggi untuk pelbagai jenis rawatan dan atasi kebimbangan anda tentang ketidaktentuan kehidupan yang lain.
Medic TotalCare |
Menyediakan perlindungan hospital dan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk menjaga keperluan kesihatan anda termasuk rawatan perubatan teknologi maju dan rawatan kesihatan mental, selain pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai yang lain. |
Crisis |
Menawarkan perlindungan tambahan supaya anda bersedia melawan penyakit kritikal sebaik sahaja anda didiagnosis. |
Accidental Medical Protector |
Membantu anda untuk menanggung perbelanjaan perubatan yang membebankan setelah berlaku kemalangan. |
Maklumat Produk
Tempoh Perlindungan dan Pembayaran
Tempoh Sumbangan |
Sepanjang tempoh perlindungan |
Umur Kelayakan |
1 hingga 70 (umur pada hari jadi akan datang) Nota: Bagi sijil yang matang pada umur 70, umur kemasukan maksimum ialah 60 (umur pada hari jadi akan datang) |
Umur Tamat Tempoh |
Sehingga 100 tahun |
Jumlah Perlindungan Minimum |
RM10,000 |
Ciri-ciri
Pelan Perlindungan Boleh Ubah
Tambahkan rider-rider pilihan anda yang dapat memenuhi keperluan anda untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.
Perlindungan Perubatan Komprehensif
Menyediakan pelbagai manfaat perubatan dan kemasukan ke hospital, dengan fleksibiliti untuk memilih jenis bilik dan penginapan, pilihan sumbangan bersama dan pilihan sumbangan bagi memenuhi keperluan dan kemampuan anda.
Manfaat Tambahan yang Disyorkan
Berikut adalah gambaran keseluruhan pakej solusi yang disyorkan melalui PruBSN Damai.
Manfaat-manfaat
Manfaat Matang |
Baki dari Akaun Khas Individu (ISA). |
Manfaat Kematian |
Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:
|
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh |
Jumlah Risiko. Nota: Amaun di mana jumlah perlindungan asas melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda. Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda, jumlah risiko adalah sifar. Perlindungan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total and Permanent Disability, TPD) adalah sehingga umur 70 tahun dan tertakluk pada jumlah maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi. |
Manfaat Tambahan |
Accidental Protector Plus |
Pelepasan Cukai
Sehingga RM6,000 di bawah insurans hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Nota Penting
-
Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.
-
Umur merujuk kepada umur pada hari jadi akan datang.
Kukuhkan pelan anda dengan manfaat tambahan
Memahami rider
Apa itu rider?
Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.